Friday, February 6, 2026

Makan malam di Pantai Batu Buruk

 Jumaat, 23 Januari 2026 - Sempat la solat jamak takdim di hotel, sebelum kawan suami saya datang jemput depan hotel, ajak makan malam bersama. Kawan lama suami saya ini, kenalan semasa deme belajar di IKM Sungai Petani. Sudah kenal lama. Sejenis orang yang berusaha mencari kawan yang terputus hubungan, sampai dia ke kampung suami sebab cuma tahu alamat kampung suami. Bila pergi kampung suami, jumpa keluarga suami, barulah dapat info tentang suami yang kini menetap di Perak, dan mula hubungi. 

Orang Kuala Terengganu (KT), kawan lama suami ini. Sudah lama pesan kalau sampai KT, roger la. Jadi, itulah yang dia ajak makan malam bersama. Kami ke kedai Ikan Bakar Pantai Batu Buruk, G-13 Seafood, nama kedainya.

G-13 Seafood, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Makan malam di sini

Ramai juga pelanggan di kedai. Tapi, ada je tempat kosong. Kami berempat, saya dan suami, kawan suami dan isterinya. 

Lauk makan malam kami
Penuh meja dengan lauk 😋

Pesan lauk tomyam campur, ayam masak merah, udang celup tepung, telur dadar dan kailan ikan masin. Nampak penuh meja sebab kedai asingkan, buat 2 pinggan untuk setiap lauk, kecuali sayur je sepinggan. Alhamdulillah, semua sedap. Udang goreng tepung tu memang sedap, tapi tak habis, bungkus bawa balik, kami makan di hotel esoknya. Hehe..

Lepas makan malam, kawan suami bawa jalan-jalan naik kereta, lalu Drawbridge dan tengok-tengok kawasan di seberang, iaitu kawasan banyak foodtruck dan tempat makan-makan yang orang ramai lepak di padang, sambil bentang tikar, gitu. 

Drawbridge Kuala Terengganu, waktu malam
Drawbridge waktu malam

Memang happening dan meriah, kawasan situ. Sesak juga. Tapi sebab kawan suami ni orang KT, dia tahu lalu celah mana nak lepaskan diri dari kesesakan. Kalau jalan sini sesak, boleh ikut jambatan lagi satu, iaitu Jambatan Sultan Mahmud.

Gambar kenangan depan Drawbridge Kuala Terengganu
Gambar kenangan sekeping.

Alhamdulillah. Makan malam sedap, perut sudah gendut. Tengok pemandangan malam di Kuala Terengganu juga. Jumpa kawan lama suami yang bawa jalan-jalan macam pemandu pelancong pula. Rezeki. 

Sambung di entri lain pula ya, aktiviti keesokan paginya di KT.

Jumpa lagi. 💗

26 comments:

  1. kalau ke terengganu memang rugi kalau tak makan celup2 tepung. sedapnya udang celup tepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul! Memang sedap, udang celup tepungnya. Banyak pula tu.

      Delete
  2. Bestnya view di jambatan tu... lepas mkn pastu jalan² pulak mmg cun la kak... menurun la jugak lauk-pauk tu kan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Memang turun nasi yang dimakan, tapi mata pun kuyu juga, Kakmim. Hehe..

      Delete
  3. Baiknya kawan suami Nur ni. Tentu mereka rapat masa kat IKM dulu. Tak lokek belanja, semoga bertambah lagi rezeki beliau dan keluarga. Sy ada kawan bekas IKM SP jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, SK, dia orang rapat masa di IKM. Aminn..., atas doanya.
      Wah.. rupanya SK pun bekas IKM SP juga. Senior suami saya la ni. 😁

      Delete
  4. Terliur tgk udang celup tepung tu =D

    ReplyDelete
  5. Bagusnya kawan suami tu... Mmg ada orang yg rajin mencari kawan @ saudara mara gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, PH. Sungguh berusaha dia mencari sendiri kawan yang lost contact.

      Delete
  6. Cantiknya view malam. Moga ukhuwah kekal selamanya.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat jumpa kawan lama dan menjamu selera lauk best-best. Pemandangan waktu malam memang cantik sebab sinaran cahaya lampu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki, KSarie. Betul, bandar KT memang hidup waktu malam. Penuh orang dan lampu warna-warni. Totally opposite dari pekan Lumut, tempat saya. Hehe...

      Delete
  8. bagusnya kawan suami Nur tu...semoga ukhwah dan persahabatab kekal berpanjangan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..jumpa kawan suami..boleh jadi pemandu pelancong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Linda. Memang sangat membantu, orangnya, suami isteri.

      Delete
  10. sedapnya tgok menu makan malam, especially ada celup tepung tu!
    mudah bila ada kawan suami yg duduk situ kan, tahu jalan mana yg tak jem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap, Mazni, Alhamdulillah.
      Betul, mudah kita nak jalan-jalan.

      Delete
  11. Memang terliur lah lihat dan baca ttg makanannya kak 😄😍😍😍. Apalagi melihat udang goreng tepung ❤️❤️. Fav saya sangaaat itu

    ReplyDelete
  12. best juga dapat jumpa kawan lama sambil jalan-jalan tengok Drawbridge waktu malam. Memang rasa macam ada pemandu pelancong peribadi je 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nurul. Senang nak berjalan. Sebab orang KT sendiri yang bawa. Kalau kita berdua, mana-mana kena buka waze dulu.

      Delete
  13. Baiknya kawan baik suami sanggup cari semula. Besar pahala menyambung silaturrahmi.
    Hehe sekali pandang jambatan gantung itu ada rupa istana terutama bahagian puncak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, NA. Memang nampak sungguh usaha dia mencari, sampai ke kampung suami.
      Ha ah, saya pun terfikir juga macam tu. Macam istana, menaranya tu.

      Delete