Friday, February 27, 2026

Ros merah jambu

 9 Ramadan 1447 H.


Ada pink rosebud. Sudah dua hari hujan. Jadi, pokok-pokok di halaman rumah nampak segar. Rumput yang mula kekuningan kena cuaca panas, mulai menghijau. 

Saya dilanda sindrom malas. Jadi, suami yang tolong siram semua pokok, bila dia ada di rumah. 

Pokok ros pink di atas, saya sudah lama cantas, sebab daunnya menunjukkan ada serangga perosak. Baru dua tiga hari ini, pokok ini mula keluar bunga semula setelah sekian lama tidak berbunga.


 Ada sekuntum bunga lagi di pokok yang sama, sudah kembang mekar. Warna merah jambu terang. Saya ambil gambar saja. Saya lupa nak cium bau bunga. Boleh nampak di bahagian belakang gambar di atas, rosebud dalam gambar pertama.


Gambar dari sudut berbeza. Cantik, kan? Bunga-bunga warna terang ini memang buat suasana di halaman rumah jadi lebih ceria.

Hari ini saya kena pergi hospital, ambil ubat susulan. Juga ada kelas mengaji, kelas tambahan. Semoga urusan anda semua di hari Jumaat yang mulia ini dipermudahkan. 

Salam Jumaat. Jumpa lagi, ye.  💗

30 comments:

  1. Replies
    1. Ha ah, Cie. Saya sempat bau. Lembut je bau bunga.

      Delete
  2. Seronok kan tengok berbunga. Pokok ros pertama saya tu masih belum keluar bunga. Haritu kekeringan dek matahari terik. Ni dah pindahkan lokasi, baru nak pulih daunnya.

    Bagusnya Nur join kelas mengaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tak lama lagi mesti keluar bunga. Boleh letak baja bunga, Ujie.
      Kakak saya suruh. Alhamdulillah, cuma kesian kat ustazah kena banyak bersabor dengan murid tua ini. 🙈

      Delete
  3. Seronoknya kalau ada pokok ros tapi risau pokok cepat mati kena serangan serangga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, ada je makhluk perosak suka kacau daun pokok ros ni. Saya cantas je yang lubang atau rosak. Pastu, siram dengan air basuhan beras. Insya-Allah, hidup.

      Delete
  4. cantiknya bunga ros pink tu. tanamlah byk2 agar berseri halaman rumah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantilah saya usahakan. Bulan puasa ni, mood berkebun saya lari, Abe Kie. 🤭

      Delete
  5. Susah sebenarnya nak jaga pokok ros ni. Tapi bila dia berkembang hati pun turut berkembang sama. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Bila keluar bunga je, kita pun happy.

      Delete
  6. cantiknyaaaaa bunga ros kembang mekarrrrr helokkk camtu! ana pon sama skrg ni kena selalu set reminder sbb risau terlepas rutin check up mak ke hospital

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang akak ambil gambar dan share di blog. 😊
      Tulis kat kalendar, temujanji mak tu, Ana. Calendar di handphone pun save juga. Semoga dipermudahkan urusan Ana jaga mak, ya.

      Delete
  7. Rumah pun jadi ceria dengan bunga mekar ni, mood terus naik!
    Semoga urusan ambil ubat dan kelas mengaji hari ni lancar, Salam Jumaat! 💗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nurul. Terapi, tengok bunga ni. Terima kasih, Nurul.

      Delete
  8. Kak nur ni rajin betul tanam pokok mawar. Macam2 kaler ada!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka, Mazni. Terapi minda tengok ros kembang. 🥰

      Delete
  9. Bila tengok bunga kembang elok macam tu, automatik hati pun jadi tenang. Penat sikit-sikit pun hilang.

    ReplyDelete
  10. Tenang aje masuk blog Tot tengok gambar bunga ros yang kembang mekar dan cantik terang warnanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar bunga cantik kena share, KSarie. Mengagumi keindahan kejadian Tuhan. 🥰

      Delete
  11. Yg pink ini jenis rose yg ditanam mama saya juga. Paling suka kalau dah berbunga, memang wanginya lembut. Makanya saya pun sukaaaa wangi parfume rose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ka.. betul Fanny, mild saja harumannya.

      Delete