Wednesday, February 25, 2026

Cerita 3 - 6 Ramadan 1447 H

Tak banyak pula gambar saya ambil di bulan puasa ini, jadi saya rangkumkan cerita beberapa hari dalam satu entri. 

Cerita 3 Ramadan

Nasi ulam

Hari Sabtu. Saya tak masak. Berbuka dengan makanan dibeli di bazar ramadan Sitiawan. Sudah beli ayam golek. Seekor harga RM22. Ingat nak makan ayam golek saja waktu berbuka tapi nampak nasi ulam, terus beli. Harga RM7. 

Nasi ulam ialah hidangan nasi tradisional yang digaul bersama hirisan pelbagai jenis ulam-ulaman segar, herba (seperti daun kaduk, kesum, pegaga), kerisik, ikan goreng/masin, dan rempah ratus.

Nasi ulam yang saya beli rasanya kurang sikit, macam tak banyak guna daun, dan agak mild. Saya pernah rasa nasi ulam yang campur banyak sangat bahan, orang tua buat. Memang tak jumpa dah orang buat macam tu. Sekarang banyak versi ringkas. Boleh jadi juga dia buat supaya tidak mudah basi dan boleh dijual di bazar. Tapi masih okay dan sedap di tekak saya, Alhamdulillah. 

Buat zus white coffee

Beli di Lotus, Zus Ngupi White Coffee. Perlu booster untuk lipat kain selepas sahur. Sambil tengok Vampire Diaries. Lepas habis siri Walking Dead, tengok siri Vampire Diaries pula. Dulu waktu anak kecil-kecil, dan tinggal rumah lama di Seri Iskandar, Perak, saluran 8TV ada tunjuk tapi waktu lewat malam. Jadi selalu tak dapat ikut. Sekarang boleh la tengok semula. Suka kopi ni, sebab kurang manis.

Cerita 4 Ramadan

Salad ayam

Ada baki ayam golek seketul dalam peti ais. Masuk dalam salad. Ini hidangan berbuka saya.

Waktu pagi pergi pejabat pos, pergi pasaraya Econsave dan kedai Eco. Beli nasi dan mee goreng dalam paket yang boleh dimasak guna dapur elektrik yang kak Notie bagi. 

Baca sini 👉 Hadiah dari Giveaway blog Saje Suka-suka

Hafizan pakai di Poli. Makanan tu, macam yang orang bawa pergi khemah. Tak sangka ada dijual di kedai Eco. Hafizan cuma perlu panaskan guna periuk elektrik tu.

Cerita 5 Ramadan

Salad telur rebus

Waktu hampir tengahari, beli baju raya Amirul dan Hafizan di Aeon Mall. Lajak terus ke Pantai Remis. 

Anak-anak dan suami berbuka dengan nasi kandar Pantai Remis. Beli lauk ayam ekstra untuk makan sahur sekali. Alamak, saya tak ingat untuk ambil gambar lauk ayam nasi kandar tu.

Cerita 6 Ramadan

Salad telur rebus dan ayam

Ada left over seketul ayam goreng yang bungkus dari kedai nasi kandar Pantai Remis hari sebelumnya. Saya masukkan dalam salad. Waktu pagi, saya masak lauk berikut.

Ayam masak kicap kering

Jadi menu berbuka untuk anak-anak dan menu sahur 7 Ramadan juga. Berbuka bertiga, dengan Amirul dan Sulaiman. Suami kerja. Waktu sahur baru suami ada.

Sudah tiga hari saya berbuka makan salad saja. Kenyang, sebab sayur guna banyak dan ada masukkan protein sekali seperti telur atau ayam. Tapi waktu sahur, saya ambil nasi, sesenduk.

Alhamdulillah. Jumpa lagi, ye. 💗

33 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Menu berbuka puasa yang mengenyangkan. Saya biasa makan telur rebus waktu sahur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Alhamdulillah, kenyang. Makan telur rebus waktu sahur, dua biji pun sudah cukup kan, kak.

      Delete
  2. Makanan sihat. Bagusnya makan banyak sayur.
    Guna semula bahan macam ayam golek dalam salad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA, guna left-overs je, jadi lauk protein dalam hidangan salad.

      Delete
  3. Replies
    1. Supaya membantu membuang, bagi saya. Hehe..

