Cerita semasa cuti umum 1 Januari 2026. Nasi goreng kampung masak pagi hari, habis waktu tengahari. Jadi, kami keluar makan di kedai tomyam dekat rumah saja.
Keluar rumah dekat pukul 4 petang. Nama tempat, Restoran Nurhayati Maju. Bapa saya pernah tanya saya, bila masa saya buka kedai makan? Hehe.. sebab nama saya pun Nurhayati juga.
Semasa kami keluar, kami belum makan tengahari. Nasi goreng dalam kuali, Hafizan yang habiskan. Selepas itu, kami sudah tidak makan malam. Dua dalam satu. Hehe..
![]() |
| Set nasi dengan lauk |
Ada menu masakan panas juga set nasi, sama seperti kebanyakan kedai-kedai tomyam. Bolehlah pilih set mengikut berapa orang dan bajet masing-masing. Kami pilih set nasi putih bersama lauk ikan singgang.
![]() |
| Ikan singgang |
Ikan kembung. Cukup rasa lauk singgang ini.
![]() |
| Kailan ikan masin |
Ini pun sedap.
![]() |
| Sambal belacan dan timun |
![]() |
| Ikan goreng |





Fav SA tu Nur...tp x suka kosong macam tu..SA suka letak bendi ke..timun ke..tomato...lepas kena ada budu...perghhh..sedar2 dh bertambah nasi
BalasPadamOh, ye ke... Betul kan.. ikan singgang dengan budu memang boleh menambah nasi. 😋
Padamkalau singgang ngam makan dengan budu memang padu.
BalasPadamKan, Cie. Dapnye!
PadamBaru saya tahu nama Puan Nur ialah Nurhayati. Tapi kekalkan TOT itu lebih unik hehehehe dalam dunia online
BalasPadamYe, Encik.
PadamBahaya menu2 ni. Boleh rosak diet, hewhew
BalasPadamHehe... betul.
PadamSedapnya tgk kailan ikan masin tu =)
BalasPadamYe, Nieza, memang sedap! 😋
Padamsedapnya ikan singgang.. linda pun suka,tapi tak reti masak macam orang pantai timur masak...
BalasPadamAkak pun refer buku resepi, Linda. Tapi simple je bahan dia.
PadamItulah, sy baca tajuk dah terfikir sama nama dengan tuan belog, hihi. Sedapnya lauk2 pilihan Nur, sy suka jugak makan lauk singgang, tapi kena pakai pinggan mungkum sebab nak letak kuah banyak2. hurmm.. sambil taip ni telan ailio tau.
BalasPadamHehe... kebetulan nama sama.
PadamSedap kan, SK, letak kuah banyak-banyak. Saya siap masak semula lauk ikan singgang ini di rumah, sebab tak puas makan di kedai. 😁
sedapnya make ike singge. masa budak dulu sokmo arwah ma masak mcm ni atau goreng aje ike kembung tu. lo ni je jare make hok gitu.
BalasPadamOooo... kito suko ike singge, abe kie. Satu lauk tu cukup doh, tambah budu. 😋
PadamSy baru tahu nama penuh Nur :)
BalasPadamSy pun suka masak singgang gini, nak² bila makin muda ni :p
Hehe... itulah, PH. Nak masak pun senang. Tak perlu tumis guna minyak pun. Lebih sihat.
PadamFirst time dgr boleh order ikan singgang di restoran masakan panas..
BalasPadamSebab kedai tomyam ini dibuka awal, Encik, tengahari sudah buka. Jadi ada set untuk makan tengahari juga.
PadamSaya suka lauk singgang tapi lama tidak makan.
BalasPadamBoleh la masak, NA. Senang je, sebab rebus dan tak banyak bahan.
PadamIkan singgang, favorite kami
BalasPadamSamalah, Mulan. 😊
PadamOoo KSarie baru tau ada kedai tomyam jual masakan singgang juga. Selalunya KSarie bermanja-manja dengan makcik-makcik minta masakkan padahal KSarienya pun udah tua patut boleh masak sendiri kan😅Kailan tuh nampak menghijau sungguh
BalasPadamTak semua kedai tomyam ada jual masak singgang ni. Mungkin yang buka awal tengahari macam tu, kot. Senang je masak singgang ni, KSarie, sebab rebus je.
Padamwah untung ler nama sama dengan pemilik restoren. Tumpang nama.....hehehe
BalasPadamHehe.. kebetulan, dia pula buka kedai dekat rumah saya.
PadamAmboi. Diam-diam dah ada branch rupanya. 😆
BalasPadamHahaha.... bertuah.
PadamMasalahnya saya belum coba ikan singgang. JD tak bisa bilang suka atau tak. Yg pasti kalau lauk berkuah, trus rasanya asam pedas, saya suka
BalasPadamSedap, Fanny. Lain kali datang Malaysia, Fanny cuba, ya.
Padam