Itulah rutin setiap hari. Jalan pagi dan masak. Cubalah buat. Tapi... tapi... ada hari memang ada rasa malas nak keluar jalan pagi. Ada hari juga ada urusan dan tidak mahu kelam kabut balik rumah, jadi itu yang tidak keluar berjalan pagi.
![]() |
| Berjalan selama 52 minit dengan jarak 4.46 kilometer |
Cerita pada 8 Januari 2026 yang lepas. Memang malas nak keluar jalan setiap pagi. Saya hanyalah seorang manusia yang lemah, ada hari semangat turun juga. Tapi bila sudah keluar berjalan, memang rasa best dan ada rasa sense of accomplishment itu, kan.
Balik rumah, tengok pokok sekejap. Kalau tanah dalam pasu macam kering, barulah saya siram. Suami ada di dapur sudah, tolong bersihkan ikan keli. Hehe... rajin betul suamiku ini. Alhamdulillah. Perap ikan keli dengan serbuk kunyit dan suami tolong gorengkan. Sementara itu, saya sediakan bahan dikisar untuk masak berlada.
![]() |
| Ikan keli berlada |
Tadaaa... siap, satu lauk! Nak juga campak bendi tanam sendiri. Sebab nak masak sayur tak cukup. Bendi di tanam, sehari keluar sebiji, sebiji yang cukup besar diambil. Itu yang saya masukkan saja dalam lauk yang dimasak.
Alhamdulillah.. kome plan nak masak apa hari ini?
Jumpa lagi, ye. 💗


weekend ni nak beli keli la lama tak masak keli sendiri.
ReplyDeleteMemang kita ini ada mkodd, pasang surut kan Nur. Itulah namanya manusia, berbeza dengan yang namanya malaikat hihiiii.
ReplyDeleteSedap betul keli goreng balado!
Wahhh..1 menu ni pun dh sedap dh ni sis =)
ReplyDeleteJadi lapar perut.
ReplyDeleteMood tu macam biasa lah kan sekejap ok sekejap tak ok tapi yang penting ikan keli nya tu mantap masakannya.
ReplyDeleteKat rumah SA pun ada stok keli ni...nak buat lauk bekal keli berlada la...
ReplyDeleteTempat saya musim angin timur - panas dan kering. Kena siram pokok 2x sehari, kalau terlupa pokok jadi layu kekeringan. Biasanya saya siram sehari sekali je 😄
ReplyDeleteSedapnya keli berlada tu, tambah sedap sebab hasil kerjasama suami isteri 😀