Kalau daun pokok berlubang diserang ulat, semut atau kena makan bena putih, saya suka guna semburan homemade ini sebagai alternatif daripada menggunakan racun serangga kimia. Guna bahan dapur sahaja dan mudah dibuat di rumah.
Sebenarnya, ia bukan racun, sebab bukan boleh bunuh serangga. Tapi boleh menghalau serangga perosak dari makan tanaman kita.
Saya buat carian, dan jumpa satu cara. Kredit to Sirap Limau. Berikut saya kongsikan.
Bahan-bahan Racun Serangga Homemade
- Cili padi 6 tangkai
- 5 ulas bawang putih
- Halia 3 hiris
- Sesudu minyak masak
- Sesudu cecair pencuci pinggan
- Air paip 250 ml
- Kisar cili padi, bawang putih, halia sehingga lumat. Tambahkan sedikit air.
- Tuang dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.
- Selepas 12 jam, tapis bahan-bahan yang telah dikisar.
- Ambil 30 ml pati (hasil ditapis tadi) dan 1 liter air, dan masukkan dalam botol spray. Campur sesudu minyak masak dan sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang botol semburan. Sedia untuk digunakan.
![]() |
| Cili padi, bawang putih dan halia. |
![]() |
| Kisar cili padi, bawang putih dan halia hingga lumat. |
![]() |
| Simpan dalam bekas kedap udara selama 12 jam pada suhu bilik. |
![]() |
| Tapis bahan yang telah dikisar. |
![]() |
| Pati dicampur air sebanyak 1 liter, minyak masak dan cecair pencuci pinggan. |
Cara Saya Guna Pada Pokok
Saya sembur pada sebelah petang sahaja, selepas siram pokok.
Saya spray petang semalam. Lepas tu, malam semalam, hujan pula, lebat pulak tu, sampai awal pagi. Pagi ni, saya tengok pokok-pokok yang saya spray semalam, ada pokok, sudah tak ada semut. Ada pokok, ada semut, tapi sudah berkurang banding sebelumnya. Ye la, hujan, kan. Makna pokok semua baru mandi, habis kot racun serangga homemade saya spray semalam dicuci oleh hujan lebat.
Pati semburan tadi, jika masih berbaki, boleh disimpan dalam peti ais dan tahan selama 3 bulan.
Serangga Apa yang Boleh dihalau
Saya sembur pada pokok yang ada masalah kutu, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang-lubang. Juga pada pokok cili yang ada masalah bena putih.
Berapa Kerap Perlu Sembur
Seminggu, saya sembur sebanyak 2 kali. Sebab tanaman ini, yang kita mahu guna buahnya, jadi elok kita guna racun serangga atau penghalau serangga semulajadi.
Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad
Saya suka selepas sembur semalam, ada bau bawang putih campur cili. Sekurang-kurangnya, tanaman kita tidak dicemari oleh racun serangga kimia. Akan ulang sembur semula, sebab masih ada patinya, dalam peti ais.
Baiklah, jumpa lagi. 💗
Baca juga 👉





Wah, tips baru ni.. nnt update keberkesanannya eh... salam tahun baru tot
ReplyDeleteBaik, baik. Salam tahun baru, Kakmim. :)
DeleteSalam kenal, Salam ziarah Tot 🤗
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2025
Tq kasih singgah blog PH...
Nama tot ni sama dgn kucing PH ☺️
Salam kenal, PH.
DeleteSelamat tahun baru, PH. Sama-sama.
Ye ke? Hehehe... nanti buatlah entri, cerita tentang Tot the cat, ye. :D
semut serangga semua lari sebab pedas huhu
ReplyDeleteHa ah. Sebab ada bau bawang putih kuat juga.
DeleteBagus tips ni..
ReplyDeleteKann... sebab kalau guna racun di pasaran, tercemar pulak sayur kita.
DeleteSaya pun selalu risau pasal racun serangga, ni baru selamat untuk pokok dan kita sendiri. Bau bawang + cili tu mesti pedas sikit kan? 😆 Lepas ni nak cuba juga dekat pokok kat rumah, siapa tahu semut-serangga lari terus!
ReplyDeleteSilakan, Nurul. Baik kita guna bahan semulajadi saja, dari racun, kan. 😊
Delete