Tuesday, February 3, 2026

Jalan pagi Dungun

 Tiba-tiba mood update blog hilang. Banyak main tukar-tukar template semenjak tidak update entri baru. Tiba-tiba rasa serabut dengan template lama. Ambil keputusan tukar yang lebih simple yang blogger sediakan saja. Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih tinggal komen di blog saya ini, walaupun saya belum kunjung balas ke blog anda. Saya hargai sangat. 🤗

Ini sedang paksa diri, menaip entri baru. Baiklah, saya sambung cerita roadtrip Pantai Timur tempoh hari, ya. 

Jumaat, 23 Januari 2026 - Pagi lepas Subuh, salin baju untuk berjalan tepi pantai. Haruslah, sebab tempat cantik. Mana boleh lepaskan peluang duduk saja dalam bilik hotel. Syukur Alhamdulillah, rezeki dapat tengok pemandangan langit cantik waktu pagi. 

Pemandangan langit pagi depan hotel Permata Resort, Dungun
Pemandangan waktu pagi depan hotel

Ini sudah beberapa kali kami berjalan pagi di kawasan riadah tepi Jalan Pantai Sura, Dungun ini. Bagus betul pihak berkuasa tempatan kawasan ini, sediakan tempat riadah yang selesa dan luas untuk orang ramai. Terbaik! 👍

Laut yang cantik di Jalan Pantai Sura, Dungun
Laut yang cantik. 

Ombak kuat, memang tak boleh mandi. Kuat bunyi deruan ombak menghempas pantai. Terasa nak duduk lama-lama situ, tengok laut jer. Saya dan suami jalan slow-slow saja. Sekejap saya berhenti ambil gambar. Sekejap kami berjalan semula, di laluan pejalan kaki yang disediakan.

Pantai Teluk Lipat, Dungun
Sampai ke Pantai Teluk Lipat

Hari Jumaat di Terengganu, macam hari Ahad di negeri lain. Orang tak bekerja. Jadi, ramai yang keluar beriadah, bawa keluarga bersama. Jadi memang meriah sepanjang laluan riadah yang disediakan. Awal pagi memang kurang orang. Tapi makin bertambah cerah, makin ramai kelihatan. 

Laluan riadah di sepanjang Jalan Pantai Sura
Laluan riadah yang selesa, luas dan panjang sepanjang Jalan Pantai Sura.

Jalan sambil tengok laut. Memang tak jemu, dan mendamaikan jiwa. Tidak perlu buat laluan berbatu. Memadai dengan jalan tar biasa. Sebab saya biasa jogging di laluan berbatu atau jalan dari batu-bata, ia keras dan kurang mesra lutut bagi orang yang ada masalah lutut. Itu yang saya suka pihak berkuasa tempatan di sini. Bijak buat kawasan riadah begini. 

Kawasan banyak pokok ru di Jalan Pantai Sura
Masuk ke kawasan pokok ru

Memang lokasi sesuai bergambar, cantik kawasannya. Masa kali terakhir kami datang tahun lepas tak silap ke, dua tahun lepas, entah, saya sendiri sudah lupa bila last kami sampai Dungun, kawasan laluan berkayu ini masih dalam pembinaan. Sekarang sudah siap.

Kawasan banyak pokok ru di Jalan Pantai Sura
Bersih dan tenang tengok banyak pokok

Tempat duduk tepi pantai
Ada tempat duduk tepi pantai

Macam cengkerang kura-kura. Angin pula bertiup kuat dan sejuk suasana.

Matahari naik
Matahari naik

Jomlah kita berhenti sekejap, tengok matahari naik. Subhanallah... 

Us, berjalan tepi pantai
Selpiaq sekeping

Tak lama, kami kembali berjalan. Kami tak pergi sampai ke hujung pun. Niat memang nak berjalan sambil cari sarapan. Bila jumpa kedai yang buka, kami pun berhenti, lintas jalan, dan pergi beli sarapan.

Bungkusan sarapan sambil jalan pagi
Tudiaa....

Suami beli nasi dagang sampai empat bungkus dan nasi kerabu sebungkus. Sebab saiz agak comel. Kuih pun ada. Masa pergi, tangan kosong. Balik, jinjing plastik seorang satu. Ada 2-3 orang yang berselisih dengan kami, senyum jer dan menegur, wah... dah siap beli. 😁 

Slowjogging di laluan riadah Jalan Pantai Sura
Suami ambil gambar saya tengah slowjogging

Ada kucing ikut, sebab dia boleh bau menarik dari plastik saya bawa, kot. Tak nampak pula dalam gambar, plastik kuih yang saya bawa. Nampak bontot jer besar dari belakang.

Saya sampai dulu depan hotel kami inap. Tengok suami jauh di belakang. Rupa-rupanya, dia boleh terserempak dengan kawan yang dia sudah tak jumpa lebih kurang 20 tahun. Masya-Allah... itu yang dia lambat sampai tu. Sembang dan bertukar nombor dengan kawan lama.

