Cerita berkebun pada 29 Disember 2025 yang lepas.
Saya cabut rumput dalam pasu bunga, siram pokok, dan letak baja. Biasanya, saya keluar dalam pukul 7 pagi, dan habis dalam pukul 9 lebih. Memang lama juga duduk luar, tapi bergantung pada keadaan cuaca. Kalau panas, lebih awal saya masuk rumah.
![]() |
| Siput babi |
![]() |
| Silver-striped hawk-moth. |
Moth ini dalam bahasa Malaysia, apa, ya? Saya pun tak tahu. Jom kita google
Moth (Rama-rama): Nokturnal (aktif malam), warna pudar (coklat/kelabu), sesungut berbulu dan sayap kembang ketika rehat.
Butterfly (Kupu-kupu): Diurnal (aktif siang), warna cerah dan cantik, sesungut lurus (berhujung belantan), dan sayap terlipat tegak ketika rehat.
Ha, ok, baru tahu.
![]() |
| Moth yang sama, pada pokok lidah jin |
Mengikut google juga, sesetengah moth adalah perosak tanaman, terutama semasa ia di peringkat larva. Saya perhatikan, tiada kesan gigitan pada daun lidah jin atau ada orang panggil pokok lidah mak mentua. Jadi, saya pun biarkan saja serangga moth di situ.
![]() |
| Bunga ros merah. |
![]() |
| Ada dua kuntum lagi di lain pokok. |
Saya pernah kongsi cara saya jaga pokok ros saya di entri ini 👉 Tips jaga pokok ros.
Alhamdulillah. Di tahun baru ini, rutin saya berubah sikit. Itu pun saya mula lambat 2-3 hari. Nantilah saya cerita di entri akan datang. Saya cuba untuk konsisten keluar jalan pagi. Oleh itu, bila balik jalan pagi, barulah saya tengok pokok di kebun kecil saya.
Sekian perkongsian.
Jumpa lagi, ye. 💗






Siput babi ni emmm memang teruk punya haiwan kadang habis pokok daun muda di makannya. Kasi campak dia dalam longkang
BalasPadamBetul, kak. Siput babi suka makan daun pokok, terutama kalau sayur. Saya campak rumah sebelah, sebab rumah kosong. Hehe...
PadamWah aktiviti baru di tahun baru ke. Chaiyok chaiyok
BalasPadamAktiviti lama, briskwalk je, kak. Cuma cuba untuk konsisten. Mekasih, kak. 🤗
Padamcantiknya rose kuning.
BalasPadamoo baru tahu pasal moth . perosak tanaman juga rupanya. mungkin ikut jenis pokok kot
Ya, Lydia, ros kuning memang cantik. Tak jemu mandang.
PadamBetul juga. Saya baca, moth suka bertelur di pokok yang berdaun lembut seperti sayur.
Cantik bunga ros tu..=)
BalasPadamKannn... 🥰
PadamCantik lawa bunga² tu macam tuannya. Siput babi ni perosak tanaman, kalau campak jauh² tu agak² 2 - 3 hari karang dia datang balik, camno? Cuba Nur tanda badan dia, nak tengok dia datang balik ke tak? Hihi.
BalasPadamTerima kasih, Nur. Kita dah terima bingkisan dari Nur. Cantik sangat tudung tu, simbolik pemberinya yg sukakan bunga.
😊 mekacih, malu saya. SK pun cantik juga.
PadamSaya campak rumah sebelah yang kosong. Ada tembok tinggi, jadi harap siput babi tak larat la nak panjat. Hehe..
Alhamdulillah, selamat sampai. Sama-sama, SK. 🥰
Cantik gambar-gambar Nur ambil. Hehe geli kalau pegang siput babi.
BalasPadamMekasih, NA.
PadamSaya pakai glove berkebun. Pegang di cengkerangnya, NA.
Tak bleh tahan la tengok bunga ros tu..dah la fav SA plak tu...
BalasPadamHehe.. nanti beli la kalau jumpa, SA.
Padamsiput babi ni boleh rosakkan tanaman. elokla dibuang jauh2.
BalasPadamcantiknya warna kedua2 rose ni!
Betul, Mazni.
PadamMemang cantik bunga ros, tak jemu kita memandangnya.
Waktu itu di Penang saya ke museum serangga di sana. Memang banyak sangat informasi ttg moth dan butterfly. Cantik2 semuanyaaaa. Baru tahu pun mereka berbeda. Sebab selama ini semua saya panggil kupu2 🤣🤣
BalasPadamHa ah ya, di Penang ada Butterfly Park. Memang banyaklah spesies serangga di sana. Hehe.. kakak pun baru tahu, Fanny.
PadamLawanya ros kuning dan merah tu. Terima kasih Tot selalu share gambar flora dan fauna. Buat terapi mata KSarie yang semakin kero sejak masuk unit baru ni😅Harapnya moth itu duduk berehat-rehat aje di pokoknya ye
BalasPadamSama², KSarie. Haruslah share, sebab bunga cantik. Semoga dipermudahkan urusan kerja KSarie di unit baru. Moth tu tak buat apa² pun, sekadar duduk situ saja.
PadamKalau nampak siput babi ni letak garam kat dia....kalau ada banyak gang dia habis tanam-tanaman yang baru naik tunas. Moth ni kalau google dikenali dengan 'Ngengat'. Pelik pulak namanya atau 'kupu-kupu malam'.
BalasPadamTak ada garam kasar. Garam bukit boleh ke? Hehe.. nanti cuba.
PadamNgengat. Wah, baru tahu. Mekasih infonya, Ezna.
Sini pun banyak siput. Tak larat nak buang. Kena sediakan garam tabur kat siput tu.
BalasPadamAkak lagi suka campak rumah sebelah je, sebab rumah kosong. Hehe... siput pun tak banyak. Kadang ada sekor dua, kadang tak jumpa langsung.
Padam