Sunday, February 22, 2026

Menu berbuka 1 Ramadan

Hari ini sudah 4 Ramadan, tapi saya baru nak cerita tentang 1 Ramadan yang lepas. 😁 

Khamis, 19 Februari 2026 - Saya tak puasa. Biasalah, uzur orang perempuan. Tapi satu hari tu je. Sudah mula berpuasa semula pada 2 Ramadan. Dah tua-tua pun datang bulan, memang boring sangat, tau. Saya tak sabar nak menopause supaya dapat puasa penuh. 

Ajom tengok apa saya masak semasa hari pertama puasa. Saya suka masak pagi-pagi. Petang tak boleh masuk dapur, sebab dapur luar, panas. 

Suami goreng keropok

Keropok Ganu baru buka, keropok ikan tamban.

Letak dalam tong

Bab goreng keropok, suami saya memang rajin. Selamat simpan, dalam tong besar, dan satu tong kecil. Makan semasa berbuka, dengan nasi. 

Ayam masak merah

Lauk pula, masak satu jenis saja, iaitu ayam masak merah. Nampak saja merah, tapi tak pedas langsung. Sebab budak Amirul tak tahan makan pedas. Cili kering saya guna yang jenis besar tu.

Alhamdulillah. Petang hari, saya, suami dan Amirul pergi ke bazar ramadan MPM. Ramai bebenor orang, kome. Lepas tu, hujan lebat semasa di bazar. Kami berteduh bawah khemah peniaga yang tidak buka jualan. Hujan lebat, angin kuat dan kilat. Sulaiman whatsapp dari rumah, cakap kilat dekat sangat dengan rumah. Suruh dia cabut suis komputer bagai dan off wifi rumah.

Namun begitu, sebelum hujan lebat itu turun, kami sempat membeli kerabu perut, samosa dan ayam gunting di bazar. Alhamdulillah. Kesian tengok peniaga yang makanan dimasuki air. Tak sempat nak alih. Masa mula sampai, kami berjalan berpayung dalam hujan. Itu yang boleh nampak. 

Lagi satu, orang ramai sebab orang luar kot. Cuti seminggu, ramai yang balik. Manjung ini, macam kampung orang tua mereka mungkin. Sebab extra ramai orang, tak seperti tahun lepas-lepas. Parking penuh, sampai ke tepi jalan jauh pun ada yang parking dan berjalan kaki ke bazar. 

Lepas berbuka, suami masuk kerja. Dia kerja shif malam. Itulah cerita pada 1 Ramadan yang lepas.

Baik. Jumpa lagi, ye. 💗

37 comments:

  1. Sama kita makan keropok dengan nasi. Cie guna cili yidu tu memang tak pedas. Anak kedua Cie tak makan pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bagus cili Yidu tu, sebab tak pedas. Boleh campur dengan cili kering kerinting kot nak tambah pedas.

      Delete
  2. Sedap tu ayam masak merah tu.. ada pula keropok rangup makan dgn nasi panas2.. mmg layan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Encik, keropok makan dengan nasi boleh menambah selera. 😋

      Delete
  3. Wah, sedapnyaaa ayam masak merah tu. Memang sesuai sangat jadi teman berbuka, hihihi.
    Kalau saya pula, biasanya paling gemar ayam cili hijau. Rasanya memang padu betul, masin pedas menggoda. Tapi bulan ni saya tahan dulu, takut perut meragam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enak, Mas, Alhamdulillah. Ayam cili hijau juga bunyinya menarik. Biasanya, saya masak guna ikan keli kalau cili hijau ni. Lain kali boleh cuba masak. 😊

      Delete
  4. Sy pun masak 1-2 lauk je. Tapi time berbuka mesti beranak pinak makanannya. Ada yg Abang beli di bazar, ada yg dapat dari surau dan pemberian jiran²... Alhamdulillah rezeki

    ReplyDelete
  5. Di Melaka cuti Tahun Bari Cina dan Awal Ramadhan (ambil Jumaat) jadi panjang cuti.
    Pak Tam saya yang berniaga di MITC bersama Mok kata jualan memberangsangkan. Cuma puasa pertama itu kata kurang mungkin sebab hujan sepanjang tengahari ke awal malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, ye, ramai juga ambil cuti ekstra hari tu kan, sambut awal ramadan, balik kg dan sebagainya. Alhamdulillah, semoga untung berganda-ganda buat perniagaan Pak Tam dan Mok NA.

