Cerita pada hari Sabtu, 7 Februari yang lalu. Belum masuk bulan puasa. Dua minggu berturut-turut kami dapat jemputan makan kenduri. Kebetulan, pengantin lelaki nama sama, Syafiq. 😁
Kali ini, jemputan dari sahabat baik suami semasa zaman belajar di IKM Sungai Petani. Kesinambungan dari berjumpa dengan seorang kenalan lama yang mencari suami sejak sekian lama, dan kami berjumpa tempoh hari di Kuala Terengganu, kemudian dipertemukan dengan rakan-rakan serumah yang lain pada zaman itu melalui group whatsapp. Jadi, pertemuan jejak kasih la, ye, masa kenduri di Pasir Panjang, Sekinchan, Selangor. Sudah lebih 25 tahun tak berjumpa.
![]() |
| Suami, di tengah-tengah, bersama teman-teman lama |
![]() |
| Pengantin lelaki |
Cuaca agak panas. Kesian pengantin, panas. Anak sulung ni, yang berkahwin. Masa ini, rombongan keluarga pengantin lelaki semua pakai tema warna lilac. Cantik saya tengok, bila dah berkumpul ramai-ramai. Warna pastel, lembut. Sedap mata memandang, bagi saya.
![]() |
| Rombongan bergerak masuk |
Walaupun yang berkawan lama itu suami dan teman-temannya. Saya pun berkenalan dengan isteri teman-teman lama suami. Mereka semua friendly, jadi rasa sangat welcome dan tidak kekok.
Rezeki juga, kami dapat join makan berhidang, walaupun kami bukan keluarga pun. Bapa pengantin berkeras suruh kami duduk juga kat tempat keluarga. Malu laa, tapi mahu... 🤭
![]() |
| Pinggan saya |
Lauk pauk semua ada atas meja, tak perlu beratur. Tapi saya malulah nak ambil gambar, sebab kami share meja dengan ahli keluarga. Ambil gambar pinggan saya saja. Ada lauk daging kurma, ikan masak lemak, acar jelatah, ayam masak merah dan tembikai. Semua sedap. 😋 Alhamdulillah.
Lepas makan nasi, adalah makanan sampingan lain. Suami saya tak bangun, punya syok bersembang. Jomlah kita explore kenduri orang. Bapak pengantin pun suruh pergi ambil, jangan malu-malu.
![]() |
| Apakah ini? OMG, ada kopi!! 😍 |
Gigih saya beratur, ambil kopi Saigon. Bijak sungguh pihak keluarga pengantin ini. Saya sukalah!
![]() |
| Pasangan pengantin sedang berucap di depan |
Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hendaknya hingga ke jannah. Mudanya saya tengok. Lebih kurang rupa anak sulung saya je, pengantin lelaki, Syafiq ni.
![]() |
| Sakanlah deme berborak |
Takpelah, kita kasi peluang kat deme ye, lama tak jumpa. Saya pergi ambil hidangan lain pula.
![]() |
| Ambil rojak |
Sudah sedia pinggan rojak di meja tepi. Bila kita kata nak sepinggan, dia tolong tuangkan sesenduk kuah kacang panas dari dalam periuk. Masya-Allah... 😋
Mana pergi diet? Bantai minum air manis ya. Air kenduri adalah air oren asam boi. Kopi pula, kopi signature dari kopi saigon. Walaupun cawan kecil saja kopinya, sudah cukup bagus.
Ada pastries, kek dan kuih-muih seangkatan dengannya, saya tidak ambil. Laksa pun ada, saya tidak ambil. Kenyang makan rojak dan nasi minyak.
![]() |
| Kak Nora dan saya |
Inilah Kak Nora, isteri salah seorang geng IKM suami. Kak Nora ni lah yang bawa jalan-jalan Kuala Terengganu hari tu, dan tolong tawar-menawar waktu shopping. 😁
![]() |
| Dapat dua goodies bag |











terasa diri ini tua bila anak2 kawan sebaya dah kahwin. anak sy je yg masih study.
ReplyDeleteMeme tuo pun. Jangan marah ya Abe Kie, saya gurau je. 😁 Saya pun dah tua. Tak lama la tu, terima menantu. Insya-Allah.
