Skip to main content

Tengok laut di Pasir Panjang Sitiawan

Ada satu tempat, kalau nak layan perasaan sambil tengok laut, sangat sesuai. Pada 17 Oktober yang lepas, saya dan suami pergi makan angin sekejap, tengok air laut surut di tepi Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan.  

Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan
Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan.

Cuaca cerah dan berangin di sini. Kalau datang waktu petang, lebih sesuai. Macam Wak Lat, dia ada datang sini, ambil gambar sunset, entrinya di sini 👉 Pasir Panjang Laut Sunset

Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan
Dipercayai berusia lebih 100 tahun

Kuil ini mengadap Selat Melaka, dan telah mengalami perubahan dengan penambahan lebih banyak patung, dinding tembok di sekitar kuil dan pagoda.

Pagoda di Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang Laut, Sitiawan.
Pagoda yang agak tinggi

Kami datang waktu pagi. Kalau datang waktu petang, mesti lagi syahdu. Sudah siap pick-up kopi. Kami duduk seketika di tembok tepi, tengok pemandangan air laut yang surut dan luas. Angin pula kuat.

Menara elektrik voltan tinggi di Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan
Menara elektrik voltan tinggi 

Dalam gambar atas, dulu kat hutan tepi tiang kabel tinggi tu, ada taman paya bakau dan ada laluan boleh ke tepi laut. Sekarang tak pasti, sebab saya tak pergi sana, tengok kawasan sudah macam bersemak. Kalau nak tangkap gambar cantik dengan pokok-pokok bakau mati tepi laut, memang situlah tempatnya.

Air laut surut di Pasir Panjang, Sitiawan
Air laut tengah surut

Langit biru di Pasir Panjang, Sitiawan
Tengok langit dan awan

When we feel stuck, look at the sky. The clouds remind us that everything changes.

Video ada ikan belukang.

Saya dan suami
Saya dan suami

Tak lama pun kami duduk situ. Bila mula rasa panas, kami pun balik.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Comments

  1. Adik dengan mak dah sampai situ..Linda belum pernah lagi..

    ReplyDelete
  2. seronok nya healing bersama teman sebantal

    ReplyDelete
  3. terapi jiwa ni kak..tengok awan pun lembut je rasa damai

    ReplyDelete
  4. Elok betul cuaca. Sini pun gitu. Beberapa hari dah tak hujan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...