Resepi ikan kukus simple - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, October 3, 2025

Resepi ikan kukus simple

💛 Tarikh: Khamis, 28 Ogos 2025 💛

Eh, hari tu, di entri Cerita Petola tu, saya ada bagitahu yang saya lupa ambil gambar tuaian pertama dua biji petola pertama yang keluar, kan. Rupa-rupanya, ada gambar saya ambil. Sendiri juga lupa. Hehe.. Ada juga kenangan. 

Tuaian pertama petola
Tuaian pertama petola. 😍

Sebelum ni, saya pun tak ada lah makan petola selalu. Kalau ada, makan. Kalau tak ada, tidaklah saya mencari. Ini sebab tanam sendiri dan keluar, Alhamdulillah. Boleh buat lauk. 

Ikan siakap
Ikan siakap.

Dah siap siang dan cuci. Nak masak apa, ya?

Ikan siakap kukus
Kita kukus je la

Resepi Ikan Siakap Kukus Simple

Bahan-bahan:

🐟 Ikan siakap

🐟 3 ulas bawang putih dihiris

🐟 Cili padi hijau 3 biji, dipotong kecil-kecil.

🐟 Halia dihiris halus, ikut suka citarasa masing-masing, nak guna banyak mana

🐟 Sos tiram dalam sesudu besar

Cara Masak:

🐟 Ikan dikukus dalam pengukus.

🐟 Atas dapur, panaskan minyak masak sedikit dalam kuali.

🐟 Goreng halia yang dihiris hingga kekuningan dan naik bau. Angkat keluar.

🐟 Guna baki minyak yang ada, tumis bawang putih dan cili padi hingga kekuningan. 

🐟 Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau rata. Letak lada putih sikit. Saya tak letak garam. Perasa ikut citarasa masing-masing. Bila sudah menggelegak, tutup api.

🐟 Bila ikan sudah siap dikukus, bolehlah tuangkan atas ikan.

🐟 Taburkan halia yang sudah digoreng awal tadi. Boleh juga tabur daun ketumbar, kalau nak. Ikut suka sendiri juga, daun sup ke, daun bawang ke, atas ikan yang sudah siap.

🐟 Bon Appetit! 😋

Hidangan tengahari
Hidangan pada hari tersebut

Lauk ikan siakap kukus, sayur tomato, timun dan petola dicelur (petola tanam sendiri), telur dadar bercili dan ikan keli masak lemak cili api (lauk masak hari sebelumnya, panaskan).

Alhamdulillah.

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗 

10 comments:

  1. Terliur tengok pepagi buta ini. Hehe tengok tengah lapar.

    ReplyDelete
  2. Masa SA diet teruk hari tu sampai hilang 11kg tu...SA selalu gak buat ikan steam..kukus dan ratah cenggitu je..kadang kukus brocolli dan bok choy atau kacang buncis...cicah je belacan...amik nasik suku senduk atau xde nasi langsung

    ReplyDelete
  3. Alamak baca post ni pagi-pagi udah kelaparan. Kena cari breakfast nampaknya ni😅Ramai pesan suruh makan yang kukus-kukus tapi itu la kan ketegaq tak boleh bawa bincang.

    ReplyDelete
  4. sihat cara masak sayurnya. tidaklah hilang khasiat

    ReplyDelete
  5. Kecur sy membayangkan halia goreng ditabur atas ikan tu. Arimanya, mantap!

    ReplyDelete
  6. ijin saya save resepnya... nanti minta istri untuk masak resep ini

    ReplyDelete
  7. lauk sihat semua ni. alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. sedapnya menu sihat tu. nanti nak makan mcm ni la nanti.

    ReplyDelete