DeleteSemoga berbahagia kedua-dua mempelai.
ReplyDeleteAminn... 🤲
DeleteNi dah macam mini gathering la kan, pasal dah lama tak jumpa 😀
ReplyDeleteSedapnya rojak, makan kuah rojak panas pulak tu.
Ya, Ujie. Mini gathering. 😊
DeleteItulah. Memang sedap, pekena rojak kuah kacang panas.
bestnya makanan dah dihidang kat setiap meja. tak payah sesusah bangun ambil makanan. haha pengantin mmng nampak muda betul dari saya, tapi dorang dah kawin dulu. saya tak nampak bayang lagik :P
ReplyDeleteAlhamdulillah, rejeki dapat makan nasi minyak berhidang.
DeleteInsya-Allah, Mazni, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Tak lama lagi ya, Mazni.
Wahhh..Kopi saigon tu yg mahal tu =)
ReplyDeleteItu la. Macamana entah boleh ada kopi saigon di kenduri. Rasa, ada family dia la kerja situ kot. 😁
Deletemasih muat lagi meja untuk keluarga pengantin, rezeki kak Nur dengan suami..Alhamdulillah, dapat berjumpa dengan kawan lama semula
ReplyDeleteItulah, Linda, ada tempat untuk kami, Alhamdulillah.
Deletewaahhh siap ada kopi saigon syoknyaaaa! mmg sggup je berarut kan kak ehehe.. salam ramadhan buat akak sekeluarga :)
ReplyDeleteDemi kopi, memang akak sanggup beratur. Hehe...
DeleteSalam ramadan buat Ana juga. 🤗
Kenduri kawin memang best dapat jumpa kawan2 kan. Ada Kopi Saigon wahhh. Makanan pun nampak sedap semua.
ReplyDeleteYa, Mulan, Alhamdulilah. Sedap-sedap belaka.
Deletesiap ada kopi saigon kt kenduri
ReplyDeleteItulah pasal. Alhamdulillah.
DeleteBukan bishe bishe sampai ada kopi saigon di kenduri kawen..
ReplyDeleteItulah kan, tak pernah lagi jumpa kenduri kahwin jamu tetamu kopi Saigon ni.
DeleteMantap menu kenduri kahwinnya siap ada Kopi Saigon. Sure ramai yang beratur dekat situ kan? Alhamdulillah rezeki dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Sure banyak benda yang disembangkan tuh kan
ReplyDeleteHa ah, KSarie, ramai yang beratur tempat kopi. Tapi laju je bergerak, sebab ada 2 orang yang buat dan agihkan. Alhamdulillah. Ya, dah puluh tahun tak jumpa, banyak cerita tak habis kat kenduri, sambung ke homestay pula, sembangnya.
Deleteseronok dapat goodies..lagi2 dalamnya barang rare..macam ketupat mini tu..bolehlah sekali untuk raya
ReplyDeleteBetul, Sha. Alhamdulillah.
DeleteHuiyo banyak makanan sampingan lagi ada kopi Saigon. Untung suami Nur borak, Nur boleh pergi cari makanan lain. Hehe tidakpun suapkan sedikit makanan pada suami yang sibuk borak.
ReplyDeleteItulah, Alhamdulillah, rezeki. Saya makan separuh, lepas tu pass ke depan dia. Habis juga makan, sambil sembang.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePanas terik ..tengok cuaca dan awan bergabung sekali tu ..
ReplyDeleteYe, CCL, memang panas hari tu.
DeleteTahun ni SA x dapat lagi jemputan kenduri kahwin..lepas raya nanti insyallah...bulan 5 ada satu, dan bulan 6 ada sepupu kahwin kat Muar...
ReplyDeleteWah, dua jemputan tu. Boleh la berjalan jauh sikit, makan kenduri nanti, ya, SA.
DeleteTak sangka bisa jumpa setelah 25 tahun ya kak... Pasti banyaaak yg bisa diceritakan itu 😄
ReplyDeleteMeriiaaaah pesta nikahnya ... Makanan kenduri nih paling best lah 😄👍. Apalagi kalau disediakan kopi pula. Jarang2 nih.