Assalamualaikum, semua..... Semoga pembaca semua dalam keadaan sihat-sihat dan ceria.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang perkara yang berlaku pada hari Khamis, 16 Oktober 2025 yang lalu. Saya dan suami nak pergi Ipoh, ambil budak Hafizan di Poli. Ha ah, sungguh bertuah budak Hafizan itu. Nak balik, kami ambil. Habis cuti, kami hantar semula. Setakat ini, dia tak pernah lagi balik sendiri naik bas, walaupun sudah semester 3, dan saya sudah terangkan cara macamana nak balik naik bas dari Ipoh ke Manjung. Saya sendiri pernah naik bas dari Ipoh, beberapa kali. Takpe la tu, nanti-nanti seru dia datang, pandailah budak tu kan.
Pukul 9 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami singgah di Seri Iskandar, sarapan di Warung Cha. Blogger KSarie (Bidasari) ada share tentang cafe ini di entri ini 👉 Tempat Mengopi Perak 2025 Warung Cha, Bandar Seri Iskandar, Perak.
Terpengaruh tengok tempat lawa, gambar makanan sedap, kami pun singgah ler.
 |
| Ada model kereta F1 dekat dinding. |
Masuk-masuk cafe, terus ke kaunter, buat pesanan. Bayar, dan cari tempat duduk. Ada dua bahagian tempat duduk. Agak luas cafenya.
 |
| Tempat yang selesa untuk makan. |
Ada aircond. Sejuk. Kopi sedap.
 |
| Nasi lemak dalam pinggan klasik. |
Suami order nasi lemak rendang daging dan americano ais. Lupa ambil gambar kopi suami. Cukup rasa nasi lemak dia. Rendang daging agak pedas sikit, tapi sedap.
 |
| Saya order big breakfast. |
Betul seperti KSarie buat ulasan. Memang sedap, dia punya big breakfast. Kenyang. Cukup rasa segala. Ada hashbrown, sosej, kepingan daging, cendawan, baked beans, baby tomato, scrambled egg dan roti bakar dua keping. 😋 Alhamdulillah.
 |
| Kopi hazelnut panas untuk saya. |
Dia bagi butter cookie seketul. Cantik betul kopi art dia. Kemas je. Macamana nak minum kopi cantik-cantik macam ni? Nak kacau pun tak sampai hati. Nikmat sungguh dapat pekena kopi hazelnut panas. Syorga! 😋😍
Secara keseluruhan mengopi dan makan di Warung Cha sangat memuaskan hati saya. Boleh repeat makan sini lagi lain kali, untuk cuba menu lain pula.
 |
| RM41.70 jumlah harga sarapan. |
Alhamdulillah, dapat sarapan sedap di tempat yang selesa.
Selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Ipoh untuk ambil Hafizan.
 |
| Anak bertuah. |
Masa ni, ambil anak sempena cuti Deepavali sampai minggu berikutnya. Cuaca cerah dan cantik.
Kome buat apa di hujung minggu ni? Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan ya.
Jumpa lagi. 💗
wah.. pinggan nasi lemak tu klasik..bunga kangkung. nostalgia pulak rasa
ReplyDeletememang prince betullah hafizan ni xD dia tau parents duduk dalam perak jugak, tu yg malas nak naik bas kot hehe.
ReplyDeletenampak sedap big breakfast tu. murah jugak harga rm14.90 je!
Nak kena berjemput dan berantar ye anak soleh ni hehe... Belum ada geng satu bas/destinasi kot Nur...
ReplyDeleteSedap dan mengenyangkan big breakfast tu 👍🏻
Terima kasih perkongsiannya Nur. Nanti jalan- jalan ke rumah Abang Farid bolehlah menyinggah.
ReplyDeleteCikkak x dtg majlis Pulara kt Lumut mlm ni last.. hehe, jgn ckp wak x bgtau sbb byk banner gantung kt tepi jln tuuh..
ReplyDeleteOk sangat tu kalau makan di cafe harga macam tu.. nampak cantik design dalama cafe tu.. insyalah ada rezeki ke sana boleh la singgah.. seronok la pergi balik diambil dan dihantar..
ReplyDeleteWak pun sama, kalau mandu jauh2 mesti cari kopi untuk ilangkan ngantuk
ReplyDelete