Skip to main content

Briskwalk petang

 Assalamualaikum semua... Salam hujung minggu...

Entri saya hari ini, sebenarnya bersambung dari entri semalam, yang pergi Ipoh itu. Hari yang sama, iaitu Khamis, 16 Oktober 2025.

Oleh kerana waktu pagi tak sempat on walking pad sebab pergi Ipoh, ambil Hafizan. Jadi, saya keluar petang lepas Asar bersama suami, briskwalk di padang Astaka, Sitiawan. Sebab suami tak kerja. Kalau saya seorang di rumah, memang malas lah nak keluar briskwalk.

Briskwalk 30 minit di petang hari
Dapat jalan setengah jam.

Hujan mula turun. Kami pun balik la. Alhamdulillah, dapat juga briskwalk, walau sekejap. 

Ada beberapa tempat yang sesuai untuk briskwalk. Tapi, Padang Astaka Sitiawan ini tempat kegemaran kami. Sebab padang luas, saujana mata memandang. Terutama bila petang hari mendung, angin pula nyaman rasanya, bertiup. Dapat rehatkan otak juga bila berjalan-jalan ini.

Entri pendek hari ni, sekadar nak kongsi aktiviti berjalan waktu petang.

Tempat kome hujan ke, hari ni? Apa pun aktiviti anda, jaga diri dan keluarga. Selamat, ya.

Jumpa lagi. 💗

Comments

  1. Seronok jalan laju kalau cuaca cerah dan berangin.
    Sini cuaca tengah berangin.

    ReplyDelete
  2. Seronok berjalan di kawasan menghijau ni. KSarie entah bila la hendak mula bersenam ye😅

    ReplyDelete
  3. JB panas teruk hari ini. Bestnya kalau brisk walk time cuaca mendung, kan.. redup jer tapi risau la pulak kalau tiba² hujan lebat, dari brisk walk kena lari laju² pulak.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semalam dengan hari nie cerah..jumaat je ada mendung sikit², tapi tak hujan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ikan bakar daun kunyit

💙 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💙 Saya berkebun sampai pukul 10 pagi. Berkebun ni pun satu kerja yang tak habis-habis juga. Hari ni, merumput area sini. Esok lusa tengok area sana pula rumput mulai panjang. 😁 Tapi tetap buat juga, sebab suka jaga tanaman dan ia satu aktiviti yang sihat. Berpeluh dan kadang, macam latihan angkat beban juga. Angkat pasu dan tanah ke sana sini. Alhamdulillah. Biasanya, saya gantung kuali hari Ahad. Aktiviti hari Ahad, terbongkang depan TV sambil baca suratkhabar Ahad. Kena beli Mingguan  Malaysia, yang ada sisipan Pancaindera. Baru tahu gosip artis. 🙈 Kalau masak pun hari Ahad, masak maggi. Tapi sebab nak kurangkan makanan proses, paksa diri masak juga la pada hari itu. Masak apa tu? Saya balut ikan dengan daun kunyit. Bakar dalam kuali non-stick. Tak guna minyak. Masa ni la saya terfikir, apasal la aku tak tanam pokok pisang kat rumah. Boleh juga guna daun pisang buat bakar ikan. Tapi bila mengenangkan rumah ini laluan beruks, tak jadilah nak tanam ...

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚 Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua).  Saya masak bihun goreng. Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) p ergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang.  Selepas ambil Hafizan di Poli , kami pergi Aeon Station 18 .  Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh , selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat.  Hot&Roll di Aeon Mall Station 18. Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court.  Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami. Chloe.Co Cafe Dari luar, sa...

Salad, Kari dan Sambal

💛 Tarikh: Selasa, 23 September 2025 💛 Blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita pasal masak-masak. Itu je kerja saya. 😊 Kadang-kadang sudah tak tahu nak masak apa. Bila tengok apa yang ada dalam peti ais, barulah mentol idea itu timbul di atas kepala. Aha...  Jadi pada hari tersebut, berikut adalah juadah yang saya sediakan, untuk makan tengahari juga malam. Jom tengok! Salad telur rebus . Senang saja nak sediakan salad ni. Lagi-lagi kalau ada telur rebus. Cuci bersih-bersih dan potong sayuran. Letak sos cili, sebab Amirul pun makan juga. Kalau saya makan seorang, saya tak letak sos atau apa-apa salad dressing seperti kewpie, sebab ada gula. Kari ayam. Masak separuh ekor saja. Saya masak tanpa santan. Ala-ala kari mamak. Letak juga daun kari banyak-banyak. Sekali pandang, nampak macam asam pedas ayam pun ada, dalam gambar. Sambal lada Kelantan. Sambal guna cuka, dan tiada belacan. Macam terlalu lumat pula saya kisar. Tapi ok la rasa dia, tidak terlalu pedas. Cili padi merah l...