Update aktiviti berkebun - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, October 3, 2025

Update aktiviti berkebun

💜 Tarikh: Rabu, 27 Ogos 2025 💜

Kadang-kadang berkebun juga, bila cuaca tidak hujan. Selalunya, cabut rumput dalam pasu, atas tanah, menebas, trim pokok, membaja atau menyembur insect repellent.

Kalau ada benda menarik, saya ambil gambar.  

Bunga ros kuning
Bunga ros kuning 

Pokok ros kuning ni, suka keluar bunga secara berjemaah. Bila satu keluar, ada je beberapa rose bud atau putik yang akan muncul. 😍

Cabang kaktus baru keluar
Cabang kaktus baru keluar 

Kepala kaktus sudah hilang, angkara beruk. Ada saya cerita di entri ini. Hidup juga batang kaktus ni. Nasib baik saya tak cabut keluar dari pasu. 

Itu sajalah perkembangan terbaru pada hari tersebut. 

Walaupun tak banyak benda menarik berlaku, tapi saya catat jugalah di blog, untuk rujukan saya.

Baiklah.

Jumpa lagi, ye. 💗

4 comments:

  1. Rajin cerita apa yang Nur buat. Saya ini tulis apa yang nak sahaja.
    Rajin juga Nur ambil gambar.

    ReplyDelete
  2. Bunga ros ni kadang susah juga nak tanam dan kuar bunga. Tapi bila berkembang terasa hati pun berkembang sama. hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya ros kuning...kalau nak tau SA memang suka ros kuning...dari zaman budak2 lagi....cantik sanagt pada pandangan SA... Ros kuning lambang Kesetiaan

    ReplyDelete
  4. Cantiknya bunga ros warna kuning. Semoga tunas kaktus yang baru tumbuh berjaya bertahan hidup

    ReplyDelete