Sarapan hampir pukul 10 pagi hari ni. Sebab encik suami tidak kerja, marilah kita pergi berdating. π
Pertama kali kami mencuba Lumut Hotspot.
Luas tempatnya. Banyak tempat duduk. Jarak antara meja juga luas. Walaupun open air, tapi tak rasa panas, sebab bumbung tinggi. Kipas atas ada, kipas bawah pun ada.
Bila duduk, ada sorang adik datang bawa menu. Tulis pada borang pesanan, dan panggil bila sudah ready. Adik tu sungguh bersopan santun. Masa mula datang, dia cakap selamat datang. Masa makanan sampai, dia jemput selamat menjamu selera. π
Saya suka lagi cara macam ni. Old school. Malas nak scan QR code bagai, data telepon pun tak laju. π
Meja makan dia see through. |
Ada hiasan kain batik di bawah meja. Suami pesan nasi lemak paru goreng, harga RM8.
Secawan kopi o johor tanpa gula, kami kongsi. Pesan juga air sejuk dan air suam. Kopi dia ada macam-macam juga. Kopi penang ada. Kopi apa entah lagi, lupa. Yang frapped ada, yang biasa ada. Banyak pilihan makanan dan minuman.
Nasi lemak dia, ada rasa lemak. Cukup rasa segala. Paru goreng pun sedap. Orang Perak panggil paru, lempung. π
Manakala saya pula pesan big breakfast. Penuh pinggan. Ada whipped potato, salad, daging hirisan, sosej dan roti bakar. Telur dalam big breakfast, kita boleh pilih sama ada nak omelette atau scrambled. Saya ambil omelette. Ada rasa telur yang hotel selalu buat.
Ada disediakan tempat nak bergambar di belakang tu.
Jumlah harga sarapan kami ialah RM27. Murah tak? Habis tu, kopi pun kongsi secawan. Harga tu, saya ok je, mahal ke murah ke, sebab bukan selalu makan luar sekarang ni. Tapi makanan dia sedap la, pada pendapat saya. Alhamdulillah. π
Lokasi Lumut Hotspot: Berdekatan Kampung Pundut, Lumut, Perak. Terletak di jalan utama nak ke Lumut, kiri jalan.
Masa operasi: 8 pagi hingga 4 petang.
Tutup setiap Isnin.
P/S: Menu tengahari dia, ada nasi talam, pelbagai jenis. Wah, tak perlu lah nak ke Taiping kalau nak makan nasi talam. Lumut pun sudah ada.
0 comments:
Post a Comment