💚 Ahad, 7 September 2025 💚
Saya kan, ada tanam cili. Biji benih dari dapur sendiri. Cili kadang tak habis guna, yang dah kecut atau buruk tu, saya asingkan bijinya, dan saya campak di tanah.
Lepas tu, saya lupa bila sudah tumbuh pokok, saya tak pasti sama ada ia cili padi atau cili hidup. Seingat saya, semua biji cili saya ada campak. Cili padi hijau, dan cili hidup merah dan hijau.
Itu la, yang dalam pasu, kalau saya tanam dari biji benih, saya biasanya labelkan, letak sticker. Yang atas tanah, malas pula. 🙈
![]() |
Cili hidup warna hijau. |
Cili besar tu, saya panggil cili hidup. Yang warna hijau, biasanya saya guna untuk masak ikan keli berlado.
Saya teringat yang dulu, blogger Bola Katok ada up entri cili, dan saya ada tinggalkan komen di blog beliau. Betul la BK cakap. Kalau kita biar cili hijau lama di pokok, dia jadi merah. Oooo... Macam tomato juga, lah. Orang guna tomato hijau masak keli berlada. Kalau biar tomato tu di pokok, dia tukar jadi merah. Saya tak tahu. Heee... mati-mati saya ingat, kalau tanam cili hidup hijau, dia stay hijau jer la. Rupanya, tidak. Amenda entah aku ni.. 😅
![]() |
Cili sudah bertukar merah, tapi bantut sikit. |
Kadang cili cantik, kadang cili jadi pendek. Saya pun, tak pernah letak baja pokok cili ni. Cuma siram dengan air basuhan beras je. Pokok pun macam tak sihat.
![]() |
Cili belum tukar merah sepenuhnya. |
Ok, lagi satu, apa beza pokok cili padi dengan pokok cili besar (hidup)?
Pokok cili padi, cilinya menghala ke atas.
Pokok cili hidup, cilinya tumbuh menghala ke bawah.
Haaa... itulah bezanya. Hehe..
![]() |
Jumpa Neem Oil ini di kedai Eco. |
Saya sembur pada pokok yang ada semut dan serangga. Ok, semut dah takde pada pokok esoknya.
![]() |
Beli pokok Turnera ulmifolia. |
Pantang kan, kalau pergi nursery pokok beli tanah, tak kan tak beli pokok kot. Huhu.. Dalam bahasa Melayu, bunga lidah kucing atau bunga pukul lapan, mengikut Encik Gemini. Nama lain, termasuklah Sage Rose dan West Indian Holly.
Cer tengok pada kelopak bunga turnera di atas, semut halus pun ada. Saya perasan, lebah pun suka bunga ini.
Mengikut Gemini lagi, bunga ini berasal dari Mexico dan Hindia Barat. Dikenali sebagai tanaman hiasan, tanaman kawalan serangga perosak, dan juga sebagai tanaman herba. Bunga ini sering digunakan dalam hiasan taman untuk menambah warna.
![]() |
Bunga pada pokok bunga turnera yang sama. |
Warna dia kuning terang. Memang menambah seri halaman rumah saya.
Sekian laporan berkebun pada hari tersebut, kisah cili, sembur pokok dengan Neem Oil dan pokok bunga Turnera.
Saya harap, hari anda semua pada hari ini, ceria-ceria belaka, anda sihat-sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan.
Jumpa lagi, ye. 💗
Sama la Cie pun tabur biji je. Tu pun dah naik dah taktau la cili mana ada campur je hari tu biji cili kering. Senang nak hidup cili ni.
ReplyDeleteBetul, betul, senang nak hidup.
DeleteNanti nak cuba tanam pokok cili pula
ReplyDeleteSila, sila, Eyma.
DeleteSama la...SA pun campak2 je biji cili..kadang potong cili kering kan..biji SA x buang..SA campak ke tanah dan tumbuh anak pokok cili..so yg tumbuh cili hidup..banyak anak dia sebab bijicili SA campak tu banyak kan..ada yang hidup subur dan ada yg PZ buangsebab terlampau banyak..
ReplyDeleteHa ah, sebab kalau semua hidup, persaingan antara pokok, kena buang juga, supaya ada jarak antara pokok. Saya tak pernah pula campak biji cili kering. Boleh try nanti.
Deletebila ebrbudi pd tanah,...syok bila dpt tuai hasil cili tu
ReplyDeleteAlhamdulillah... 😊
DeleteNampak pokok bunga kuning tu ada di laman Etuza..bunga turnera, namanya baru saya tahu..
ReplyDeleteDekat browser saya boleh klik Google Lense, cikgu, itu yang senang.
DeleteBerhasil tanaman di kebun..tahniah
ReplyDeleteAlhamdulillah, Cikgu.
DeleteSeronoknya, tabur gitu je dah boleh dapat hasil.
ReplyDeleteTerima kasih ilmu tentang cili. Kalau tak pernah tanam memang tak tahu, takde pengalaman.
Namaku diseru. 😂
ReplyDeleteDaun cili tu macam kuning banyak. Akak boleh cuba tabur sesudu baja kopi jarak sejengkal dari pangkal pokok. Atau boleh guna serbuk kopi O yang dah tak guna.