Dua jenis ros - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, October 7, 2025

Dua jenis ros

🌸 Tarikh: Isnin, 1 September 2025 🌸

Assalamualaikum semua... harap hari anda semua ceria-ceria selalu, seperti bunga-bunga dalam entri kali ini. Walaupun ada sesetengah tempat hujan. 

Bunga ros oren atau pic
Gambar diambil pada 28 Ogos 2025

Bunga mawar atau rose. Warnanya orange atau pic. Saya google, warna ini melambangkan semangat dan tenaga. Wah... 💪 Pokok ini sejenis bunga mawar taman (Garden rose). Kelopak bunga tersusun rapat dalam bentuk berlapis, ciri-ciri khas bunga mawar. Saiz bunganya agak besar sikit, dari bunga ros kampung.

Bunga ros orange atau pic
Bunga yang sama, mengembang lagi, selepas 4 hari.

Siram pokok, nampak ada bunga lain yang turut kembang pada hari tersebut.

Bunga ros jepun 

Juga dikenali sebagai bunga pukul sepuluh, kerana ia biasanya mekar pada waktu pagi. Pokok bunga ini, tahan lasak juga dan mudah ditanam. Sesuai untuk landskap atau ditanam dalam pasu.

Pokok ini, saya gantung dekat dahan pokok sakura malaysia.

Saya nak kena pergi kedai Eco, beli lagi pasu gantung macam di atas. Sebab ada beberapa pokok ros jepun ni, saya tanam dalam pasu je atas tanah, sudah terkeluar-keluar, panjang-panjang sudah. Oh, hari tu, pergi nursery di Seri Manjung, orang tu cakap, mulai Oktober, harga tanah naik. Ayoyo... 

Semoga dipermudahkan urusan anda semua hari ini. Dengarnya, ada influenza outbreak. Jaga diri buat anak-anak sekolah dan jangan lupa facemask.

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

7 comments:

  1. Waalaikummussalam Nur... garden rose cantik kembangnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik, kan... Alhamdulillah, seronok tengok. 🥰

      Delete
  2. gambar kedua tu cantik. macam ada shades of oren dgn pink

    ReplyDelete
  3. Cantik halaman rumah Tot diserikan lagi dengan bunga ros yang mekar berkembang. Yang pic tu bawah dia macam kemerahan ek.

    ReplyDelete
  4. Bunga ros jepun tu kalau berkembang pukul 10 memang cantik. Kita orang gantung kat pagar je. Sebab senang kena matahari lagi dia berkembang

    ReplyDelete
  5. Lawa pokok mawar tu. Segar-bugar tengok daunnya.

    ReplyDelete