Wednesday, February 4, 2026

Roadtrip Pantai Timur: Dungun - Kuala Terengganu

 Jumaat, 23 Januari 2026 - Lepas check-out dari hotel, kami teruskan perjalanan roadtrip ke Kuala Terengganu (KT). Kali terakhir saya sampai KT adalah masa saya sekolah rendah, bercuti dengan keluarga. Jadi, memang sudah bertahun-tahunlah tak datang. Kami ikut Laluan Persekutuan 3, iaitu jalanraya tepi pantai.

Excited, sebab berpuluh tahun tak sampai. Tapi sebab hari Jumaat, banyak kedai sepanjang perjalanan yang tutup. 

Atas Jambatan Kuala Dungun
Lalu Jambatan Kuala Dungun

Lalu banyak resort-resort tepi pantai. Laut di Terengganu paling cantik, dengan warna laut yang hijau dan ombak yang kuat. Cantik sangat pemandangan sepanjang perjalanan.

Ada perasan beberapa buah kedai keropok lekor segar. Tapi kami tak berhenti. Lalu Rantau Abang, pun tak berhenti juga. Tapi bila sampai Marang, kami berhenti la sekejap, tengok laut.

Tandas Awam Pantai Rekreasi Kelulut
Rasanya ini dinding tandas awam, tapi tutup waktu kami berhenti. 

Trafik ada banyak kenderaan, tapi ok jer, berjalan.

Pantai Rekreasi Kelulut
Pantai Rekreasi Kelulut

Kedai yang celup tepung semua tutup, hari Jumaat. Lain kali nak lalu sini, jangan hari Jumaat, ya. Hehe..

Sampai dah Kuala Terengganu
Sampai dah, Kuala Terengganu. 

Roadtrip paling pendek la, jarak pada hari itu cuma 77 kilometer. 

Dekat saja rupanya Dungun dengan Kuala Terengganu itu. Kalau tahu, kami lepak-lepak dulu di Dungun, petang baru bertolak.

Saya lepak di Pantai Batu Buruk, sementara suami tunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. Tak boleh check-in hotel lagi, waktu masih awal. Nak ke tandas awam pun, tandas awam tutup hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, beratur orang nak masuk tandas awam. Tu dia... takpelah, saya pergi tandas stesen minyak saja. 

Saya cerita tentang hotel kami check-in dalam entri seterusnya.

Hari ni, waktu saya taip entri ini, rumah saya ada bekalan gangguan air, sampai esok pagi, dalam notis makluman. Kami dah siap simpan air beberapa tong. Saya bangun pukul 3 pagi, masak, sebab gangguan mula 7 pagi. Tudia.... awal bebenor dia nak tutup air. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

30 comments:

  1. Nak tau x suami SA cakap sempat lagi ni sebelum puasa kalau nak abwak abah jalan Kuala Terengganu...hahahaha....kali ni pi tetap ikut Kuantan pas tu terus shoot Kuala Terengganu...pi 3 hari katanya..eh..eh...pakcik tu bukan main plan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, ada masa 5 hari lagi sebelum puasa. Haha.. okay la tu, SA. Suami dah ajak, on... hehe...

      Delete
  2. Lama juga tak ke KT ni. Abang ke3 duduk sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. jauh abang Cie, duduk KT. Seorang kakak ada di Manjung pula, kan.

      Delete
  3. Awalnya Nur bangun masak 🫡
    Sy suka KT, banyak makanan sedap dan murah, macam KB juga. Lepas tu ada laut, best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masak lambat, PH. Huhu...
      Kann... tapi saya lebih suka Dungun atau Paka. KT ni, agak sesak sikit. 😊

      Delete
  4. Oh, sebelum ni Nur hantar anak ke UiTM Dungun tu, tak lajak ke Kuala Terengganu la ya. Memang kalau berjalan ke mana² banyak tempat tutup hari Jumaat, tapi tak sangkalah tandas awam pun tutup ya. Agaknya cuti kot pekerja tandas awam tu di hari Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah, SK. Sebab kejar masa. Tak pernah lajak ke KT.
      Haha.. agaknya, kan. Hari Jumaat deme macam hari Ahad kita, semua tutup, termasuk tandas. 😊

      Delete
  5. Rindu pulak lama tak ke KT. Sama lah kalau tak ada air, memang awal bangun basuh kain dan masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulan agak dekat juga kan, dari Kuantan nak ke KT.
      Betul, kena settle kerja rumah dulu. Susah kalau tak ada air ni.

