💜 Tarikh: Jumaat, 12 September 2025 💜
Pagi-pagi buta, masak mi goreng.
![]()  | 
| Mi goreng simple. | 
Letak isi ayam dan fish cake sikit. Guna Gardenia Numee.
![]()  | 
| Sarapan saya. | 
Mi goreng suku pinggan. Scrambled egg suku pinggan. Sayur timun dan tomato separuh pinggan.
Dah ada mi goreng, tapi masak juga satu lauk untuk tengahari. Sebab nasi putih pun masak juga. Pada tarikh tersebut, Amirul ada dirumah. Hafizan pula on the way balik ke rumah. Jadi, dikhuatiri mi goreng sahaja tidak cukup untuk menampung makan anak beranak.
![]()  | 
| Ayam kicap. | 
Untuk lauk tengahari, saya masak ayam kicap, letak kentang dipotong wedges. Ini, tiru style SK. Ayam kicap saya nampak kurang menarik pula, sebab saya tak goreng ayam dulu. Masuk jer, bubuh air banyak dengan kicap. Masak dengan api perlahan hingga ayam empuk.
Esoknya, sudah mula lah cuti sekolah seminggu tu. Kerja saya, masak jer. Budak Amirul tu, bertapa dalam bilik. Tapi, boleh dengar dia bercakap dengan orang. Main game la, apa lagi. Bila lapar jer, keluar bilik tanya, ada makan apa? Anak bertuah.
Okay. Jumpa lagi, ye. 💗



Anak dah besar kan Nur...sama macam Dania..balik je memerap dalam bilik..lapar baru keluar...
ReplyDeleteSama je ye, SA, laki ke pompuan. 😁
Deletesama macam abang Mu'az...tapi, kalau nampak Linda dalam bilik, semua akan datang mengendeng...hahaha
ReplyDeleteOoo... dia orang nak bermanja la tu, dengan maknya.
Deletesamalah mcm anak2 pompuan sy. memerap dlm rumah je bila cuti sem. Keluar bila nak makan n tgok TV je...
ReplyDeleteHahaha... maknya kena selalu panggil la, Abe Kie, ajak nolong di dapur. 😁
DeleteKalau malas, memang masak ayam tak goreng dulu. Masak sampai pekat.
ReplyDeleteYa, Mulan, saya buat camtu la. Nak goreng dulu, ambil masa pula.
DeleteSaya dulu, masak ayam kicap mesti letak hirisan kentang yang dah digoreng. Ikut style masakan family saya. Tapi lama-lama tak letak, terus lupa style gitu 😄
ReplyDeleteBaca blog Dana, ada mi goreng. Kat blog Tot pun ada mi goreng. Macam memanggil kita masak mi goreng pulak 😀
Hehe.. boleh lupa ya, Ujie.
DeleteSila, sila, Ujie. Ujie berdua, boleh makan satu hari. 😁
Itu dia, pagi² dah siap masak mi goreng, siap masak nasi untuk makan tengahari dengan ayam masak kicap letak kentang banyak², hehehe. Tengok pinggan Tot, macam makan buffet hotel tu, terliur kita menengoknya.
ReplyDeleteHahaha.. kita takde peluang pi hotel. Itu yang buat scrambled egg ala ala hotel. Buat kosong, pastu tambah black pepper on top. Chewah..
DeleteSy pun kalau anak⁴ ada di rumah, lepas bekfes terus sambung masak tengahari. Malas nak masuk dapur 2-3x
ReplyDeleteKann, PH. Haruslah sediakan makanan siap-siap. Nanti boleh rileks lepas siap masak.
DeleteEh dah mula cuti sekolah ke? Saya ingat minggu depan.
ReplyDeleteCerita bulan lepas ni, NA. Lama save dalam draft, baru published. 😊
Deleteanak saya yang lelaki pun macam tu....asyik dengan game. Tapi tau pulak dengan perut lapar
ReplyDeleteHaha... lumrah anak-anak bujang zaman sekarang.
DeleteMee goreng tuh buat teringat pada mee goreng sekolah yang legend. Anak-anak bila makin besar memang akan asyik dengan game kan. Tot sekarang sudah mulakan eat clean ye. Chaiyok chaiyok ye
ReplyDeleteHehe.. mi goreng kosong je, KSarie.
DeleteMekasih, KSarie. Saya nak makan real food only. Kenalah jaga, takut ujian darah terbabas lagi.
sedapnya mee goreng!
ReplyDeleteamboi cuti sem memang sakanlah anak2 bujang main game dalam bilik
Alhamdulillah, sedap, Mazni.
DeleteItu la, dok bertapa dalam bilik. Keluar bila lapor jer.
Ibu yang bertanggungjawab..sentiasa peka pada makan anak2 dan suami serta sekeluarga..teruskan..ikhlas dan tiada keluhan..Saham akhirat tersirat..
ReplyDeleteTerima kasih, Cikgu. Saya cuba, Insya-Allah.
DeleteSaya pun kalo masak ayam kecap nih malas goreng kak. 😅😅. Pertama tak suka kena percikan minyak, kedua supaya lebih sehat juga, tak kena minyak goreng 😁🤭🤭. Memang jadi pucat , tapi sedap juga kan
ReplyDeleteItu la. Sedap juga, walaupun tidak digoreng dulu. Alhamdulillah.
Deletesama la dgn Iris, dok dlm bilik je....
ReplyDeleteKann... anak-anak jaman sekarang.
Delete