💜 Selasa, 7 Oktober 2025 💜
Kami pernah sarapan di Kopi Padang Tembak, tapi masa tu, cafe di lokasi lama, iaitu Jalan Teluk Muruh, on the way ke Teluk Batik. Ini pertama kali kami mengopi di cafe ini di lokasi baru. Biasa nampak, sebab lokasinya di tepi jalan utama. Cuma, tak pernah singgah.
Pada hari itu, cuaca panas. Cari tempat melepak yang ada aircond. Jadi, itulah yang kami singgah ni.
Masuk saja dalam cafe, terus kami order di kaunter. Buat bayaran, dan cari tempat duduk. Waktu kami datang, tak ramai pelanggan dalam cafe.
![]() |
Sejuk dalam cafe |
Jumpa satu lagi port mengopi sejuk selain dalam mall.
![]() |
Americano panas dan sejuk, tanpa gula. |
Setia dengan americano. Saya kopi panas, suami kopi sejuk.
![]() |
Saya pesan ayam grill |
Ayam masak elok. Kulit garing. Dalam isi lembut dan masak sempurna. Tapi perapan ayam grill macam sedikit masin, bagi saya. Mungkin sebab saya ni sudah biasa makan benda tawar. Sos blackpepper diasingkan. Overall, okay, Alhamdulillah.
![]() |
Suami pesan spagetti bolognese with chicken chop. |
Jumlah harga kopi dan makanan kami ialah RM61.
![]() |
Quote of the Day |
"Ikhlas itu ibarat gula dalam minuman...
Tak terlihat namun terasa manisnya."
Kopi tanpa gula menambah manis dalam senyuman. - Cafe Kopi Padang Tembak (CKPT)
Tak putus-putus pelanggan Kopi Padang Tembak ni. Pelanggan keluar, pelanggan masuk. Berbilang bangsa pula tu.
![]() |
Ambil gambar luar Kopi Padang Tembak |
Boleh datang lagi lain kali, cuba menu lain pula.
Antara sajian cafe ini termasuklah pelbagai jenis kopi dan frappe, makanan western seperti chicken chop, fish and chips dan seangkatan dengannya, chicken croissant, roti bakar dan bagi bukan penggemar kopi, minuman teh pun ada. Menu nasi pun ada juga, contoh buttermilk chicken with rice dan black pepper beef with rice.
Alhamdulillah. Rezeki pada hari itu, dapat mengopi dan makan sedap di tempat yang sangat cozy.
Kopi Padang Tembak
Masa Operasi: Isnin hingga Sabtu 1 petang hingga 10 malam
Tutup setiap Ahad
Di bahagian atas cafe, ada event space boleh disewa, kapasiti 30-40 pax.
Alamat: Kopi Padang Tembak, 2407, Taman Samudera, 32040 Seri Manjung, Perak.
Jumpa lagi, ye. 💗
Alhamdulillah dapat lepak sambil makan dan minum.
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur, rejeki.
DeleteBest spend time berdua kan...healing kata orang sekarang...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ye, SA. Pekena kopi sambil makan sedap, nikmat.
DeleteAda rezeki, boleh lah singgah juga nanti
ReplyDeleteSelamat mengopi Nur.
ReplyDelete