Riadah di Jalan Pantai Sura
Riadah di Jalan Pantai Sura

Jalan campur slowjogging selama 1 jam 19 minit, sejauh 5.16 kilometer. Banyak kalori terbakar. Baguslah, sebab nanti nak makan banyak. Huhuhu.... 

Nasi dagang comel
Nasi dagang comel

Comel sikit saiz dia, banding nasi dagang bungkus di tempat kami. Dibalut dengan daun pisang sedemikian rupa. Sebab sampai empat bungkus suami beli, kami tak adalah beli nasi lemak sambal ikan tongkol. Itu lagi satu hidangan sedap, kalau kami sampai Dungun.

Nasi dagang bungkus Dungun
Dapat telur ikan! 😋

Sedapnya, nasi dagang dia, cukup rasa segala. Amirul datang hotel, join kami sarapan. Ada extra nasi dan kuih, Amirul bawa balik rumah sewa. Babai, anak mama. Nanti belajar rajin-rajin untuk periksa. Kita jumpa Insya-Allah, bulan puasa. 

Kami check-out Permata Resort, Kuala Dungun dalam pukul 10 pagi lebih kurang. Kami teruskan perjalanan ke... ke mana? Tunggu entri berikutnya... 

Jumpa lagi, ye. 💗

32 comments:

  1. Bila brisk walk tempat cantik gini, tak terasa jauh langkahnya tu. Tau² dah > 5km. Tahniah Nur 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PH. Alhamdulillah. Memang tak terasa, sebab pemandangan cantik. 🥰

      Delete
  2. Teringin juga nak makan nasi dagang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada rezeki, datanglah ke Terengganu ya, Encik Hanafi.

      Delete
  3. Kenal lagi kawan itu walaupun tidak jumpa lebih kurang 20 tahun.
    Seronoknya jalan-jalan tengok pantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, saya pun musykil juga, kawan dia boleh cam. Sebab suami dulu keding, sekarang sudah berisi. Hehe..
      Alhamdulillah, memang seronok, NA.

      Delete
  4. Makan nasi dagang terengganu memang sedap la.

    ReplyDelete
  5. Waaah saga suka lihat pavement kayu nya, memang memudahkan bagi yg nak jogging ya kak. Ditambah view ke arah laut pula 🤩🤩🤩. Best lah.

    Nasi dagang, sukaaaa. Di sini ada restoran Riau yg menjual nasi dagang. Mungkin Krn Riau termasuk Melayu juga , jadi saya kalau lewat depan kedainya, pasti beli. Cuma rasanya tak seenak nasi dagang yg saya pernah coba di KL. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang yang sama kah, Fanny? Kalau Fanny cuba yang Terengganu punya nasi dagang, memang lagi sedap la, Fanny. 😋👍

      Delete
  6. antara wishlist sy dgn suami nak ke terengganu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tercapai ya Nurul, suatu hari, Insya-Allah. 🤲

      Delete
  7. Replies
    1. Wah... feveret anak dara Nieza, rupanya. Sedap, kan.

      Delete
  8. Rindu brisk walk sini tepi laut, pernah menginap di resort ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan, Mulan, briskwalk di sini. Resortnya pun lokasi bagus.

      Delete
  9. Laut ialah tempat yang tak pernah jemu dipandang.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya makan nasi dagang original. Langsung kelaparan sebab puasa ni😅Kalau briskwalk with a view macam tu tak terasa ribu riban langkahnya kan? Pemandangan tepi pantai molek sokmo. Alhamdulillah rezeki suaminya jumpa kawan lama. Semoga Amirul dirahmati sokmo di bumi Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sorry ya, KSarie. Tunjuk makanan pula, KSarie puasa.
      Betul, tak rasa pun, sebab pemandangan cantik.
      Aminn... terima kasih, KSarie. 🤗

      Delete
  11. Nasi lemak daun pisang. Payah nak jumpa sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang, daun pisang. Ni mesti nak cakap lain, tertaip lain ni. Hehe..

      Delete
  12. Ammi pun sekian lama tak BW, harini baru buat marathon sbb harini tenang2 je kat office.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila free, barulah dapat blogwalking ya, Ammi.

      Delete
  13. Memang kalau nak teroka Ganu macam Nur ni...x cukup sehari dua kan...kena betul2 plan nanti ni..PZ nak pi Kuala Terengganu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, saya bermalam 2 malam di Terengganu, iaitu Dungun dan Kuala Terengganu, SA. Semoga ada rezeki PZ ke KT.

      Delete
  14. subhanallah, cantiknya view pantai waktu pagi2. bestnya jadi org terengganu kan, dpt vitc pantai waktu pagi.
    nasi dagang saiz kecik camtu mesti sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, bertuah kalau dapat tinggal di Terengganu.
      Memang sedap nasi dagangnya, Mazni. Alhamdulillah.

      Delete