9 Ramadan 1447 H.
Ada pink rosebud. Sudah dua hari hujan. Jadi, pokok-pokok di halaman rumah nampak segar. Rumput yang mula kekuningan kena cuaca panas, mulai menghijau.
Saya dilanda sindrom malas. Jadi, suami yang tolong siram semua pokok, bila dia ada di rumah.
Pokok ros pink di atas, saya sudah lama cantas, sebab daunnya menunjukkan ada serangga perosak. Baru dua tiga hari ini, pokok ini mula keluar bunga semula setelah sekian lama tidak berbunga.
Gambar dari sudut berbeza. Cantik, kan? Bunga-bunga warna terang ini memang buat suasana di halaman rumah jadi lebih ceria.
Hari ini saya kena pergi hospital, ambil ubat susulan. Juga ada kelas mengaji, kelas tambahan. Semoga urusan anda semua di hari Jumaat yang mulia ini dipermudahkan.
Salam Jumaat. Jumpa lagi, ye. 💗



sedap bau bunga ros ni.
ReplyDeleteHa ah, Cie. Saya sempat bau. Lembut je bau bunga.
Deletecantik bunga ros kembang mekar
ReplyDeleteKann...
DeleteBetul nampak berseri rumah.
ReplyDeleteSebab warnanya kan.. ceria dan terang.
DeleteSeronok kan tengok berbunga. Pokok ros pertama saya tu masih belum keluar bunga. Haritu kekeringan dek matahari terik. Ni dah pindahkan lokasi, baru nak pulih daunnya.
ReplyDeleteBagusnya Nur join kelas mengaji.
Ha, tak lama lagi mesti keluar bunga. Boleh letak baja bunga, Ujie.
DeleteKakak saya suruh. Alhamdulillah, cuma kesian kat ustazah kena banyak bersabor dengan murid tua ini. 🙈
Seronoknya kalau ada pokok ros tapi risau pokok cepat mati kena serangan serangga.
ReplyDeleteMemang, ada je makhluk perosak suka kacau daun pokok ros ni. Saya cantas je yang lubang atau rosak. Pastu, siram dengan air basuhan beras. Insya-Allah, hidup.
Deletecantiknya bunga ros pink tu. tanamlah byk2 agar berseri halaman rumah nanti...
ReplyDeleteNantilah saya usahakan. Bulan puasa ni, mood berkebun saya lari, Abe Kie. 🤭
Deletenampak fresh je...
ReplyDeleteKan.. 😍
DeleteSusah sebenarnya nak jaga pokok ros ni. Tapi bila dia berkembang hati pun turut berkembang sama. hehe
ReplyDeleteBetul, kak. Bila keluar bunga je, kita pun happy.
Deletecantiknyaaaaa bunga ros kembang mekarrrrr helokkk camtu! ana pon sama skrg ni kena selalu set reminder sbb risau terlepas rutin check up mak ke hospital
ReplyDeleteItu yang akak ambil gambar dan share di blog. 😊
DeleteTulis kat kalendar, temujanji mak tu, Ana. Calendar di handphone pun save juga. Semoga dipermudahkan urusan Ana jaga mak, ya.
Rumah pun jadi ceria dengan bunga mekar ni, mood terus naik!
ReplyDeleteSemoga urusan ambil ubat dan kelas mengaji hari ni lancar, Salam Jumaat! 💗
Betul, Nurul. Terapi, tengok bunga ni. Terima kasih, Nurul.
DeleteKak nur ni rajin betul tanam pokok mawar. Macam2 kaler ada!
ReplyDeleteSuka, Mazni. Terapi minda tengok ros kembang. 🥰
DeleteCantiknya diaaaaa......
ReplyDeleteKann...
DeleteBila tengok bunga kembang elok macam tu, automatik hati pun jadi tenang. Penat sikit-sikit pun hilang.
ReplyDeleteBetul, CCL. Terapi. 🥰
DeleteTenang aje masuk blog Tot tengok gambar bunga ros yang kembang mekar dan cantik terang warnanya
ReplyDeleteGambar bunga cantik kena share, KSarie. Mengagumi keindahan kejadian Tuhan. 🥰
DeleteYg pink ini jenis rose yg ditanam mama saya juga. Paling suka kalau dah berbunga, memang wanginya lembut. Makanya saya pun sukaaaa wangi parfume rose
ReplyDeleteOh, ya ka.. betul Fanny, mild saja harumannya.
Delete