💛 Tarikh: Selasa, 16 September 2025 💛
Setiap orang mesti ada baju kegemaran, atau seluar kegemaran. Padahal dalam almari, ada banyak helai boleh dipakai. Tapi suka juga pakai pakaian yang sama. Bila koyak, saya lah yang jadi tukang jahitnya. Bagus juga, jadi boleh manfaatkan mesin jahit. Kalau tidak, terbiar saja, diselaputi sarang labah-labah, mesin jahit itu. 🙈
Kalau koyakannya jenis kecil, boleh dicantum sahaja fabriknya. Jahit rapat. Tapi macamana kalau koyakannya, jenis berlubang-lubang halus, umpama fabrik seluar itu sudah hampir reput. Seluar lama, pakai, basuh, pakai, basuh. Lama-lama jadi nipis fabriknya.
Jadi, kena tampal lah, bahagian yang koyak itu.
![]() |
Tampal kain pada seluar, guna jarum peniti. |
Ambil kain perca mana-mana. Tengok warna yang sesuai atau hampir sama dengan seluar. Gunting sekadarnya untuk menutup bahagian yang koyak. Semat dengan jarum peniti.
![]() |
Jahit keliling kain. |
Jahit guna mesin jahit, keliling kain tampalan. Kalau nak lebih kuat, boleh jahit zig zag atas kain tampalan tu. Saya pada hari itu agak malas, jahit keliling sahaja.
![]() |
Bahagian luar seluar. |
Tak perfect. Tapi boleh la cover, bahagian yang koyak.
![]() |
Sudah siap tampal seluar koyak. |
Dua tampalan, siap dijahit. Seluar suami. Bukan saja cerewet membeli. Sudah banyak kali suruh beli seluar baru. Tapi suka bebenor pakai seluar yang sama. Siap!
Jumpa lagi, ye. 💗
Untung pandai jahit sendiri. Tak perlu upah orang dah.
ReplyDeleteSy tak boleh lama² depan mesin jahit, pening dan sakit belakang. Maybe effect c-sec kot. Mesin jahit simpan je la huhu
ReplyDeleteBiasanya orang yang suka pakai begitu dia rasa selesa, tu pasal tak mau tukar lain walaupun banyak dalam almari.
ReplyDeletekalau tampal pakai warna yg sama, okaylah lagi. tak nampak sangat kesan tampalan tu.
ReplyDeletekalau saya seluar yg koyak camni, beli baru jelah haha