      Delete
  6. Samalah kami Nur. Sampai bazaar Ramadan hujan lebat.
    Saya suka keropok Ganu. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, rupanya banyak tempat hujan 1 Ramadan yang lepas.
      Kannn... kak.

      Delete
  7. Untung dapat singgah bazar Ramadan. Saya tak sempat lagi setakat ni. Biar reda sikit. Musim cuti gini ramai orang. Sini panas terik. Hujan segan nak turun. 😅

    Keropok keping gitu best makan dengan nasi atau mi goreng. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, BK. Wah, panas rupanya cuaca di Kelantan.
      Yeh.. setuju!

      Delete
  8. Aik? Uncle pun ada keropok semalam... tapi beli yg siap goreng

    ReplyDelete
  9. 1 lauk tu mkn ngan nasi panas2 mmg berselera....sedap tu kopok ganu...kita pn blum update lg menu...slalu combine je nanti...tgu kompilasi menu berbuka puasa kita hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik. Wah, dia buat kompilasi menu berbuka puasa. 👍

      Delete
  10. Selayang pun hujan petang²..nak keluar p bazar pun malas..moga dimudahkan urusan peniaga semua..aamin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke... kalau hujan memang kesian kan, Linda, orang pun kurang membeli.

      Delete
  11. Sekarang selalu hujan petang2 kan.. semalam kat bangi pun hujan yg tiba2 lebat gila. Timing pulak masa org tgh nak setup bazar ramadan. Hujan pulak jenis hujan singgah je.. pukul 5 petang dah stop

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... ye ke.. kalau hujan je takpa. Ini dengan angin kuat dan kilat, seram juga. Kesian juga orang nak niaga bazar.

      Delete
  12. Suka ayam masak merah. Buat teringat kepada lauk kenduri kahwin. Rasanya keropok ikan tamban adalah keropok keping yang KSarie paling suka sebab ikannya banyak. Bazar Ramadan sana sini penuh orang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, KSarie. Memang sedap keropok ikan tamban ni.
      Iya la, ramai orang pergi bazar. Kita pun tumpang meramaikan. 😁

      Delete
  13. Menu buka puasanya pilihan-pilihannya enak semua, baca ini jadi ikut kepikiran buat coba sendiri juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kan.. bulan puasa ni, asyik fikir mahu masak apa saja. 😁

      Delete
  14. sha suka makan ayam masak merah tak pedas..budak-budak pun boleh makan sekali..kecewa kalau makan ayam masak merah dimasak pedas macam tercabut telinga sha makan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kalau kita masak sendiri, boleh adjust sendiri tahap kepedasannya. Biasanya, pedas yang boleh diterima semua golongan la, terutama anak-anak, kan Sha.

      Delete
  15. ramadan kaki ni CCL belum jejak kaki lahi ke bazar . Cuaca kat perlis sekarang ni panas terik . Rasa macam malas nak bersesak dengan orang ramai di bazar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuaca panas, memang lagi elok duduk rumah, masak sendiri, kan, CCL.

      Delete
  16. Stokm keropok ada tu kat rumah...rajin x rajin je nak goreng...weekend ni la goreng...senang kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, SA, goreng banyak-banyak, simpan buat stok. Senang nak makan.

      Delete
  17. Ayam masak merah tu favorite sangat

    ReplyDelete
  18. Saya pun skr nih sedang tak puasa. Dah 5 hari off. Apalagi krn saya pakai IUD, haid lebih lama keluar. Biasanya jadi 10 hari. Memang siap2 lah banyak hutang puasa.

    Tp janganlah cepat Menopause kak 🤣🤣🤣. Mama saya karena pernah operasi angkat rahim THN 2004, jadinya sejak itu tak pernah haid lagi kan. Tak enak yg dirasakan. Tulang jadi cepat sakit, kulitpun jadi cepat berkurang elastisitas nya. Dalam hal berhubungan dengan suami pun jadi berkurang.

    Memang tak bisa kita hindari, tapi saya berusaha utk memperlama momen Meno ini 😄😄. Makanya sekarang ini rajin workout , angkat beban, dan latihan senam kegel. 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudiaa.. 10 hari, banyak juga tu Fanny, nak ganti.
      Iya, faham akan keadaannya nanti, sebab akak pun sekarang sudah fasa pra-menopause. Sudah ada sikit-sikit tanda yang Fanny cakap tu.
      Bagus, Fanny. Semoga terus semangat workout ya. 💪

      Delete
  19. Akak pun ambil cuti 3 hari jadi 9 hari. Balik kg bersih rumah kg lepas tu sambut Ramadan

    ReplyDelete