Pada 6 Januari 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan pagi di UTP, Seri Iskandar, Perak. Jauh tu, kami pergi. Saja, sebab suami hari off. Anak kedua, Hafizan pun ikut sekali. Anak bongsu, Sulaiman tak ikut, sebab dia sudah janji dengan kawan nak briskwalk di Esplanade Lumut.
Jom tengok pemandangan jalan pagi di Taman UTP, singkatan untuk Universiti Teknologi Petronas. Orang awam boleh masuk percuma saja.
![]() |
| Tenang tengok tasik |
Sesekali tukar angin. Biasanya, jalan pagi di padang. Kali ini, dapat tengok pemandangan tasik yang luas ini. Cuaca pagi itu agak mendung, tidak panas sangat. Saya berjalan saja dulu, sambil sembang dengan Hafizan. Bila sampai tempat peralatan bersenam yang disediakan, Hafizan berhenti sekejap mencuba.
![]() |
| Pokok kiambang |
Alhamdulillah. Untung orang yang tinggal berdekatan. Dapat riadah di taman yang luas seperti ini. Kalau tak mahu berjalan atau jogging pun, boleh saja duduk-duduk di kerusi yang disediakan. Tempat sesuai untuk tenangkan fikiran.
![]() |
| Lihat burung bangau mencari makan di tasik |
![]() |
| Duduk bawah pokok sambil tengok tasik |
Saya pusing dua pusingan paling besar. Saya sampai dulu di kawasan hampir dengan tempat parking kereta. Sementara tunggu suami dan Hafizan sampai, saya duduk dulu bawah pokok. Alhamdulillah. Setelah lama saya cuma berjalan dan tidak berlari, saya rasa bersyukur sebab boleh slowjogging tanpa ada rasa sakit lutut. Perlahan-lahan saja. Kalau orang jalan laju, mesti boleh potong saya yang sedang slowjogging.
![]() |
| Haa.. sampai pun suami dan Hafizan |
Jalan pagi selama 49 minit, dengan jarak 4.04 kilometer. Alhamdulillah. Lepas tu, singgah di stesen minyak di tepi UTP, nak guna tandas.
![]() |
| Pokok-pokok tanaman di laluan nak ke tandas stesen minyak |
Tandas stesen minyak paling aman dan menenangkan, sebab banyak pokok-pokok kecik dalam pasu. Selain muzik alam yang berkumandang, rasa tenang saja, nak membuang air. 😊
Kemudian, suami ajak sarapan di Restoran Bunda, Seri Iskandar. Sini banyak pilihan nasi dan lauk pauk. Tapi saya tak ambil nasi pagi itu. Terliur tengok teman bloggers kongsi tentang soto, saya pun pesan soto.
![]() |
| Soto dengan sambal kicap |
![]() |
| Suami makan nasi kerabu |
Nampak sedap nasi kerabu suami ambil sendiri ini. Makanan di sini semua ambil sendiri, yang nasi dan lauk pauk. Lepas ambil, bayar di kaunter. Air balangnya sekali bayar, tapi percuma untuk refill. Kedai besar dan banyak tempat duduk.
Hafizan tak makan di kedai, cuma minum air. Tapi kami bungkus dua set nasi berlauk ayam goreng crispy. Hafizan makan di rumah saja.
Alhamdulillah. Sekian cerita berjalan pagi dan sarapan kami pada hari Selasa lepas.
Jumpa lagi, ye. 💗








Bila environment cantik.. nak briswalk pun seronok..
ReplyDeleteBetul, betul!
DeleteSeronoknya dpt masuk tmn UTP =)
ReplyDeleteYe, best jalan-jalan kat situ, Nieza.
DeleteSeronok beriadah di tempat cantik dan aman gini. Mood pun jadi baik dan tenang
ReplyDeleteBetul, PH. Tenteram rasa di hati.
Deletebestnya briskwalk view cantik
ReplyDeleteBetul, Lydia, sini pemandangan cantik, rasa tenang saja.
DeleteAda pasu bunga berhampiran tandas. Cantik. Rasa tidak pernah jumpa stesen minyak ada sedikan sudut tanaman.
ReplyDeleteMengapalah Hafizan tidak sertai makan? Lagi senang makan di kedai.
Itulah. Inilah satu-satu stesen minyak saya pernah jumpa penuh dengan pokok-pokok renek yang hidup subur dalam pasu, NA. Kita lalu pun rasa sejuk jer.
DeleteHafizan sudah sarapan di rumah, NA, sebelum ikut briskwalk. Jadi, makanan bungkus tu, makanan tengahari dia.
waahh sonoknya briskwalk kat tasik UTP! selesai bwalk dpt hirup sup soto ada begedil wahhhhh syahduuuunyaa ehehehe
ReplyDeleteHehe.. betul, Ana. Dapat hirup sup soto tu panas-panas, rasa lapang dada.
DeleteDapat mancing best ni
ReplyDeleteTempat dilarang memancing, Wak. Tapi setahun sekali UTP ada buat pertandingan memancing.
DeleteUTP tu yang cantik library dia. Canggih....
ReplyDeleteBetul. Senibina dia, memang kagum tengok dari luar. Saya tak pernah masuk dalam.
Deleteseronok BW bila dapat tengok view cantik2.
ReplyDeleteBetul, Cie.
DeleteTenang je kan tenguk tasik. Soto kalau tak ada sambal kicap tak de umph
ReplyDeleteBetul, kak. Rasa sayu pun ada bila tengok tasik. Layan perasaan.
DeleteHa ah. Sebab sup soto kurang pedas, tambah sambal kicap baru terangkat!
Unik betul deco luar tandasnya. Banyak pulak tu pokok.
ReplyDeleteBetul. Pokok-pokok indoor. Seronok kita tengok.
DeleteIsssh memanglaah, yg tinggal di area sini pasti semangat nak jogging bila2 😍😍😍. Tempat nyaman, ada track nya juga.
ReplyDeleteLangsung teringin makan soto 😄. Saya pun kalau makan soto, pasti perkedel saya masukkan ke dalam kuah
Betul, Fanny. Tempat kakak tiada taman luas begini, untuk beriadah.
DeleteIya, enak makan begedil dengan nasi impit dalam soto itu. Aduh, telan air liur kakak membayangkan keenakannya. Mungkin harus repeat dalam waktu terdekat.
Disebabkan banyak gambar makanan menarik makanya terfokus pada makanan lebih daripada cerita briskwalking. Dasar ada saka makan begitulah ye.
ReplyDeleteHehe... samalah kita. Bahaya, bahaya. Nak kena buang saka tu jauh-jauh, dah masuk tahun baru ni, KSarie. Harus kuat! Chewah...
Delete