Assalamualaikum semua... Salam hujung minggu...
Entri saya hari ini, sebenarnya bersambung dari entri semalam, yang pergi Ipoh itu. Hari yang sama, iaitu Khamis, 16 Oktober 2025.
Oleh kerana waktu pagi tak sempat on walking pad sebab pergi Ipoh, ambil Hafizan. Jadi, saya keluar petang lepas Asar bersama suami, briskwalk di padang Astaka, Sitiawan. Sebab suami tak kerja. Kalau saya seorang di rumah, memang malas lah nak keluar briskwalk.
![]() |
| Dapat jalan setengah jam. |
Hujan mula turun. Kami pun balik la. Alhamdulillah, dapat juga briskwalk, walau sekejap.
Ada beberapa tempat yang sesuai untuk briskwalk. Tapi, Padang Astaka Sitiawan ini tempat kegemaran kami. Sebab padang luas, saujana mata memandang. Terutama bila petang hari mendung, angin pula nyaman rasanya, bertiup. Dapat rehatkan otak juga bila berjalan-jalan ini.
Entri pendek hari ni, sekadar nak kongsi aktiviti berjalan waktu petang.
Tempat kome hujan ke, hari ni? Apa pun aktiviti anda, jaga diri dan keluarga. Selamat, ya.
Jumpa lagi. 💗

Seronok jalan laju kalau cuaca cerah dan berangin.
ReplyDeleteSini cuaca tengah berangin.
Seronok berjalan di kawasan menghijau ni. KSarie entah bila la hendak mula bersenam ye😅
ReplyDeleteJB panas teruk hari ini. Bestnya kalau brisk walk time cuaca mendung, kan.. redup jer tapi risau la pulak kalau tiba² hujan lebat, dari brisk walk kena lari laju² pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah..semalam dengan hari nie cerah..jumaat je ada mendung sikit², tapi tak hujan..
ReplyDelete