Masak apa tu...
Rabu, 28 Januari 2026 - Kembali ke rutin masak memasak dan bercucuk-tanam. 😊 Saya pergi pasar hari sebelumnya, beli sayur dan ikan. Jom tengok saya masak apa pada hari itu.
![]() |
| Sayur campur |
Terbanyak pula masak sayur campur. Banyak jenis sayur saya guna, iaitu lobak merah, kacang buncis, brokoli, kobis bunga dan tomato. Tumis-tumis bawang putih dengan olive oil sampai naik bau, masukkan segala jenis sayur, pecah telur dua biji, kacau kacau, letak sos tiram dan lada putih, siap. Inilah resepi sayur yang saya suka makan dan selalu masak.
![]() |
| Ikan goreng |
Ikan digoreng terlebih dahulu, lepas tu letak bawang dan cili api digoreng di atas ikan yang sudah digoreng. Itu jer lauk pada hari tersebut. Sebab tidak berkuah, makan dengan kicap.
Alhamdulillah. Masak yang senang senang dan cepat siap. Entri pendek, sekadar berkongsi masak apa.
Jumpa lagi, ye. 💗


12 Ulasan
Masak macam ni pun dah sedap sangat dah.
BalasPadamKann.. Alhamdulillah.
PadamSayur campur tu semua bahan2 yg saya suka. Tambah lak ikan goreng, mmng rasa nk tambah nasi je
BalasPadamOh ye ke.. betul, selera makan nasi dengan ikan goreng panas-panas.
PadamRajin potong semua sayur. Banyak jadinya tapi saya memang suka sayur campur tapi itulah tidak rajin potong-potong banyak sayur.
BalasPadamAlhamdilillah sedap.
Saya beli sikit-sikit banyak jenis sayur, jadi itu yang suka masak campur semua, NA.
PadamAlhamdulillah.
Kalau nak taua masak simple macam ni la yang buat makan bertambah...kan?
BalasPadamBetul, betul! 😋
PadamKSarie dari dulu memang suka lauk yang simple. Itu yang buat menambah makan biasanya. Terima kasih Tot share menu yang dimasak. Boleh jadi menu untuk berbuka puasa KSarie nanti ni
BalasPadamSetuju, KSarie. Sama-sama. Bolehlah kita berkongsi idea. Lagi-lagi di bulan ramadan, mesti ada sesi termenung depan peti ais, gitu, fikir nak masak apa.
PadamDua menu ni pun dah cukup kenyang .. tambah sikit sambal belacan memang laju laaa suap ke mulut
BalasPadamBetul, CCL. Kalau ada sambal belacan, memang lagi selera.
Padam