Thursday, February 19, 2026

Sarapan di Ana yang Punya

Ini entri sebelum bulan puasa ya. Saya belum habis lagi cerita ni. Sikit jer lagi, baru nak masuk cerita terkini. Mohon maaf ya, sekiranya gambar makanan buat kome terliur. Sabor, sabor, nanti dah nak buka puasa dah.  

Jumaat, 6 Februari 2026 - Saya rasa malas nak pergi jogging. Saya ajak suami jjcm jer. Dia bila orang ajak jjcm, laju je bersiap. 😁 Kami tuju ke arah Taiping. Tak jauh pun Manjung dengan Taiping, lagi-lagi kalau ikut highway WCE. Saya jumpa tempat ini, menerusi google Maps.

Kali pertama kami datang sini. Ater.. jom la kita masuk. 

Kedai makan di bawah pokok besar. 

Ada banyak kereta parking tepi jalan, untuk makan di kedai ini. Kalau gambar dalam entri ini nampak kecil, kome klik saja gambar ya, untuk paparan lebih jelas.

Papan tanda kedai Ana yang Punya

Kalau tengok penerangan di google, tertulis Warung pelbagai hidangan melayu.

Papan tanda dalam kedai.

Kami pilih tempat betul-betul depan dinding ada papan tanda ini. Banyak tempat boleh duduk. Waktu kami masuk kedai, ada ramai orang juga, tapi tempat kosong pun banyak.

Ini menunya.

Menu dicetak macam surat khabar, tertulis Utusan Ana. Antara menu yang ada termasuklah nasi goreng pelbagai jenis, nasi dagang, nasi minyak, roti bakar, puri, tempek nyor bersama sambal ikan bilis (lempeng), nasi lemak pelbagai lauk, ada juga set kombo seperti set kembong, set keli, nasi ayam gepuk, nasi kerabu pelbagai lauk, nasi lemuni, bihun/mee/kuetiau sup atau goreng atau kari, laksa johor, eh... banyaklah makanan ada. 

Menu set nasi berserta lauk dan air

Pilih punya pilih, berikut apa kami pilih untuk makan pada hari tu.

Suami pesan nasi kerabu

Sedap, nasi kerabunya. Cukup rasa.

Tempek nyor dan sambal ikan bilis

Atau dikenali juga dengan nama lempeng kelapa. Sambal dia sedap. Mungkin lain kali datang sini, kena cuba nasi lemak dia, sebab sambal sedap. Macam orang tua dulu-dulu masak.

Air lemon ais kosong dan teh o panas kosong.

Gatal pi order lagi satu hidangan.

Roti scrambled egg

Alaaa... dia letak sos atas scrambled egg. Kalau telur kosong je pun dah okay. Tak payah sos, sebab bukan semua orang suka sos. 

Kenyang makan sini. Alhamdulillah, sedap. Boleh datang lagi lain kali untuk cuba menu lain pula.

Jumlah harga sarapan kami ialah RM21.30.

Sekian laporan. Jumpa lagi, ye. 💗

35 comments:

  1. Boleh masuk list untuk saya cuba ni. Lalu highway tu kan kadang saja kami exit cuba makan mana-mana tempat.

    Saya pun tak suka kalau peniaga letak sos gitu, sama macam kalau order nasi goreng pataya diletaknya sos selambak atas telur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu, Ujie. Tempat Ujie share hari tu, yang rumah di Kuala Kangsar, saya baru perasan hari tu, tapi bila lalu, ramai orang, lain kali lah try.
      Kann.. sos dia pula jenis manis.

      Delete
  2. unik buku menunya tu...kita pn byk lg entry makana2 nk update yg sblum puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... hehe.. takpe Mamatisya, boleh update bila free, slow-slow. Jadi entry campak belakang.

      Delete
  3. Banyak jugak menunya tu. Cie pun sama tak suka sos atas telur gitu.

    ReplyDelete
  4. Hebatnya daya tarikan tu kan..masakan dia yang masak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Cikgu. Kena pandai cari kelainan kan cikgu, tarik pelanggan.

      Delete
  5. Selamat menjalani ibada puasa ya..

    ReplyDelete
  6. Samval air tangan orang dulu-dulu menang sedap kan Nur.

    ReplyDelete
  7. tak suka jugak kalau telur diletakkan sos... apapun, menu semua nampak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama kita ya, Mazni. Alhamdulillah, sedap. Boleh repeat lain kali.

      Delete
  8. dekat taiping banyak kedai2 macam ni, tapi incikSuami kena diajak, baru nak gerak.. haisyhhh.. hahaha.. kita kadang2 nak la suami yang ajak dulu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tunggu suami ajak, bagai menunggu bulan jatuh ke riba gitew, bagi akak. Kita la yang kena beri arahan, Linda. 😂

      Delete
    2. Yes...betul kak..tapi, bukan nak berkira.. kalau Linda ajak, maknanya Linda kena belanja..hahaha...tak boleh..tak boleh...

      Delete
    3. Haha... okay, paham, paham. 😁

      Delete
  9. Balik Taiping boleh tr makan sini nanti.

    ReplyDelete
  10. Boleh masuk wishlist ni.. nampak makanan dan environment menarik di bawah pokok besar tu.. ☺️

    ReplyDelete
  11. Masuk dalam wishlist sebab ada lempeng nyior tuh. Macam-macam pilihan menu yang ado. Rambang mata ni. Nasib baik baca blog ni lepas buka puasa. Kalau idok sure terliur😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, KSarie. Lepas raya boleh cuba. 😁

      Delete
  12. Subhanallah banyaknya menu. Kena datang lagi cuba menu lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, NA. Banyak pilihan ada. Sampai tak tahu nak order mana satu. Ye, Insya-Allah, boleh singgah lagi lain kali kot ke Taiping.

      Delete
  13. Nampak menyelerakan ..boleh masuk ke dalam wishlist incase kalau turun taiping boleh singgah ..

    ReplyDelete
  14. Murah betul sarpaan kat situ ye...menarik plak tu...

    ReplyDelete
  15. Saya tak paham kenapa orang suka sangat letak sos banyak di atas telur lah, kentanglah etc. Saya pun tipe yg tak suka Pakah sos. Sekedar coba sedikit oke, tapi letak dalam wadah terpisah.

    Terlepas dari sos, semua makanan memang nampak sedap kak 😍😍😍. Tempatpun nyaman . Memang teringin lah nak coba juga

    ReplyDelete