Bunga Melur - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Saturday, October 18, 2025

Bunga Melur

🌼 Rabu, 1 Oktober 2025 🌼

Saya sudah lupa bila saya beli pokok bunga melur ni, dari Bujang Garden. Saya sudah pindahkan ke pasu lebih besar. Pokok ini ada keluar putik bunga, tapi ia gugur ke tanah, tanpa sempat berbunga. Tak tahu kenapa. 

Tapi pada hari tersebut, pokok ini akhirnya berbunga. Cium bau bunga melur. Wangi! 😍 Bunga yang wanita India suka letak pada rambut. 

Bunga melur yang wangi
Bunga melur yang wangi.

Bunga melur juga dikenali sebagai bunga melati. Nama saintifik Jasminum sambac. Nama lain termasuklah Arabian jasmine atau yasmin.

Bunga melur.
Lagi bunga lain pada pokok yang sama.

Ikutkan hati, saya nak tanam pokok ni dekat tanah. Tapi, sudah tak cukup tempat. Kena biar ia dalam pasu besar. 

Bunga ini mempunyai kelopak berwarna putih dan berbau sangat wangi. Mengikut Encik Google, bunganya akan bertukat menjadi merah jambu apabila semakin tua. Saya pun tak perasan yang ini. 

Bunga melur sering digunakan dalam upacara adat, perkahwinan, dan pertunangan kerana melambangkan cinta yang tulus dan kesucian. Ia juga digunakan dalam perubatan tradisional.

Dulu arwah mak saya, dalam bekas bedak sejuk dia, ada letak bunga melur. Sampai kering bunga dalam bekas bedak sejuk. 

Selain bunga melur, ada satu lagi bunga wangi yang arwah mak saya suka, iaitu kenanga. Nanti, nak beli, kalau jumpa di nursery pokok bunga. 

Selamat bercuti panjang, kome. Semoga bergembira bersama keluarga. Hati-hati di jalanraya, ya.

Jumpa lagi. 💗

6 comments:

  1. bunga melur ni mmng wangi betul!

    ReplyDelete
  2. Suka bau bunga melur ni. Sebelum ni ada tanam juga pokok bunga melur, bila berbunga, kutip, masuk dlm bekas kecil dan letak atas meja atau kepala katil...fresh je baunya.

    ReplyDelete
  3. Sy suka bunga melur, wangi sangat!

    ReplyDelete
  4. Bunga ni wangi. Kalau lalu tepi bunga ni, semerbak baunya.

    ReplyDelete