Jumaat, 23 Januari 2026 - Sempat la solat jamak takdim di hotel, sebelum kawan suami saya datang jemput depan hotel, ajak makan malam bersama. Kawan lama suami saya ini, kenalan semasa deme belajar di IKM Sungai Petani. Sudah kenal lama. Sejenis orang yang berusaha mencari kawan yang terputus hubungan, sampai dia ke kampung suami sebab cuma tahu alamat kampung suami. Bila pergi kampung suami, jumpa keluarga suami, barulah dapat info tentang suami yang kini menetap di Perak, dan mula hubungi.
Orang Kuala Terengganu (KT), kawan lama suami ini. Sudah lama pesan kalau sampai KT, roger la. Jadi, itulah yang dia ajak makan malam bersama. Kami ke kedai Ikan Bakar Pantai Batu Buruk, G-13 Seafood, nama kedainya.
![]() |
| Makan malam di sini |
![]() |
| Penuh meja dengan lauk 😋 |
![]() |
| Drawbridge waktu malam |
Memang happening dan meriah, kawasan situ. Sesak juga. Tapi sebab kawan suami ni orang KT, dia tahu lalu celah mana nak lepaskan diri dari kesesakan. Kalau jalan sini sesak, boleh ikut jambatan lagi satu, iaitu Jambatan Sultan Mahmud.
![]() |
| Gambar kenangan sekeping. |
Alhamdulillah. Makan malam sedap, perut sudah gendut. Tengok pemandangan malam di Kuala Terengganu juga. Jumpa kawan lama suami yang bawa jalan-jalan macam pemandu pelancong pula. Rezeki.
Sambung di entri lain pula ya, aktiviti keesokan paginya di KT.
Jumpa lagi. 💗




kalau ke terengganu memang rugi kalau tak makan celup2 tepung. sedapnya udang celup tepung.
ReplyDeleteBetul, betul! Memang sedap, udang celup tepungnya. Banyak pula tu.
DeleteBestnya view di jambatan tu... lepas mkn pastu jalan² pulak mmg cun la kak... menurun la jugak lauk-pauk tu kan.. hehehe
ReplyDeleteBetul, betul. Memang turun nasi yang dimakan, tapi mata pun kuyu juga, Kakmim. Hehe..
DeleteBaiknya kawan suami Nur ni. Tentu mereka rapat masa kat IKM dulu. Tak lokek belanja, semoga bertambah lagi rezeki beliau dan keluarga. Sy ada kawan bekas IKM SP jugak.
ReplyDeleteYa, SK, dia orang rapat masa di IKM. Aminn..., atas doanya.
DeleteWah.. rupanya SK pun bekas IKM SP juga. Senior suami saya la ni. 😁
Terliur tgk udang celup tepung tu =D
ReplyDeleteHehe.. sedap, Nieza. 😋
DeleteBagusnya kawan suami tu... Mmg ada orang yg rajin mencari kawan @ saudara mara gini.
ReplyDeleteBetul, PH. Sungguh berusaha dia mencari sendiri kawan yang lost contact.
DeleteCantiknya view malam. Moga ukhuwah kekal selamanya.
ReplyDeleteAminnn... 🤲 terima kasih, Mulan.
DeleteAlhamdulillah dapat jumpa kawan lama dan menjamu selera lauk best-best. Pemandangan waktu malam memang cantik sebab sinaran cahaya lampu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki, KSarie. Betul, bandar KT memang hidup waktu malam. Penuh orang dan lampu warna-warni. Totally opposite dari pekan Lumut, tempat saya. Hehe...
Deletebagusnya kawan suami Nur tu...semoga ukhwah dan persahabatab kekal berpanjangan...
ReplyDeleteAminn... 🤲 terima kasih, SA.
DeleteAlhamdulillah..jumpa kawan suami..boleh jadi pemandu pelancong
ReplyDeleteAlhamdulillah, Linda. Memang sangat membantu, orangnya, suami isteri.
Deletesedapnya tgok menu makan malam, especially ada celup tepung tu!
ReplyDeletemudah bila ada kawan suami yg duduk situ kan, tahu jalan mana yg tak jem
Sedap, Mazni, Alhamdulillah.
DeleteBetul, mudah kita nak jalan-jalan.
Memang terliur lah lihat dan baca ttg makanannya kak 😄😍😍😍. Apalagi melihat udang goreng tepung ❤️❤️. Fav saya sangaaat itu
ReplyDeleteAlhamdulillah, memang sedap, Fanny. 😋
Deletebest juga dapat jumpa kawan lama sambil jalan-jalan tengok Drawbridge waktu malam. Memang rasa macam ada pemandu pelancong peribadi je 😄
ReplyDeleteBetul, Nurul. Senang nak berjalan. Sebab orang KT sendiri yang bawa. Kalau kita berdua, mana-mana kena buka waze dulu.
DeleteBaiknya kawan baik suami sanggup cari semula. Besar pahala menyambung silaturrahmi.
ReplyDeleteHehe sekali pandang jambatan gantung itu ada rupa istana terutama bahagian puncak.
Ya, NA. Memang nampak sungguh usaha dia mencari, sampai ke kampung suami.
DeleteHa ah, saya pun terfikir juga macam tu. Macam istana, menaranya tu.