Friday, October 31, 2025

Awan rendah

Assalamualaikum, semua... Salam Jumaat yang mulia...

Tempat saya ni, biasanya panas saja. Tapi minggu lepas, ada dua tiga hari hujan turun berpanjangan hingga banjir di sesetengah kawasan. Waktu itu, rasa nyaman dan ikutkan hati, nak selubung dengan selimut je, kan. 

Saya nak kongsikan gambar awan rendah yang saya ambil masa musim hujan hari tu. Gambar di bawah diambil pada 19 Oktober 2025 yang lepas, semasa kami on the way pergi pasar pagi Kuala Kangsar melalui highway WCE.

Awan atas pokok kelapa sawit
Awan atas pokok kelapa sawit

Sedap jalan dalam cuaca yang malam sebelumnya hujan. Turunkan tingkap, tak perlu on aircond kereta. Ada sesetengah kawasan, dari jauh boleh nampak rendahnya awan. 

Entering zon awan rendah di hadapan
Entering zon awan rendah di hadapan

Keluar rumah awal pagi, hari Ahad. Tak banyak kereta pun. Depa tangan keluar tingkap. Udara sejuk saja.

Gambar awan atas pokok kelapa sawit
Lagi awan atas kelapa sawit.

Awan rendah tutup puncak bukit
Awan rendah tutup puncak bukit

Saya buat carian sikit. Pada paras 2 kilometer ke atas permukaan bumi, awan yang terbentuk dikelaskan sebagai awan rendah.
Awan pertengahan berada setinggi 6 kilometer ke atas permukaan bumi.
Awan tinggi sehingga 18 kilometer ke atas permukaan bumi.

Awan yang saya ambil gambar di atas, saya rasa, namanya adalah awan stratus kerana ia kelihatan macam kabus yang tidak sampai ke tanah.

Jarang-jarang sekali dapat tengok awan rendah macam ni, bagi saya la. Itu pasal saya ambil gambar.

Kome suka tak ambil gambar langit dan awan?

Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Awan Nano pula.

Hehe... ok, jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

18 comments:

  1. Kat tempat saya semalam dan hari ni mendung, hujan dan kadang2 panas sedikit. Matahari malu-malu nak keluar. Tapi sempat jugalah baju kering sebab berangin juga.

    ReplyDelete
  2. bestnyer dpt amek gmbr awan rendah.. wak suka amek gmbr awan karpet tp kene daki gunung ka.. hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyer dpt amek gmbr awan rendah.. wak suka amek gmbr awan karpet tp kene daki gunung ka.. hehe

    ReplyDelete
  4. sejuk mata memandang..rasa macam boleh capai je awan tu

    ReplyDelete
  5. Benda yang selalu jadi perdebatan kami laki bini - sorang kata awan, sorang kata kabus ๐Ÿ˜‚

    Saya suka perhati awan dan selalu jugak ambil gambar awan, tapi itulah lepas penuh galeri gambar, kita delete.

    ReplyDelete
  6. Selayang dah seminggu tak hujan nie

    ReplyDelete
  7. Cantiknya awan tu. Biasanya dipanggil awan karpet rasanya.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya awan tu, macam di atas gunung

    ReplyDelete
  9. samalah di Kelantan ni. Pagi2 mendung je. Terasa nyaman sikit nak brisk walk...

    ReplyDelete
  10. ada yang kata awan, ada yang kata kabus.. entahlah.. tapi saya kata cantik hehe

    ReplyDelete
  11. Cantik! Sy suka tengok awan, tengok langit. Rasa tenang je jiwa

    ReplyDelete
  12. haritu banjir teruk kat belah taiping kan.. rumah maklong saya pun kena sikit. harap sekarang dah okaylah.
    cantik awan rendah tu, mesti sejukkk je rasa

    ReplyDelete
  13. Gunung belakang rumah SA pun ada awan rendah...tapi ada bentuk carpet..SA nampak dari dalam kereta so x dan nak amik gambar

    ReplyDelete
  14. Rendah betul awannya ye. First time KSarie tau pasal awan rendah ni. Sekali pandang macam kabus sungguh. Sekarang ni banyak betul kawasan yang banjir. Kawasan yang tak pernah banjir pun ada yang mula banjir. Kesan climate change + pembangunan tidak terkawal. Eh tetiba ayat gomen๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  15. Saya suka langit senja..cahaya waktu matahari terbenam..sungguh lukisan alam yang Allah cipta tiada tandingannya..keindahan langit memayungi dunia kita..

    ReplyDelete
  16. Cantiiiik sangat. Biasanya awan rendah ini memang dijumpai di kawasan tinggi kan. Kalo di sini mesti datang ke dataran tinggi Dieng.

    ReplyDelete