Sambung cerita makan kenduri sebelum ini. 

Sabtu, 7 Februari 2026 - Kawan-kawan suami beriya ajak kami singgah homestay dia orang di Tanjung Karang. Tak jauh dari Sekinchan. Tak puas lagi berborak gang lelaki ni. Ikutkan aje la. 

Lokasi tempat tinggal kawan-kawan suami ni semua jauh-jauh. Itu yang deme tempah homestay. Juga, gathering sesama gang IKM Sungai Petani. Sudah bertahun-tahun mereka adakan perjumpaan seumpamanya, at least sekali setahun. Patutlah mereka rapat antara satu sama lain. Cuma saya la orang paling baru masuk group isteri gang IKM. Suami saya walaupun baru dijumpai, tapi sudah lama kenal. 

Lawa, homestay mereka di Tanjung Karang ni. Tepi sawah padi. Jom tengok, saya ada ambil gambar.

Ruang terbuka belakang, nampak sawah padi.

Ada indoor pool

Pandangan dari muka pintu

Saya tumpang solat, lepas tu, sembang-sembang sesama gang isteri. Alhamdulillah. Tambah kawan-kawan baru dalam hidup saya. Saya selalu doa lepas solat, sebab saya tak ada kawan. Surirumah duduk rumah saja. Kawan saya cuma suami sajalah. Dulu saya ada gang berlari, tapi sudah berpatah arang, berkerat rotan. Tak perlu lah saya cerita di sini. Cuma bila orang tak hormat kita, baiklah saya undur diri. 

Tengok-tengok tahun ni, dapat kenalan baru. Alhamdulillah.

Macam kedai makan saja.

Itu dapur yang tuan homestay beri keizinan untuk guna. Jadi, gang isteri guna rice cooker sini untuk masak nasi. Ada yang sudah bawa potluck lauk pauk dari rumah. Gang isteri IKM ni, ada yang dari Kedah, dari KL, dari Johor, dan paling jauh dari Kuala Terengganu. 

Gang IKM

Seronok suami saya, dapat jumpa teman-teman lama. Semoga terus terjalin silaturrahim.

Gang isteri pada suami bekas IKM

Dari kiri, saya, Illa, Ina, Anna, Ros dan Kak Nora. Dia orang ajak kami tidur sekali. Tapi tak dapat, sebab suami saya kerja shif malam hari tu. Lain kali, Insya-Allah, boleh join gathering, ya. 

Kami minta diri waktu petang. Lama juga duduk lepak homestay, sembang-sembang sambil buat air. Walaupun cuaca hari itu panas, tapi berangin. 

Bila gang isteri buat gathering, mereka akan bertukar-tukar hadiah. Walaupun kami tak dapat join dan balik awal, ada juga barang untuk saya. Masya-Allah. Malu pun ada. Kita terima je, tak beri pun. 

Eh, ada lagi kudap-kudapan dari bapa pengantin lelaki.

Hadiah dari kawan-kawan baru.

Saya terima beg handmade yang dijahit sendiri oleh Kak Nora, tuala, bekas kaca buat simpan aksesori kecil, keropok keping dan keropok lekor Terengganu, coaster, tepung ayam goreng dan sehelai tudung. Allahuakbar... rezeki ditemukan dengan orang-orang baik ini. 

Nice la homestay yang dia orang duduk. Boleh lain kali kot tak tahu nak cuti di mana, datang ke Tanjung Karang, duduk situ. Banyak kan, homestay area Sekinchan, Tanjung Karang, yang tepi sawah padi. 


Syukur Alhamdulillah. 
Oklah. Ramadan kedua hari ni. Jangan lupa surah al-Kahfi, hari ni Jumaat.
Jumpa lagi ye. 💗

32 Ulasan

  1. nicenya homestay ni. siap ada pool berlatarkan sawah. apa nama homestay ni ye? kot2 family saya nk buat gathering, boleh book kat sini gak.
    alhamdulillah, jumpa geng baru yg ramah2. pasni boleh plan trip lain pulak ye dak? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. D'Z 43 Paddy Home, Tanjung Karang, Mazni. Akak sudah update entry atas, letak lokasi. Sesuai, buat gathering family. Tempat barbeku pun ada di luar, tepi sawah.
      Alhamdulillah. Ye, ada rezeki, mungkin di Kelantan kot, tahun depan, Insya-Allah. 😊

      Padam
  2. Homestaynya asyiiik mbak, nuaansanya syahdu sekali sebab dikelilingi oleh area persawahan.
    Baca tulisan ini dan lihat fotonya, membuat saya jadi rindu sama kampung halaman. hiks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mas, tenang dapat bercuti di kawasan sawah padi. Hijau pemandangan dan udara pun segar, dengan angin kuat.

