Saya baru habis balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan yang tinggalkan jejak di blog saya. Lama sangat nak habiskan. Terima kasih kerana kome sudi datang ke blog saya. Insya-Allah, saya akan jawap komen dan singgah balas. Cuma agak ambil masa sikit. 😊
Malam ni, saya nak cerita pasal terung pula. Banyak kali sudah saya cuba tanam, dari biji benih beli kat.. kat... mana yek, lupa sudah. Pernah ada yang hidup, tapi tak keluar buahnya. Ini pertama kali keluar bunga dan jadi buah. Jadi, saya ambil gambar beberapa hari, nak tengok pembesaran terung camana. Jom tengok.
💜 Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2025 💜
![]()  | 
| Hala hala.. comeinya dia.. | 
💜 Tarikh: Ahad, 24 Ogos 2025 💜
Dah ni kenapa ni, hari-hari ambil gambar terung. Suka aaa... orang excited, sebab pokok tak pernah berbuah, tiber keluar... 😁
![]()  | 
| Makin besor tu.. | 
💜 Tarikh: Isnin, 25 Ogos 2025 💜
![]()  | 
| Helo, terungku yang comel | 
💜 Tarikh: Selasa, 26 Ogos 2025 💜
Lupa cakap. Pokok terung ni, saya tanam dalam pasu je.
![]()  | 
| Aha.. makin memanjang.. | 
💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜
Patutnya, saya edit gambar dalam bentuk sebelah menyebelah kan, baru boleh buat perbandingan saiz.
![]()  | 
| Bila makin besar, makin mendekat pula dua biji terung ni. | 
💜 Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 💜
Ye la, sebab dia jadi makin berat, pokok pun makin menunduk.
![]()  | 
| Cepatlah membesar, terungku... | 
💜 Tarikh: Sabtu, 30 Ogos 2025 💜
![]()  | 
| Nampaknya, sebelah kiri makin besar dari yang kanan. | 
![]()  | 
| Yang kiri je makin membesar, yang kanan macam sama saiz. | 
![]()  | 
| Awak duduk sini diam-diam, yek. | 
![]()  | 
| Makin besar la, yang belah kiri tu. | 
![]()  | 
| Aik! Waaa... dah hilang!!! | 











Alahaiiiiiii tuan rumah siap punya tatang bagai puteri sekali kena kidnap cik nyet pulaknya. Takde rezeki le. Takpe tanam lagi. Lepas ni banyak pasu le. Tak dapat ni ada yang lain. Terung lain pulak.
ReplyDeleteBaiklah, kak. Saya cuba tanam lagi. Insya-Allah.
DeleteSedihnya.. nasib baik sempat ambil gambar banyak- banyak buat kenangan..
ReplyDeleteItu la. Tanam baru nanti, belum tentu keluar buahnya. Ada rezeki, adalah..
Deletealahaii dah nak besar terung tu, kena rembat dek beruk pulak.
ReplyDeletediorang pun makan terung ye?
Mazni, tumbuhan macam rumput liar yang tumbuh celah simen tu pun, pucuknya, beruk makan, Mazni. Inikan pula terung. Huhu... terung makan, petola makan, pucuk bunga matahari makan, yang deme tak makan, cili hijau jer. 😁
DeleteAduii lah. Kat rumah ni tengah perang dengan geng2 Bruks ni jugak.
ReplyDeleteYe ke... bertabahlah kita, ye.
DeleteRumah mak Linda banyak bendi je
ReplyDeleteBendi bagus, untuk orang tua macam akak yang ada masalah lutut. Hehe..
DeleteYa Allah bagai kecepatan suara yaa, tiba2 hilang 😅😅😅. Sayaaang tak bisa merasakan kak.
ReplyDeleteTapi terong ini sedaaaap. Saya suka macam2 jenis terong. Yg ungu, yg hijau, yg bulat atau yg kecil macam jari. 😍😍
Ha ah, takde rezeki. Tak apa, lain kali boleh tanam lagi.
DeleteBagus la Fanny, suka makan segala jenis terung. Sumber serat, bagus untuk badan.
Yish la beruk. KSarie tumpang geram. Ingatkan akhir cerita terung ni dia jadi resepi masak pajeri. Alih-alih dirampok oleh beruk. Kecik hati
ReplyDeleteTu la pasal. Takpe la, takde rejeki. Mungkin lain kali, pokok terung berbuah, harus disimpan dalam rumah kot, lebih selamat.😂 Lumrah bertani.
DeleteRasa pokok yg tak brp kene modify jaring supaya boleh selungkup the whole pokok kot. Agak2 faham tak maksud saya? Teringat dulu arwah ayah guna jaring pastu dia jadikan bentuk silinder size pasu pastu dia masukkan je atas pokok tu supaya ayam tak makan hasilnya
ReplyDeleteFaham maksud Ammi. Brilliant idea! Thank you, Ammi. Lain kali kalau pokok terung berbuah lagi, saya akan cuba letak jaring atau apa-apa lindungi pokok.
Delete