Isnin, 6 Oktober 2025

Anak angkat balik

 🐱 Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025 🐱

Masih cerita semasa minggu long weekend cuti hari Merdeka akhir Ogos hari tu.

Kucing bengal melawat kawasan
Melawat kawasan

Video budak bulu usha burung.



Budak ni kacau waktu saya sedang berkebun. Manja sangat. Duduk lama kat rumah saya. Main dengan Amirul (anak sulung). Dah macam anjing gaya si bengal ni. Bila Amirul tak gosok kepala dia, dia panjat Amirul. 

Sondol-sondol. Purrr purr. Tangan dia nak picit. Tapi dia bawa keluar kuku. Takut pula bila si bengal ni tengah galak. 

Ini last visit dari budak bulu ni. Sejak tu, tak jumpa dia lagi. Agaknya, tuan dia dah kurung dia di rumah, tak bagi keluar merayap. Kesian. Hehe.. tapi baguslah. Merayap kang, nanti kena kidnap pula.

Jumpa lagi, ye. 💗

20 ulasan:

  1. Haah sebab peramah takut orang bela ia.
    Eh takpun dah kena culik sebab itu tidak nampak lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap dia ok kat rumah. Kita pikir yang baik-baik je.

      Padam
  2. harap tuan dia jaga indoor jela. kalau dibiar merayap, mmng takut kena culik je. mahal baka ni. nak menjaganya pun payah jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Banyak energy si bengal ni. Penat nak melayan. Makanan pun mahal.

      Padam
  3. Cantik la dia... Harap baik² je utk dia, ada dengan tuannya.

    BalasPadam
  4. Cantiknya! Tak kisah pulak tu dengan orang yang baru dikenali. Memang bahaya lepas bebas ni, takut kena culik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula datang rumah, memang tak berapa mesra alam, si bengal ni. Tapi dah beberapa kali datang, itu jadi manja, Ujie. Betul. Kucing cantik, takut orang minat.

      Padam
  5. Kucing sihat cantik bahaya terlepas keluar takut ada yang tak rasa bersalah simpan kucing orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lagi-lagi spesies mahal macam bengal ni.

      Padam
  6. Alahaiiiiii bila manja tu emm memang lemah kita dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, tak siap kerja kita, main dengan dia jer. 😅

      Padam
  7. kucing bengal ni manjalah macam mana sekali pun sisi survivor dan ganas dia masih ada dalam diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. dah la kepala keras, bulu nipis. Kalau gebu tu, sedap jugak gosok. Hehe..

      Padam
  8. Kucing mahal. Semoga owner dia betul2 jaga. Sedih kalo sampai dia kena kidnap atau tertabrak kendaraan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, fikir yang baik-baik saja, Fanny. Si bengal ini selamat di rumahnya.

      Padam
  9. Special anak angkat seekor ni ye. In sya Allah ada rezeki mungkin boleh jumpa kembali. Semoga dia selamat di mana pun dia berada ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn... bahagia la tu, duduk rumah, tuan dia jaga dengan baik.

      Padam