Pada 29 Disember 2025 yang lepas, saya masak spagetti goreng.
![]() |
| Rupa macam mi goreng |
Letak udang juga. Ada letak sambal korek sikit, saya simpan dalam peti ais. Sambal korek yang Fanny bagi. Kicap pula saya guna kicap manis pedas. Masa menumis, saya tumis bawang ditumbuk dengan cili api pula. Hasilnya, spagetti paling pedas saya pernah masak. Berasap, kome!
Sulaiman yang paling tahan pedas itu pun turut mengakuinya. Awat mama masak pedas sangat, spaggeti ini? Haha... tak sengaja, anakku. Lepas makan spagetti, saya kena makan roti bakar cheese bagi hilang pedas.
Esoknya, saya repair semula. Saya tumis bawang merah sikit, tambah sos tomato sikit, kurang sikit pedasnya. Baru habis spagetti ini.
Sekian. Jumpa lagi, ye. 💗

Takleh bayang pedasnya. Sampai berasap tk telinga? Hehe
BalasPadamSampai keluar hingus, Cuya. 😂
PadamAdehhh potong selera kalau pedas ni. Nasib boleh repair semula.
BalasPadamItu la. Nasib baik masih ada sos tomato yang belum expired di rumah.
Padamterus jadi rupa mee goreng kak nur! nasib baiklah boleh adjust balik rasa pedas tu
BalasPadamHehe.. itulah. Padahal guna spagetti, bukan mi kuning. Alhamdulillah, habis juga, setelah di-adjust tahap kepedasannya, Mazni.
Padamkalo pedas sgt payah nk abis tp kalo mmg suka pedas pasti abis
BalasPadamBetul. Tapi ini memang pedas melampau, itu yang terpaksa adjust balik.
PadamSpagetti yang dah menyerupai mi...ok juga tu
BalasPadamRupa je sama. Bila makan, rasa spagetti juga, Encik.
PadamKalau pedas sangat, confirm saya akan sukaaaa 🤣😍😍😍😍😍. Ntahlah kak, lidah saya nih Krn dilatih makan pedas dari usia kecil oleh mama, JD sampai skr memang susah makan kalau tak pedas berapi 🤣
BalasPadamFanny seorang pempedas ya. Hehe.. Aduh, kalau kakak, mahu kena sembelit kalau level pedas berapi.
PadamIni makanan barat yang di timurkan... Fusion gitu... hehehe
BalasPadamYeh... hik hik.
PadamSemua bahan ada unsur pedas Nur letak.
BalasPadamSaya suka pedas tapi itulah untuk saya seorang, orang lain mesti tidak makan.
Sebab kuantiti spagetti itu banyak, itu yang saya ingat, takdelah pedas sangat. Tengok² bukan main pedas jadinya. Ye la, kalau kita seorang makan ok je, kan.
PadamSambal korek tu agaknya yang buat pedas sangat, kan. Pempedas pun tak menahan tu, hihi.
BalasPadamBetul. Satu sudu kecil sambal korek itu sudah cukup sebenarnya. Saya pergi letak 2-3 sudu. Nangis, SK.
PadamKalau Tot yang tahan pedas pun kata pedas, kalau KSarie sure surrender la ni lepas makan sesuap😅. Tapi nampak molek kejadian spagetti nya tu😋
BalasPadamHehe.. tak sengaja, terpedas pula kali ni. Bahaya sambal korek tu. Kicap manis pedas muka Nabil tu pun boleh tahan contribute rasa pedas.
PadamPedas lah sedap. Makan dengan keropok keping boleh menambah-nambah ni.
BalasPadamHa ah yek, tak pernah pula makan dengan keropok keping. Barulah kurang pedas sikit kot.
PadamNasib baik ada roti bakar cheese jadi “penyelamat mulut”, next time boleh adjust pedas sikit💗
BalasPadamBetul, Nurul. Penyebab paling utama, sambal korek Indonesia tu. Memang berasap. 😅
Padam