Thursday, January 2, 2025

Lauk berbuka semalam

 Alhamdulillah, semalam dapat puasa sunat satu hari, sempena masuk bulan Rejab. 

Pagi-pagi, pergi meronda dengan suami naik motor. Rasa macam zaman bercinta dulu pulak. Hehe. Suami kata, camana kita boleh naik motor lama dulu masa zaman muda. Masa tu, kami berhenti sat kat taman, turun motor, sebab bontot kebas, katanya. Saya tak rasa kebas bontot, tapi pipi rasa kebas. Angin kuat, naik motor. 😁

Lepas beli nasi lemak ayam goreng untuk anak-anak, kami balik. Menebas pokok buluh yang udah serupa macam hutan, kat luar pagar. Pokok buluh depan rumah ni, bagi privacy sikit kat kami, supaya orang tak nampak sangat kami sampai ke belakang rumah. Tapi sebab dah banyak sangat batang, dengan pokok bunga kertas yang menumpang dia, boleh merbahaya pula pada pekerja majlis yang pada selang masa tertentu, akan datang korek longkang di perumahan saya ni. So, itu pasal kami menebas apa patut semalam.

Habis menebas, saya masuk dapur, masak kari ayam.

Jadi, itulah menu berbuka puasa saya semalam. Selain tu, ada secoet sambal tumis dalam periuk, jadi suami rebus telur beberapa biji, campak dalam sambal tumis. Jadilah telur sambal.

Nasi dengan telur dan kari ayam.

Ulam tak ada pula. Malas nak kutip sayur, sebab dah petang.

Makan dengan budu je.

Sehingga menjilat jari. Alhamdulillah. 💗

Selamat tahun baru 2025 pada pembaca sekalian. Salam Rejab juga, ye. Semoga Allah panjangkan usia sehingga bertemu ramadan.

2 comments: