Jumaat, 3 Oktober 2025

Resepi ikan kukus simple

💛 Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 💛

Eh, hari tu, di entri Cerita Petola tu, saya ada bagitahu yang saya lupa ambil gambar tuaian pertama dua biji petola pertama yang keluar, kan. Rupa-rupanya, ada gambar saya ambil. Sendiri juga lupa. Hehe.. Ada juga kenangan. 

Tuaian pertama petola
Tuaian pertama petola. 😍

Sebelum ni, saya pun tak ada lah makan petola selalu. Kalau ada, makan. Kalau tak ada, tidaklah saya mencari. Ini sebab tanam sendiri dan keluar, Alhamdulillah. Boleh buat lauk. 

Ikan siakap
Ikan siakap.

Dah siap siang dan cuci. Nak masak apa, ya?

Ikan siakap kukus
Kita kukus je la

Resepi Ikan Siakap Kukus Simple

Bahan-bahan:

🐟 Ikan siakap

🐟 3 ulas bawang putih dihiris

🐟 Cili padi hijau 3 biji, dipotong kecil-kecil.

🐟 Halia dihiris halus, ikut suka citarasa masing-masing, nak guna banyak mana

🐟 Sos tiram dalam sesudu besar

🐟 Jus limau kasturi, dalam 5-6 biji

Cara Masak:

🐟 Ikan dikukus dalam pengukus.

🐟 Atas dapur, panaskan minyak masak sedikit dalam kuali.

🐟 Goreng halia yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau. Angkat keluar.

🐟 Guna baki minyak yang ada, tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan. 

🐟 Masukkan sos tiram dan jus limau kasturi. Kacau rata. Letak lada putih sikit. Saya tak letak garam. Perasa ikut citarasa masing-masing. Bila sudah menggelegak, tutup api.

🐟 Bila ikan sudah siap dikukus, bolehlah tuangkan atas ikan.

🐟 Taburkan halia yang sudah digoreng awal tadi. Boleh juga tabur daun ketumbar, kalau nak. Ikut suka sendiri juga, daun sup ke, daun bawang ke, atas ikan yang sudah siap.

🐟 Bon Appetit! 😋

Hidangan tengahari
Hidangan pada hari tersebut

Lauk ikan siakap kukus, sayur tomato, timun dan petola dicelur (petola tanam sendiri), telur dadar bercili dan ikan keli masak lemak cili api (lauk masak hari sebelumnya, panaskan).

Alhamdulillah.

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗 

32 ulasan:

  1. Terliur tengok pepagi buta ini. Hehe tengok tengah lapar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah lapar, tengok apa-apa makanan pun meleleh ailio. 😁

      Padam
  2. Masa SA diet teruk hari tu sampai hilang 11kg tu...SA selalu gak buat ikan steam..kukus dan ratah cenggitu je..kadang kukus brocolli dan bok choy atau kacang buncis...cicah je belacan...amik nasik suku senduk atau xde nasi langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut SA boleh hilang banyak berat. Makan secara sihat rupanya. 👍

      Padam
  3. Alamak baca post ni pagi-pagi udah kelaparan. Kena cari breakfast nampaknya ni😅Ramai pesan suruh makan yang kukus-kukus tapi itu la kan ketegaq tak boleh bawa bincang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kalau boleh, semua benda nak kukus. Tapi, fikir selera orang lain juga, itu yang kena pelbagaikan.

      Padam
  4. sihat cara masak sayurnya. tidaklah hilang khasiat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya, itu yang paling senang. Celur sayur. 😊

      Padam
  5. Kecur sy membayangkan halia goreng ditabur atas ikan tu. Arimanya, mantap!

    BalasPadam
  6. ijin saya save resepnya... nanti minta istri untuk masak resep ini

    BalasPadam
  7. lauk sihat semua ni. alhamdulillah

    BalasPadam
  8. sedapnya menu sihat tu. nanti nak makan mcm ni la nanti.

    BalasPadam
  9. Cie pun baru ni buat siakap kukus limau. Masam2 pedas sedap betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... nanti nak ikut macam Cie, masak kukus limau pula.

      Padam
  10. Pentol tu rebus je ye... Sy suka petola tapi takde geng nak makan jadi jarang beli petola.

    BalasPadam
  11. Masakan simple tapi sihat dan berkhasiat.

    BalasPadam
  12. Petola celur...1st time tgk. Ammi selalu jadikan masak lemak, masak sup atau goreng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang malas nak masak, itu senang celur saja, Ammi.

      Padam
  13. Saya sebenarnya sukaaa ikan begini kak. Tapi belum confident nak masak ikan apalagi membersihkan. Salah2 malah bau amis. Sebab tuh tiap teringin ikan, selalunya beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuci ikan dengan air asam jawa, Fanny. Lemon atau limau pun boleh. Tepung gandum juga boleh. Insya-Allah, hilang bau hamis ikan.

      Padam
  14. Kalau di tempat saya, petola ini biasanya dimasak pakai santan. atau kuah bening.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, Mbak. Sama juga di Malaysia. Enak dimasak sayur lemak putih menggunakan santan. Juga, kuah bening atau masak air saja.

      Padam