💜 Tarikh: Khamis, 2 Oktober 2025 💜
Kali kedua datang sini. Masa kali pertama, saya datang dengan suami, juga menikmati sarapan. Entrinya di sini 👉 Sarapan di Lumut Hotspot
Anak sulung, Amirul, ajak sarapan di luar. Keesokan harinya, Jumaat, Amirul sudah nak bertolak balik Dungun, Terengganu. Cuti semester sudah berakhir.
Datang hari bekerja. Agak lewat juga, dalam pukul 9 pagi. Ada orang, tapi tak ramai. Tempat makan luas. Kami pilih untuk duduk di bahagian agak dalam, sebab di bahagian luar macam silau, matahari sudah naik meninggi.
![]() |
Unik kaki meja yang kami duduk ni. |
Meja makan, kakinya mesin jahit. Boleh goyang-goyang kaki. Nasib baik atas meja takde mesin jahit. Kalau tak, boleh sambil makan, sambil menjahit.
![]() |
Luas tempat makan di Lumut Hotspot. |
Walaupun cafe ini terbuka, dan tiada aircond, tapi tidak rasa panas di bahagian tempat duduk kami. Kipas banyak dipasang.
Bila duduk, ada pekerja cafe datang bawa menu dan borong pesanan. Kita tulis pesanan kita dan panggil dia bila sudah buat pilihan.
Amirul sibuk mengadap handphone. Amirul dapat jemputan jadi arbiter. Dua tiga kali saya tanya, apa pada budak Amirul. Menatang apa pula arbiter tu.
![]() |
Ooo... pengadil pertandingan catur. |
![]() |
Suami pesan nasi lemak omelette. |
Sedap, saya ada rasa sikit. Hehe...
![]() |
Saya pesan big breakfast omelette. Amirul pesan big breakfast scrambled egg. |
Tambah roti bakor telor goyang, share makan tiga beranak.
Dalam big breakfast ada omelette, sosej, kepingan daging, salad campur, roti bakar, baked beans dan mashed potato with gravy. Dalam omelette ada cheese. Sepinggan big breakfast harga RM15.
Total harga sarapan kami bertiga ialah RM47.
Alhamdulillah. Rezeki dapat sarapan sedap. Puas hati makan sini. Portion besar, makanan sedap.
Rasa sekejap saja Amirul duduk rumah. Dia sudah nak pergi jauh. Semoga anak mama baik-baik dan dilindungi Allah selalu.
Jumpa lagi, ye. 💗
Pandai Amirul Amin catur .semoga yang baik² je di negeri orang .
ReplyDelete