💜 Tarikh: Selasa, 26 Ogos 2025 💜
Risiko tanam pokok sayur ini adalah, besar kemungkinan beruk akan curi. Tapi, saya berserah saja. Kalau ada rezeki kami makan hasil tanam sendiri ni, adalah. Kalau tak ada, rezeki beruk, tak mengapa, niat sedekah bagi binatang makan. Saya suka menganggap yang saya ni, dalam fasa belajar menanam. Cita-cita suatu hari, nak makan hasil ternakan dan tanaman sendiri je. Tak perlu beli di kedai. Jadi, saya haruslah belajar dari sekarang, tanam pelbagai jenis sayur.
Ada sayur, saya semai dari biji sayur itu sendiri, macam tomato. Ada juga, benihnya, saya beli dari pasaraya atau kedai Eco. Benih petola ni, saya beli di Kedai Eco. Elok, tumbuh. Jom, tengok gambar buah yang keluar.
![]() |
Tadaaa... |
💜 Tarikh: Sabtu,13 September 2025 💜
![]() |
Cak! |
![]() |
Elok dia duduk bawah. |
Laluan beruk adalah di tembok antara rumah. Jadi kalau petola duduk bawah, tersembunyi sikit dari beruk. Melainkan beruk tu turun dari tembok dan masuk rumah.
![]() |
Yang ni dok celah-celah |
Ketiga-tiga petola di atas, rezeki beruk juga. Kami pernah rasa makan 2 buah sulung sahaja dari pokok yang sama, setakat tarikh tersebut. Buah sulung tu, saya boleh lupa nak ambil gambar pula.
💜 Tarikh: Sabtu, 27 September 2025 💜
![]() |
Pokok dah mulai tua dah. |
![]() |
Boleh terbaring pula posisi petola ni |
![]() |
Yang ni dok celah daun pandan |
💜 Tarikh: Ahad, 28 september 2025 💜
![]() |
Ambil petola walaupun tak berapa besar lagi. |
Alhamdulillah. Suami cakap kalau nak tunggu lagi besor, nanti beruk ambil. Baik kita ambil dulu. Dulu masa arwah mak mentua masih ada, selalu nampak dia celur sayur muda-muda, cicah budu. Kita nak masak apa ni? Masak lemak putih ke? Ke, buat sup campur suhun dan fucuk?
💜 Tarikh: Isnin, 29 September 2025 💜
![]() |
Stir fry je la, dengan brokoli, carrot dan baby corn, pastu pecah telur. |
Saya masak sayur campur guna petola yang ditanam sendiri. Alhamdulillah. 😍
Bila masak nasi, saya simpan air basuhan beras tu, dan siram pada pokok-pokok tanaman. Saya tak letak baja. Untuk semut yang suka duduk di pokok, saya guna Neem's Oil, penghalau serangga dari daun semambu. Tentang neem's oil ni, saya akan cerita di lain entri.
Sebab pokok petola ni sayuran menjalar, kenalah letak penyokong untuk pokok ni berjalan. Tali ke, kayu ke. Saya letak buluh, sebab luar rumah saya, ada pokok buluh, yang bila batangnya panjang je, saya selalu cantas. Dari campak, saya guna batang buluh ni sebagai penyokong tumbuhan yang batang lembut.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗
Sedap ni Nur. Petola muda rasa manis dibuat sayur.
ReplyDeleteSetuju. Saya jadi suka pula pada petola muda ni.
Deletearuah bapak saya suka masak bening dengan soohoon dan fucuk. Kalau saya suka soohoonnya banyak. Campur dengan cendawan hitam yang direndam dan potong kecil2 campur dalam sayur bening petola tu. Layan dengan sambal belacan. perghhhhhh
ReplyDeleteIsh ish ish.. pandai betul kak Notie describe kesedapan petola masak bening dengan suhun dan fucuk. Telan ailio saya. Baiklah, lain kali, saya masak tu.
Deletetk makan sayur petola tp kalo goreng celop tepung makan
ReplyDeleteTerpikir juga nak buat celup tepung. Tapi saya kena kurang makan makanan bertepung. Terus tak jadi buat. Huhu..
DeleteAda ruang bercucuk tanam ni seronok dapat tanam macam-macam kan. Kalau menjadi tu dan rezeki kita dapat merasa hasilnya, Alhamdulillah. Andai rezeki haiwan lain, kita redha. Sedap dan seronok lagi dapat makan hasil tanaman kita. Elok nampak petola tu. Bungkus siap-siap Kak Nur mana yang dah mula menjadi tu.
ReplyDeleteElok juga tu ambil dulu walaupun belum besar daripada jadi makanan beruk. Saya suka masak air campur telur dan suhun. Sedap!
Kena bungkus ke? Kalau buah ya la, orang bungkus. Kalau sayur, macam tak pernah tengok orang bungkus pula, Fizah. 😁
DeleteSetuju, biasa petola ni, orang buat masak air je kan.
Alhamdulillah…dapat jugak merasa hasilnya. Kalau saya ni, memasak dan makan sambil tersenyum bahagia sebab hasil tanam sendiri 😀
ReplyDeleteBetul, saya pun sama juga. Alhamdulillah. Rejeki dapat makan hasil tanaman sendiri.
DeleteArwah Mak Sy suka masak bening atau kami panggil sayur masak air. Tak pun buat masak lemak putih + suhun.
ReplyDeleteSeronok bercucuk tanam bila dapat tuai hasilnya tu.
Ye, memang biasanya, orang masak bening kan, petola ni. Alhamdulillah, PH.
DeleteBerrbudi kepada tanah, hasilnya kepada kita akhirnya.Banyak juga buahnya kan..petola saya suka makan, terutama yang mudah..dah tua agak keras kan..alhamdulillah kata orang rezeki..
ReplyDeleteAlhamdulillah, cikgu. Betul, saya pun lebih suka petola muda.
DeleteBanyak petola yang keluar. Berhasil hidup.
ReplyDeleteAlhamdulillah. 😊
Deletesaya tak suka petola. tapi bagus bila ada mindset utk tanam tanaman sendiri. bila-bila masa boleh petik dan sihat :D
ReplyDeleteAkak masa muda pun, tak semua sayur akak makan. Tapi sebab sayur perlu untuk serat dan demi kesihatan, itu yang akak tanam, Mazni.
DeletePetola ada masa SA beli elok kejadiannya...kalau x pandai beli SA dapat yang dah tua dan berserat...x sedap yang tu....lama dah x makan petola..masak tumis air campur suhun dan fucuk...letak udang skit...dapnya...gndingkan dengan sambal ikan ke atau goreng ikan masin...huiiiiisodap...
ReplyDeleteHa ah, petola muda lebih sedap. Idea yang sangat bernas, SA. Ganding dengan sambal ikan atau ikan masin. 😋👍
DeleteAlhamdulillah sejuk betul tangan Tot ni. Tanam apa semua menjadi. Seronok udah ada food security. KSarie mungkin terpaksa berpisah dengan gardening walaupun pedih kasih memanjang bak kata kumpulan meditasi sebab patah hati cinta asyik tidak kesampaian.
ReplyDeleteHehe.. jangan sedih, KSarie. Saya pun bukan semua tanam menjadi. Pokok bunga saya, ada satu baru mati. Adat la, dalam berkebun.
Delete