Ahad, 25 Januari 2026 - Masa memang berlalu pantas bila kita sedang berseronok, lagi-lagi sedang bercuti. Seronok dapat lari dari rutin seharian. Kalaulah boleh hari-hari begini. Enjoy betul hidup. Berangan itu percuma. 😁
Hari sebelumnya, kami masuk hotel di Kota Bharu. Duduk hotel mahal sikit ni, yang bagusnya, sekali dengan sarapan. Lain kali tak mahu dah duduk hotel yang ada sarapan sekali. Sebab datang Kelantan, haruslah pergi makan nasi berlauk pagi-pagi. Apedaaa... rasa ralat di situ, sebab ini pertama kali turun Kelantan, tapi tak makan nasi berlauk.
Tak apa. Jomlah tengok sarapan kami di buffet hotel. Kami turun sarapan hampir pukul 8 pagi.
![]() |
| Roti bakar sekeping, dan omelette. |
Roti bakar sapu butter. Omelette letak black pepper.
![]() |
| Nasi kerabu |
Tiada nasi lemak. Tapi, ada nasi kerabu. Pinggan di atas, suami yang ambil. Lauk daging. Lembut dagingnya. Nasi biru ada, bawah rencah-rencah tu. Suami ambil sikit je nasi. Tapi seperti biasa, saya ada tax sikit. Sedap, nasi kerabu hotel. 😋
![]() |
| Chicken slice dan sosej |
Pusingan kedua, saya ambil seperti di atas. Kongsi makan dengan suami.
![]() |
| Kopi, teh tarik, jus guava dan air suam |
Saya bantai minum air manis sepanjang perjalanan roadtrip ini. Ambil teh tarik, ok! Kopinya walaupun sudah siap dibancuh di dalam bekas tahan panas, ia adalah kopi kosong. Tambah gula sendiri. Saya sudah bertahun tak minum teh tarik. Nikmat, dapat minum panas-panas. Saya minum dua cawan ok, teh tarik! 😍
![]() |
| Bihun goreng, timun dan puding roti. |
Dua-dua sedap, bihun goreng dan puding roti.
![]() |
| Tiba-tiba ternampak waffle. |
Waffle sudah siap buat. Jadi, agak sejuk. Letak maple syrup sikit. Ok jer. Lama juga tak makan waffle.
![]() |
| Bihun sup |
Suami sejak duduk hotel ni, dia jadi rajin mencelur mi atau bihun. Mangkuk bihun sup di atas, dia yang ambil. Banyak bahan sampingan dan sayur lebih dari bihun.
Alhamdulillah. Rezeki dapat makan sedap, buffet sarapan di hotel. Sepanjang sedang bersarapan, dapat perhati orang lalu lalang di laluan riadah tepi sungai Kelantan. Saya dan suami pernah lalu laluan yang sama, beberapa tahun lepas. Sudah semakin ramai orang beriadah tepi sungai.
Ok. Sambung di lain entri, ya. Jumpa lagi. 💗







best tu ada menu nasi kerabu time breakfast kt hotel
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😋
DeleteRindunya sarapan di hotel, ada omelet, coffee, english breakfast....
ReplyDeletePergilah honeymoon, SA, bila ada rezeki, dekat² pun ok.
DeleteSekali sekala makan buffet hotel mmg teruja. Kalau sy pasti akan ambil nasi kerabu juga, trademark kelate kan
ReplyDeleteBetul, PH, macam² ada.
DeleteBetul²! 😊
waahhh bestnyaaaaaa menu-menu! terasa lama ana tak ke blog akak.. cantik-cantik header!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Ana. Mekasih. 🤗
DeleteAlhamdulillah molek-molek menunya. Kalau pergi tempat yang banyak makanan tempatan nak kena cuba better ambil hotel without breakfast kan? Betul la kata Tot alangkah bahagianya hidup kalau bisa JJCM secara berleluasa tanpa fikir apa-apa kan😅
ReplyDeleteBetul, KSarie. Takpe, lain kali, Insya-Allah. Itu la. Seronok kalau tak payah kerja, JJCM je sampai ke tua. 😁
Deletex apa. hari kedua buleh sarapan kat luar. mcm2 menu ada. nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kaomok. sy meme kena make nasi utk sarapan. jika tak, rasa x bertenaga nak kijo...
ReplyDeleteSehari je duduk sana, Abe Kie. Huhu.. haruslah ya, make nasi, ore kelate. Kijo kuat. 💪
DeleteNasik kerabu tu kena tambah solok lada, baru mantap!
ReplyDeleteSolok takdak pulak, uncle. Hehe..
DeleteHehe di KT ada nasi dagang, di KB ada nasi kerabu. Alhamdulillah hotel-hotel yang Nur duduk makanan sarapan paginya sedap.
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki ya, NA. Balik rumah habis roadtrip, terus naik 2 kilo! 😂
DeleteBetul Nur. Kelantan banyak makanan sedap. Kalau sarapan di hotel, rugilah tak ambil kesempatan sarapan di luar.
ReplyDeleteYa, kak Amie. Tapi tak apalah. Lain kali boleh balik lagi, makan nasi berlauk macam biasa, Insya-Allah.
DeleteKalau ada nasi lemak dan nasi kerabu, saya pilih nasi kerabu. Tk pandang dah benda lain
ReplyDeleteHehe.. nasi kerabu lebih sedap ya, Mazni.
Delete