Saturday, February 21, 2026

Makan malam sebelum puasa

Ada banyak draft entry cerita pasal makan-makan. Tapi saya dah delete la. Tak jadi nak cerita di blog, sebab dah bulan puasa. Ini last cerita makan-makan sebelum masuk Ramadan.

Rabu, 18 Februari 2026 - Pergi makan malam awal seisi keluarga. Alhamdulillah. Anak-anak tiga orang ada di rumah. Anak bongsu, Sulaiman memang ada dok petik anggur di rumah, tunggu result SPM. Anak kedua, Hafizan, cuti seminggu. Esok akan balik ke Poli. Anak sulung, Amirul pula tengah cuti lama, dia baru habis final exam. Lepas raya baru balik Dungun, rasanya.

Perasan tak, masa sehari sebelum mula kita puasa tu, semua shopping mall dan supermarket penuh? Hehe... kami ni tengok parking Aeon Mall penuh, tak kuasa la nak masuk. Suami tanya, nak makan di mana? Kita pergi tempat yang buka dan kurang orang je la. 

Masa kami lalu depan Kafe D'Sauk, tengok macam sudah dibuka dan tak ada orang, situlah kami pergi.

Wefie sebelum makanan sampai

Kafe ni rasanya specialty dia, menu shell out. Tapi kami pesan menu western. Antara menu yang ada termasuklah nasi putih dan nasi goreng pelbagai jenis, menu western seperti spagetti, fish and chips, chicken chop dan lain-lain. Menu sizzling pun ada. 

Strawberry mojito

Hafizan seorang pesan air manis. Yang empat orang lagi minum air suam. 

Wantan goreng

Wantan goreng repeat order, bila dah habis sepinggan. Hafizan makan ini je. 

Nasi goreng udang

Nasi goreng udang dipesan oleh suami. Sambal udang dia sedap. Udang besar juga. Saya tak tahu nasi goreng udang rupa dia macam ni. 

Nasi putih ayam buttermilk

Ini pinggan Sulaiman. Sulaiman cakap, sedap. Laju je budak ni makan.

Spagetti carbonara

Amirul makan spagetti carbonara. 

Fish and chips

Fish and chips sampai paling lewat. Semua orang dah habis makan. Jadi, macam tak best, saya makan sorang-sorang. Potong-potong kecil ikan tu, dan share makan dengan anak-anak. Tahu Hafizan lapar, sebab dia makan wantan goreng je. Saya suruh dia habiskan fish and chips. Suami cakap, tidak kenyang makan di sini. Ye la, dah biasa makan di kedai tomyam.  

Total harga makan di sini RM76.20.

Lepas makan, kami order kopi Zus cawangan Lumut. Tapi, dapat mesej Order Delayed. Tiga kali submit, 3 kali order delayed. Jadi, cancel order. Tukar ke Zus cawangan Manjung Point pula. Dapat submit order. Tapi tunggu hampir satu jam untuk pesanan 4 air untuk siap. 

Giler betul sehari sebelum nak puasa tu. Macam semua orang tak masak di rumah, semua orang makan di luar. 😂

Oklah. Sekian cerita.

Jumpa lagi, ye. 💗

28 comments:

  1. Sama lah sini. Petang sebelum puasa, penuh kedai, pasar raya. Lenguh duk beratur. Kalau tak beli barang basah, memang saya letak semula barang-barang yang dah masuk dalam troli. 😭

    ReplyDelete
  2. Kami pun ke kedai makan favorite tapi permanently closed lah pulak. Masuk mall penuh insan manusia. Last2 ke kedai rojak dan cendol.

    Nur, nanti check email ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, boleh pula tutup forever. Rojak dan cendol, sedapnya! 😋 Waktu Mulan cakap ni, kebetulan hari yang sama la, saya jumpa email Mulan dalam spam. Huhu..

