Rabu, 14 Januari 2026 - Tiada benda menarik berlaku dalam hidup saya. Bosan tak, kalau saya asyik cerita di blog tentang topik masak saja? Huhu... saya cerita jugalah. Pada hari itu, ada lagi lauk tak habis dalam peti ais.
![]() |
| Saya panaskan lauk kari ayam. |
Tinggal 2 ketul saja ayam dalam kari ayam. Saya top-up bendi yang baru dipetik, campak dalam kari waktu sedang panaskan atas dapur. Kena masak lagi satu lauk untuk bertahan sampai malam. Fikir punya fikir, sesi termenung depan peti ais, ambil keputusan untuk goreng ayam saja.
![]() |
| Sediakan bahan-bahan untuk goreng ayam |
Ayam tinggal separuh ekor. Tepung bistari tinggal tak banyak, saya bancuh cair. Guna kaedah double dip. Celup ayam dalam bancuhan cair dahulu. Kemudian, celup dalam tepung tempura pula. Habiskan tepung yang ada dalam peti ais.
![]() |
| Siap, ayam goreng crispy. |
Jarang-jarang saya goreng ayam ni. Selalunya, saya masak lauk berkuah. Tapi kuah kari ada tu, ok la, buat ayam goreng. Kalau tak, cekik makan nasi.




Langsung teringat sayapun ada sisa tepung ayam goreng. Nak habiskan juga lah.
ReplyDeleteKaka dah berangkat road trip yaa. Hati2 di jalan, semoga dilancarkan semuanya. Tak sabar nak baca cerita 😄
Itulah, kita guna apa yang ada dalam fridge saja, Fanny.
DeleteTerima kasih, Fanny. Sudah selamat balik rumah pun. 😊
rumah cie pun jenis kena ada kuah kalau buat ayam goreng camtu regu dengan kuah kari memang ngam sangat dah.
ReplyDeleteKan Cie, kalau takde kuah, cekik makan nasi.
Deletecara sha pula tepung tu pakai tepung beras + gandum celup dalam air sejuk, memang crispy ayam nya..tapi pakai tepung bistari ni memang jadi sedap ayam nya..anak-anak pun suka mkn
ReplyDeleteBegitu, pakai tepung beras campur gandum dalam air sejuk. Mekasih kongsi cara Sha. Nanti boleh cuba.
Deletebukan-bukan..satukan tepung beras + gandum..lepas tu perap ayam dalam tepung tu..celup dengan air sejuk baru perap balik dalam tepung..haa faham tak hahaha, sha susah nak explain nanti try la ya..
DeleteOh.. pelik juga, tak pernah dengar cara Sha ni. Menarik untuk dicuba. 👍
DeleteTeringat tepung bistari sudah habis kena top up barang dapur le nampak gayanya minggu ini.
ReplyDeleteSila, sila, kak.
Deletewah terbaik la macam tu...ada kreativiti untuk menu masakan agar sentiasa berselera untuk makan.
ReplyDeleteHehe... kenalah gunakan habis bahan yang ada, Encik Hanafi. Tak elok membazir.
DeleteSedap itu ayam goreng salut tepung. Bagus habiskan kuah kari itu.
ReplyDeleteSedap, NA, Alhamdulillah.
DeleteMesti, tak elok membazir.
KSarie suka je baca semua cerita Tot pasal masakan, briskwalk, mengopi, berkebun, etc sebab its a blissful life. Kehidupan tenang aka slow life memang dambaan ramai orang termasuk KSarie nih ha. Keep on sharing ye. Selamat bercuti Tot
ReplyDeleteTerima kasih, KSarie. 🤗 Tambah semangat saya untuk terus bercerita. Mekacih, mekacih.
DeleteKari ayam fevret kids =D
ReplyDeleteOh, ye ke... sedap kan, Nieza.
DeleteHahaha.. cekik makan ayam tak de kuah kan. Nasib ada kuah kari lagi tu boleh makan dengan ayam goreng. Nur cerita apa pun sy tak bosan baca.
ReplyDeleteMekasih, SK. Tambah semangat saya untuk terus menulis. 🤗
Deletekalau linda...ayam goreng ngan sambal belacan pun dah sedap ni
ReplyDeleteHehe... betul, betul. Kalau akak, kena bubuh kicap tambah, kalau takde kari.
Deletetepung bestari ni sedap! saya pun kalau makan nasi mesti kena berkuah. kalau takde tu, makan je ayam goreng ngn kicap
ReplyDeleteBetul, sama kita, kalau takde kuah, kena ada kicap kan, Mazni.
DeleteTulis je Nur, saya suka baca. Kadang tiru menu orang 🤭
ReplyDeleteHari ni Sy masak cencaru sambal dan goreng bendi + telur. Malam ni macam nak masak spaghetti carbonara :)
Baik, PH, Insya-Allah.
DeleteWah, sedap-sedap menu PH. Cencaru sambal. Spagetti carbonara pun syedap.
Cantik kejadiannya... macam kat kedai
ReplyDeleteMekasih, uncle. Alhamdulillah.
DeleteTerus rasa nak buat ayam goreng tepung bistari...
ReplyDeleteSila, sila, SA. 😁
Deletehaipp tamkmo ckp bosan. kami sukaaaa je baca apa2 je sahabat blog share terutama bab makanan! eehehehe
ReplyDeleteHehe.. terima kasih, Ana. Tambah semangat akak untuk bercerita. 🤗
DeleteNampak crispy betul ayam tu. Menjadi. 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😋
Deletekalau kat rumah ammi, tepung bistari dan kawan-kawannya mcm tak pernah surut. lagi satu minyak masak yg peket tu... mmg hobi encik suami agaknya kalau membeli barang dia beli sekali minyak tu.
ReplyDeleteOh, ye ke... haha.. minyak masak peket tu, jimat sikit ya, Ammi.
Delete