      Delete
  4. Bagusnya Nur, makan salad je. Sy kalau tak makan nasi time berbuka, menggigil agaknya 😅
    Tapi time sahur boleh pula x makan nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sebenarnya, PH. Tu time sahur tak makan nasi, okay. 😁

      Delete
  5. Dah lama x mkn nasi ulam. Dulu2 kak yong sy rajin buat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang rajin je yang boleh buat nasi ulam ni, kan Nieza. Nak cari daun, nak hiris halus-halus, dan sebagainya.

      Delete
  6. Wah...makan salad selalu...mesti berat badan banyak turun nanti ni....sedapnya ayam golek...rasa nak beli plak ayam golek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat saya turun sekilo je, SA, last check. Sebab saya ada minum air manis juga. Huhu..

      Delete
  7. alhamdulillah...ada juga peneman berbuka puasa bila ayahnya kerja...

    ReplyDelete
  8. Seru sangat membaca ragam menu yang disajikan selama ramadhan. Unik, dan bervariasi lho mbak.
    Aku sungguh penasaran sama nasi kandar. Ada restonya di dekat rumah, tapi lupa mulu mau coba kesana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada ya, nasi kandar di sana. Boleh coba nanti, Mas Fajar.

      Delete
  9. Nasi ulam tu selalu jual kat mana? Selalu tengok dalam TV je pasal nasi ni.

    Tahniah jadi pemenang Top Commentator bulan Januari 2026. 🎉👏👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat bazar ramadan ada. Dekat pasar minggu atau pasar pagi pun boleh jumpa juga. Tapi jarang-jarang jumpa, tak macam nasi lemak atau nasi berlauk. Sebab susah kot, nak cari daun-daun nak membuat nasi ulam tu.
      Terima kasih ya, BK! Akak sangat hargainya, terpapar di Wall of Fame blog BK. 😊

      Delete
  10. Nasi ulam sedapnya lama tak makan. Banyak blog dah bw komen lamanya tak makan hehe si Mulan ni. 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. banyak benda dah lama tak makan ya, Mulan. Tapi nasi ulam ni, memang jarang jumpa. Itu pasal saya beli. 😁

      Delete
  11. Tot kenapa asyik makan salad? Kurus la nanti ni. Jealous tau KSarie. KSarie sakan la berbuka makan sampai segah-segah perut. Tragis betul. Suka betul tengok salads yang menghijau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat saya turun sekilo je, KSarie. Tak kurus pun. Spare tyre pun ada lagi. Saya makan salad supaya senang nak membuang. Hehe.. Alhamdulillah, selagi ada rezeki, dan kesempatan, makanlah KSarie.

      Delete
  12. Wah seru juga liat cerita harian Ramadan dari mulai makan ulam sampai salad ayam. Jadi kebayang suasana berbuka dan sahurnya yang simpel tapi bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Berbuka juadah simple saja sudah cukup dan bermakna, mbak.

      Delete
  13. tengok nasi ulam tu teringat arwah mak. setiap kali ramadan mak akan buat. lama dah tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin mak Cie buat nasi ulam sendiri. Alfatihah untuk arwah.

      Delete
  14. Saya pernah baca resep nasi ulam, lupa blog siapa. Tp memang banyaaaaaaaaaak sangat ulam yg diiris lalu digaulkan ke nasi. Menariiiiik kak. JD pengen coba. Pernah dengar nasi ulam, tp tak pernah makan.

    Di Indonesia pun ada nasi ulam. Tp sangat berbeda dengan yg versi Malaysia. Kalau Malaysia pakai ulam2an segar di iris, kalau di sini nasi digaul dengan serundeng kelapa, yg sudah dibumbui, pakai daun kemangi dan semur daging (beef stew) .

    Nah yg khas Malaysia ini saya blm coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Fanny cubalah cari nasi ulam bila datang Malaysia. Sedap dan unik, rasanya.
      Oh.. beza sikit ya, dengan nasi ulam Indonesia.

      Delete
  15. Susah nak jumpa nasi ulam yg sedap. Wah bersalad tiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat saya makan nasi ulam yang dibeli, tak pernah lagi jumpa yang tak sedap, kak. Alhamdulillah. Ya, saya perlu sayur tu, supaya senang nak membuang.

      Delete
  16. Nasi ulam tu saya dah lama nak makan, tapi susah betul jumpa dia kat area saya ni.
    Tahun 2024 kot, ada sarapan kat kedai sarapan pagi area perak. Quite glemer la tmpt tu. Situ nampak nasi ulam, tpi lepas nampak ada pilihan nasi kerabu, tak jadi ambil nasi ulam.

    Tula kali terakhir saya jumpa nasi ulam 🤣

    ReplyDelete