      Padam
  3. Best nya homestay ni. View sangat awesome. Insyaa Allah moga terus kekal ukhuwahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, cantik tempatnya. Nyaman gitu, sebab angin kuat.
      Aminn... 🤲 terima kasih, Mulan.

      Padam
  4. Apa nama homestay ni Nur? Kot la tersesat pi belah sana...
    Best dapat macam² hadiah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Namanya D'Z 43 Paddy Home, Tanjung Karang, PH. Saya sudah update namanya dalam entri di atas.
      Alhamdulillah, terharu dapat hadiah, walaupun baru kenal.

      Padam
  5. Ya, Surah AL Kahfi....masih teringat-ingat Gua Ashabul Kahfi.

    BalasPadam
  6. Best dapat tambah kawan. Cie walau bekerja pun tetap takde kawan. Hihi. Kawan ada je tapi bukan jenis yang jumpa sembang2 hang out ke takde.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan kerja ya, Cie. Ok je. Dah berkeluarga ni memang jarang-jarang pergi ngeteh sesama kawan pompuan, kan.

      Padam
  7. cantik homestay view sawah padi...mcm pernh kwn stay sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, ye ke... review di google pun tinggi. Memang cantik.

      Padam
  8. Sahabat sejati tu bekas bekas IKM berjumpa semula .. setahun sekali wajib jumpa tu yg mahal.. nampak datang negeri yg jauh2.. Dan jumpa tu mesti ada group whatsapp baru kan huhuu. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, ada group whatsapp, tempat berbincang. Hehe..

      Padam
  9. Alhamdulillah..seronok bertambah kawan baru..macam Linda pun, walaupun join event babyRuz tu..tetap la tak kenal orang...hihi..tanya nama waktu tu, lepas tu lupa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Linda. Oh ye ke.. kalau jumpa orang yang sama, boleh kot kenal, walaupun nama lupa.

      Padam
  10. Alhamdulillah rezeki dapat melepak di homestay yang dikelilingi sawah padi menghijau makan-makan dan bersembang. Rezeki dapat bertemu rakan-rakan baru. Semoga ukhwahnya berpanjangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, KSarie. Aminn... 🤲 mekacih.

      Padam
  11. Dapur tempak masak siap ada 3 tungku. Betul macam di kedai makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya rasa, memang kedai makan. Tapi sebab ada tetamu, dia tutup kot, supaya tetamu homestay boleh guna.

      Padam
  12. Bestnyaa jalan-jalan tanjung karang .. lagi-lagi kalau pergi kena musim padi menghijau ..tenang mata memandang ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, CCL. Memang rasa tenang duduk situ. Angin pula menderu je bertiup. Sayu juga rasanya, boleh layan perasaan la, tepi sawah padi.

      Padam
  13. View homestay cntik giler..tenang je kalau melibatkan pemandangan sawah padi ni...sesekali ada gathering kan...respect la..baik ngan wife kawan2 U suami Nur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, SA. View memang superb la.
      Hehe.. ok je. Bila suami happy, saya pun happy.

      Padam
  14. Waaah seruuuuuu bisa saling gathering begini. Walau kakak sore dah harus balik. Semoga next nya bisa ikut menginap.

    Saya pun selalu suka kalau suami ajak kumpul dengan teman2 kecil dia. Krn baik2 sangat. JD saya dengan istri2 nya pun dekat.

    Homestay nya lumayan besar berarti ya kak, bisa menampung ramai teman2 suami plus istri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, kalau ada rezeki lain kali. 😊
      Oh, samalah kita ya, Fanny.
      Sebenarnya, sewa 2 buah homestay, Fanny. Yang akak singgah ini, salah satu homestay-nya. Sebelah menyebelah saja.

      Padam
  15. Seronok kalau gathering tempat best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah kak Notie, memang seronok.

      Padam