Progress berkebun - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Saturday, October 11, 2025

Progress berkebun

 💚 Tarikh: Sabtu, 13 September 2025  💚

Salam Sabtu, semua... Best la, hari ni hari Sabtu, boleh nyongket. Kebetulan, entri ini, saya nak ceritakan kisah pada hari Sabtu juga. Cuma beza, tarikhnya, bulan lepas. Itu pasal permulaan entri, biasanya saya tulis tarikh. Kebanyakan kisah yang saya kongsikan, sudah berlalu. Harap tidak ada yang terkeliru.

Mula-mula, cuba kome tengok di bahagian Comments di dashboard blogspot tu. Klik drop down Comment tu, tengok yang Spam. Kot ada komen dari saya yang termasuk situ. Silalah approve. Saya rasa saya ada tinggalkan komen di blog kawan-kawan, tapi tak keluar pula. Terima kasih.

Berikut progress pokok kunyit yang baru keluar. Ini projek tanam semula. Pokok kunyit yang daunnya sudah buruk dan tidak lagi hijau, adalah tanda yang tanahnya boleh dikorek untuk dituai kunyitnya. Cuci semua kunyit hidup. Ada yang saya simpan dalam peti ais, untuk kegunaan memasak. Ada juga yang bahagian ada mata tu, saya tanam semula. 

Pokok kunyit baru tumbuh
Alhamdulillah, tumbuh. 

Ambil masa agak lama. Saya ada terbaca di group bercucuk tanam di mukabuku, dia kata, cara cepat nak tanam pokok kunyit, kunyit hidup yang bahagian ada mata tu, simpan dalam bekas gelap, bawahnya letak tisu basah. Saya ada cuba cara ni, tapi ia tak bertunas pun, jadi tempat pertumbuhan kulat dan spora adalah. Hehe... Jadi, kalau ada bahagian kunyit bermata, saya tanam balik la dalam tanah. Gambar di atas adalah contohnya. Alhamdulillah, tumbuh juga. 

Anak pokok betik, timun, dan tomato.
Anak pokok betik, timun, dan tomato.

Inilah tapak semaian saya. Tempat saya campak biji-biji betik, timun dan tomato. Betik dan tomato dari dapur saya sendiri. Timun jer, guna biji benih beli dari kedai Eco RM2.60.

Saya ada labelkan, supaya boleh kenal. Nak asingkan dan tanam di tempat baru, mencabar juga. Dulu saya selalu kagum dengan aunty rumah depan sana nun, dia boleh duduk atas kerusi kecik dan rendah berjam-jam, cabut rumput. Sebab rumah dia rumput carpet, jadi, dia duduk atas kerusi kecil, tunduk, cabut rumput liar selain rumput carpet, yang tumbuh di celah-celah. Kalau tak ada kerusi kecil, lenguh tau, nak bertinggung berjam-jam. Kaki lenguh, silap-silap boleh sembelit kot. 🙈

Sekarang, saya pun dah berjangkit dengan aunty tu kot. Saya duduk atas kerusi kecil, saya asingkan anak pokok tomato. Susah sebab kena lemah lembut. Anak pokok masih kecil dan halus. Kalau tunggu besar, akarnya berselirat di bawah, lagi susah nak asingkan. Tak boleh biar dia duduk dekat-dekat, persaingan. Wak Warisan Tani pun ada buat kat pokok pisang dia. Anak pokok baru yang keluar, kena tebang. Biar satu pokok je. Kena ada penjarakan. Orang je yang tak tahu penjarakan ni. Suka datang dekat-dekat orang lain. Dah la ramai orang malas pakai facemask, sebab rimas, lagi-lagi pergi pasar malam. Sekali orang tu bersin atau batuk, kan dah kena sakit. Ah sudah, saya dah membebel dah.

Itu sajalah cerita perkembangan berkebun pada hari tersebut.

Selamat menyongket di hari minggu.

Jumpa lagi, ye. 💗

6 comments:

  1. Orang berkebun ena teliti dan tekun belek satu-satu pokok. Selamat menyongket Nur. Saya duduk rumah sahaja. Rancang untuk masak apa tengahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak menyongket mana pun, NA. Duduk diam-diam kat rumah, layan blog. Hehe.. suami kerja. Saya panaskan lauk semalam je, NA.

      Delete
  2. Tahniah sanggup berbakti pd bumi menghijau.. aminn

    ReplyDelete
  3. dulu saya pernah tanam kunyit di belakang rumah sampai2 lebat daunnya. Saran saya, jangan disiram terlalu banyak air jika ingin tumbuh lebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Terima kasih, Mas, atas tips tanam pokok kunyit. 👍

      Delete