💚 Tarikh: Rabu, 10 September 2025 💚
Masa pergi pasar, saya jumpa maruku.
![]() |
Maruku kacang peas. |
Perusahaan homemade ni. Pertama kali saya jumpa maruku warna hijau. Saya pun beli sebungkus. Harga RM12.
Rasanya? Rasa muruku la. Hehe... tapi, lain sikit dari muruku biasa. Ada rasa kacang peas sikit. Boleh tahan. Makan berdua dengan suami, sambil layan tv, sat jer habis.
Balik rumah dari pasar, seperti biasa, saya berkebun sekejap.
![]() |
Ros kuning kembang berjemaah. |
![]() |
Kerja pada hari tersebut. |
Saya mengasingkan anak pokok tomato dan betik ke dalam polibeg. Juga tanam kunyit.
Kalau saya nak masukkan tomato dalam telur dadar, kadang saya buang bijinya. Biji tomato, saya campak dalam tapak semaian, iaitu pasu yang ada partition. Bila dia dah tumbuh, dah besar sikit, keluar daun 2-3, saya pindahkan ke tempat lebih besar. Itu pun, kena asingkan dengan lemah lembut, supaya akar halus tidak tercabut.
Ada satu hari, suami bawa balik betik. Saya jarang makan betik. Tapi tahu yang betik itu bagus, membantu kita buang air besar senang. Biji betik, saya minta suami asingkan. Ye, suami yang selalu potong buah. Saya malas potong buah. Makan buah rajin. 😁 Biji betik itu pun saya campak juga ke tapak semaian. Tumbuh.
Masa saya asingkan anak pokok betik ke polibeg, suami saya cakap, tak perlulah buat banyak-banyak. Tanam banyak betik, nanti cik nyet lagi suka datang rumah. Saya saja jer test tanam. Belum tentu hidup. Kalau ada rezeki pokok membesar dan keluar buah, okay je.
Sambil buat kerja, sambil memikir. Idea tu kadang datang tanpa diduga. Masa siram pokok, tiba-tiba dapat satu idea. Nak kena reseach dulu la. Biarlah rahsia. Hehe..
Salam Jumaat yang mulia.
Jumpa lagi, ye. 💗
linda suka makan betik..tapi tak reti nak potong sangat...kikiki
ReplyDeleteHehe.. beli buah potong je senang ye, Linda.
DeleteOkey ai is jeles dengan sepasu rose kuning tu....
ReplyDeleteHehe.. SA pun boleh tanam juga. Rose saya ni pun jarang² keluor berjemaah. Itu yang saya amik gambar tu.
Deletetk pernah mkn maruku kacang peas
ReplyDeleteSaya pun baru first time jumpa.
DeleteMuruku kacang hijau tu kalau sedap, cepat je habis.
ReplyDeleteSemoga pokok tomato tu menjadi lah. Saya tanam selalu tak jadi. Banyak bena putih kacau.
Ha ah. Memang sedap. Tak sampai sehari dah habis.
DeleteOh ye ke. Akak pulak pernah tanam sebelum ni, jadi. Cuma buah tak berapa menjadi. Dia kecik je tak besor².
Baru je cakap hubby, rasa nak tanam sayur yg selalu makan. Kata dia kalau kena cekup dengan monyet, camna nanti. Terus tunduk pandang lantai.
ReplyDeleteItu la masalahnya, kan. Kena cari jalan supaya kita boleh tanam sayur tanpa cik nyet curi. Kalau bajet tinggi, buat green house kecik best juga.
Deleteseronoknyaaaa bercucuk tanam, cantik betul rose kuning rare sungguh.....
ReplyDeleteAlhamdulillah. Memang cantik. Saya pun suka tengok.
Delete