Itulah rutin setiap hari. Jalan pagi dan masak. Cubalah buat. Tapi... tapi... ada hari memang ada rasa malas nak keluar jalan pagi. Ada hari juga ada urusan dan tidak mahu kelam kabut balik rumah, jadi itu yang tidak keluar berjalan pagi.
![]() |
| Berjalan selama 52 minit dengan jarak 4.46 kilometer |
Cerita pada 8 Januari 2026 yang lepas. Memang malas nak keluar jalan setiap pagi. Saya hanyalah seorang manusia yang lemah, ada hari semangat turun juga. Tapi bila sudah keluar berjalan, memang rasa best dan ada rasa sense of accomplishment itu, kan.
Balik rumah, tengok pokok sekejap. Kalau tanah dalam pasu macam kering, barulah saya siram. Suami ada di dapur sudah, tolong bersihkan ikan keli. Hehe... rajin betul suamiku ini. Alhamdulillah. Perap ikan keli dengan serbuk kunyit dan suami tolong gorengkan. Sementara itu, saya sediakan bahan dikisar untuk masak berlada.
![]() |
| Ikan keli berlada |
Tadaaa... siap, satu lauk! Nak juga campak bendi tanam sendiri. Sebab nak masak sayur tak cukup. Bendi di tanam, sehari keluar sebiji, sebiji yang cukup besar diambil. Itu yang saya masukkan saja dalam lauk yang dimasak.
Alhamdulillah.. kome plan nak masak apa hari ini?
Jumpa lagi, ye. 💗


weekend ni nak beli keli la lama tak masak keli sendiri.
BalasPadamSila, sila, Cie. Ikan keli ni, goreng pun sodap.
PadamMemang kita ini ada mkodd, pasang surut kan Nur. Itulah namanya manusia, berbeza dengan yang namanya malaikat hihiiii.
BalasPadamSedap betul keli goreng balado!
Betul, kak. Lumrah seorang manusia.
PadamSedap, Alhamdulillah.
Wahhh..1 menu ni pun dh sedap dh ni sis =)
BalasPadamBetul, betul! 😊
PadamJadi lapar perut.
BalasPadamHehe.. sila pergi makan, Mas.
PadamMood tu macam biasa lah kan sekejap ok sekejap tak ok tapi yang penting ikan keli nya tu mantap masakannya.
BalasPadamHehe... Alhamdulillah, kak.
PadamKat rumah SA pun ada stok keli ni...nak buat lauk bekal keli berlada la...
BalasPadamSila, sila, SA. 😊
PadamTempat saya musim angin timur - panas dan kering. Kena siram pokok 2x sehari, kalau terlupa pokok jadi layu kekeringan. Biasanya saya siram sehari sekali je 😄
BalasPadamSedapnya keli berlada tu, tambah sedap sebab hasil kerjasama suami isteri 😀
Sama kita, Ujie, saya pun siram sehari sekali. Padahal sini pun panas, lama tak hujan. Alhamdulillah. Bila ada orang menolong masak, cepat siap, cepat dapat makan. Hehe..
PadamBagus nya Nur jalan tiap hari. Nak ambik semangat Nur, moga dapat jugak berjalan tiap hari. Keli berlada sedapnya.
BalasPadamTak dapat juga setiap hari. Tengok ada driver baru pergi. Hehe..
PadamSedap, Alhamdulillah.
Ingat nak masak ayam lemak kuning..boleh la bawak bekal balik Selayang esok..hihihi
BalasPadamSedap tu Linda, ayam lemak kuning.
PadamPandai suami Nur siang ikan. Saya pandai makan.
BalasPadamHehe.. Ikan keli sudah siang di pasar, NA. Cuma kena cuci dengan tepung gandum dan air asam jawa, bagi hilang hanyir.
Padamsedap tu . ikan keli memang fav kiter
BalasPadamSamalah kita. 😋
PadamSeketul pun jadi tu. Pokok bendi Arab saya dah malas berbuah lepas lembu makan pucuknya. Kena tanam lain lah nampaknya. 😥
BalasPadamAlahai, lembu pun... takpe, pokok bendi senang hidup. Boleh tanam baru.
PadamIkan keli berlada kalau nak makan mmg kena makan diluar sbb dlm rumah ni tak de yg makan ikan keli :D
BalasPadamAlaa, ye ke... takpe, makan di luar pun ok, asal dapat merasa.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya skr ini lagi agak malas workout kak. Macam jenuh, ngantuk, tapiiiiii saat saya paksa utk tetap workout, nanti end up sampai 1 jam 😂😂. Pelik kan. Macam diganggu jin awal2, dibuat malas hahahahah
BalasPadamNak mula tu memang payah kan, Fanny. Bila sudah mula, ok saja.
Padamsedap tu ikan keli berlado..fav kita
BalasPadamSedap kan... 😋
PadamWahhhh Tot udah semangat waja briskwalking bersungguh-sungguh di tahun 2026 ni. Udah masuk minggu ketiga Januari 2026 KSarie belum sempat (aka malas😅) untuk menguit berzumba sekali pun lagi. Haishhhh. Rasanya kena cari keli berlada untuk berbuka puasa nanti ni
BalasPadamNak mula tu memang payah, KSarie.
PadamSelamat berbuka puasa.. Alhamdulillah... 👍
Rasa semangat pula nak briskwalk pagi-pagi 😄 Memang betul, ada hari rasa malas, tapi lepas keluar jalan tu memang puas hati.
BalasPadamKan, Nurul, sebab berjaya lawan malas tu, memang puas hati.
Padam