      Delete
  6. Sy suka KT.. mkn² pun best.. nasib jugak la diorang bgtau awal air nk tutup.. kalau mengejut mmg naya la haru-biru kelam kabut dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju dengan Kakmim.
      Sebab dua hari tak ada air, itu yang dia bagi makluman kot. Dapat tadah air simpanan siap-siap. Alhamdulillah.

      Delete
  7. Indah sekali suasananya disana ya mbak. Muralnya pun bagus sekali, nyaman dipandang mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, sebab perjalanannya lalu tepi laut. Nyaman saja.

      Delete
  8. Saya pun dah sekian lama tak ke Kuala Terengganu, lebih 5 tahun rasanya.

    Ooh…tandas awam pun tutup pada hari Jumaat. Kena ingat ni, susah juga kalau ada keperluan kan.

    Minggu lepas ada beberapa hari gangguan bekalan air, tapi tutup lepas pukul 9 pagi, so oklah lepas Subuh sempat basuh baju dan masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la repeat pergi sana, Ujie. 😊
      Betul. Saya pun tak tahu. Atau mungkin hanya tandas awam di Pantai Batu Buruk tempat saya pergi saja kot, yang tutup juga hari Jumaat.
      Ok tu, kalau mula 9 pagi. Sini dia baiki sesuatu yang besar di loji air, libatkan banyak kawasan, itu yang mula awal, rasanya.

      Delete
  9. Pantai Timur molek belaka semua. Tengah pujuk juga pilot untuk JJCM ke Terengganu tapi belum ada green light. Jauh katanya. Last sekali KSarie pergi Terengganu 2 ke 3 tahun lepas sebab ada kursus. Teringat roti paung panas-panas sedap pengsan. Lama ke gangguan bekalan air tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap pilot KSarie, memang jauh. Itu yang kami pergi berhari-hari, boleh jalan dan rehat. Sedap kan, roti paung. Lembut dan sedap sungguh la. 😋
      Dua hari juga, KSarie, tak ada air hari tu. Mujur ada tadah air beberapa tempat.

      Delete
  10. Dapat lepak kat pantai petang-petang nyaman rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak panas cuaca akak pergi hari tu, BK. Huhu.. walaupun berangin.

      Delete
  11. Terima kasih Nur beritahu hari Jumaat banyak kedai tutup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kak Amie. Itu la, melepas kami, banyak kedai tutup hari tu. Kalau tahu, kami mulakan perjalanan lepas solat Jumaat.

      Delete
  12. ohhh tandas awam pun tutup ek hari Jumaat di sana..baru tau

    ReplyDelete
  13. lain macam ni smpaikan tandas awam pun ditutup hari jumaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. kan. Tandas awam tempat lain buka, akak sebab situ tutup, akak pergi ke tandas masjid berhampiran.

      Delete
  14. Alasan saya nak ke Terengganu suatu hari nanti, sebab nak makan keropok Lekor sepuasnya 🤣😄😄😄. Saya memang teramat sukaaaa dengan keropok Lekor kak. Susah pula jumpa di Penang dan KL. Lagian lebih sedap kalau makan di kota asalnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Fanny. Memang Terengganu la, keropok lekor paling sedap. 😋

      Delete
  15. Lama tidak pergi KT. Pergi sanapun sebab dahulu sepupu kahwin jadi ada lajak sini.
    Seronok lepak seorangkan sementara suami solat Jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu.. Jodoh sepupu dengan orang jauh ya.
      Ha ah, NA. Me time juga. 😊

      Delete