      Delete
  3. Sehari sebelum puasa memang memasing ambil peluang makan kat kedai sebelum puasa nanti sebulan makan di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sini tak rajin macam Cie. Deme suka beli luar di bazar ramadan, sebab tu hari-hari bazar penuh, termasuk saya pun meramaikan juga. Huhu...

      Delete
  4. Replies
    1. Hehe... uncle boleh gang dengan Sulaiman.

      Delete
  5. Nasib sy buka entry sis waktu lps brbuka puasa =)

    ReplyDelete
  6. Mau tak penuh org kat semua mall bagai.. Sara baru je masuk maka org berpusu pusu membeli huhuhu..

    ReplyDelete
  7. Comel jew nasi putih ayam buttermilk. Patutlah Sulaiman suka. Eh, Firdaus pun suka ayam buttermilk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Firdaus boleh gang dengan Sulaiman.

      Delete
  8. Lamanya menunggu order.. ada 1 malam tu.. 16 Feb tak silap.. Tronoh, seri Iskandar hujan lebat dari petang bawa ke malam..dalam 9lebih gitu..sekali dengan guruh kilat kuat..Linda ni memang niat nak keringkan baju dekat dobi..sebab bertimbun baju..basuah² kat rumah ,nak p Kering je la dekat dobi..dah reda sikit, keluar la..sambil nak order zus..sekali dalam apps tu dia gate lambat sikit..ingatkan ramai orang ke apa .rupanya, sederet bangunan zus tu blackout..patut lah pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bapakk, blackout rupanya. Agaknya, benda yang sama pada blok kedai cawangan Zus yang akak dapat order delayed hari tu. Keringkan di dobi lebih senang ya, Linda. Nak tunggu sidai, hujan pula.

      Delete
  9. Kann. Penuh org before nak puasa tu. Lagi2 tgh cuti CNY. Saya pun gi bercuti kat johor, tapi bahagian yg tak sesak sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, cuti raya cina hari tu memang sesak, campur cuti sekolah seminggu. Wah, Mazni pergi bercuti di Johor. Nanti share di blog ya. 😊

      Delete
  10. Memang meriah malam sebelum Ramadan di sana sini kan? KSarie pun sama menyumbang kepada kesesakan di kedai makan di Shah Alam hari tu😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, KSarie. Haha, sama kita. Semua pakat makan luar, sehari sebelum puasa.

      Delete
  11. Ya kitorang hari terakhir sebelum puasa makan tengahari tengok ramai orang walaupun dah hampir pukul 3 petang. Ikan bakar Abah nak pesanpun sudah habis.
    Hehe orang lepas dendam makan tengahari dan jalan-jalan sebelum puasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaa... semua orang pakat dok order ikan bakar la tu, sampai habis.
      Ye la kan.. nanti bulan puasa sudah tak boleh makan siang di luar.

      Delete
  12. CCL beberapa hari sebelum puasa ada buat makan-makan dengan family sempena sambut puasa ..gambar masih terperam dalam galeri . Entri pun belum siap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... ye ke.. bagus tu. Nanti free, CCL share ya, di blog.

      Delete
  13. Seronok aih makan- makan sblom puasa...ala napa di delete...masukkan aje dalam blog buat kenangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak cerita, SA, benda dah lama berlalu. Hehe..

      Delete
  14. Saya dah lamaaaa tak makan di luar. Apalagi kalau dah Deket nak ramadhan, memang malas. Krn yakin semua tempat makan pasti rame 😄. Ini bulan ramadhan pun samaaaa. Pada berbuka di mall

    Makanya kalah teman ajak berbuka di mall, saya tolak kak. Susah nak sholat.

    Sebenarnya tak apa kalau postingan makan2 tetap diposting kak. Toh bisa jadi referensi akan berbuka di mana nanti.

    ReplyDelete
  15. Cuti sekolah dgn cuti raya cina lepas tu nak sambut Ramadan memang semua keluar rumah

    ReplyDelete