Lagi cerita jalan pagi. Kali ini, aktiviti jalan pagi pada hari Isnin, 2 Februari 2026 yang lalu. Tempat yang sama, iaitu Padang Astaka, Sitiawan. Masa pusingan pertama, masih awal pagi. Orang tak ramai.
![]() |
| Ambil gambar masa langit sudah cerah. |
Ramai orang di padang masa pusingan kedua padang. Perak cuti ganti Thaipusam. Saya jalan sambil slowjogging sekali-sekala.
![]() |
| Rekod aktiviti jalan pagi 2 Februari 2026 |
Solo hari ni. Suami belum balik kerja, dia kerja shif malam. Terlaju sikit. Sebab bila saya keluar seorang, ada rasa macam nak balik rumah cepat. Cepat siap berjalan, cepatlah boleh balik rumah. Kalau suami ada teman berjalan, biasanya akan jalan santai-santai sambil berborak. Hehe...
Berjalan selama 56 minit. Dapat jarak sejauh 5.02 kilometer.
Alhamdulillah, atas nikmat sihat.
Esok sudah mula puasa. Rasanya, tak pergi berjalan dah. Kalau rajin, mungkin pergi jalan waktu petang. Jalan di pasar ramadhan. Hehehe.. tengok la camana.
Jumpa lagi, ye. 💗


Selamat berpuasa kak Nur..esok, Linda sahur atas ketapi lah..hihihi
ReplyDeleteSelamat berpuasa, Linda. Alaa.. ciannya. Semoga terus kuat, Linda, suami dan anak-anak. Cepat-cepatlah dapat transfer balik Perak.
DeleteAamin YRA
DeleteSelamat berpuasa...harap SA sihag untuk mula puasa esok...esok SA cuti banyak benda nak kena settled
ReplyDeleteSelamat berpuasa, SA. Semoga cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan esok.
DeleteBulan puasa berjalan ke bazar jela ye.
ReplyDeleteRasa²nya la, Cie. 😊
DeleteMemang best bila pagi masih tenang, udara segar, dan orang pun tak ramai lagi..Memang lain bila jalan sorang-sorang, kadang rasa nak cepat balik rumah, berbeza dengan bila ada suami teman, boleh jalan santai sambil borak-borak 😄Semoga aktiviti jalan pagi dan slowjogging ni terus konsisten, tubuh sihat dan hati tenang 🤲✨
ReplyDeleteAminn... 🤲 terima kasih, Nurul. 🤗
DeleteSelama puasa ini saya agak nya fokus di cardio saja. Latihan core biasanya buat saya lemas. Tapi kalau sekedar treadmill msh sanggub
ReplyDeleteSama kita, Fanny. Bulan puasa masih boleh on treadmill, slow-slow kan.
DeleteMantap Tot 5 km briskwalknya. Tadi KSarie naik turun tangga 2 tingkat je pun sebab nak ambil parcels. Meminta nyawa pula rasanya 😅Dapat briskwalk selalu sambil di kelilingi pemandangan awan molek dan persekitaran alam semulajadi adalah satu rezeki molek
ReplyDeleteNaik tangga lebih penat, sebab dia menaik, inclined.
DeleteAlhamdulillah. Betul KSarie, nikmat dapat berjalan pagi-pagi ni, tengok langit dan pokok-pokok.
Pelan-pelan saja Nur exercise time puasa.
ReplyDeleteYa, kak Amie. Saya slow-slow saja, on treadmill di bulan puasa. Itu pun, bukan setiap hari.
Deletebulan puasa ni rasa mcm nk slowjogging atau briskwalk je. tapi ada masa every weekend jelah
ReplyDeleteOkay tu, Mazni. Buat bila free je.
DeleteBetul ada beza jalan seorang dengan jalan berdua tapi jalan seorang boleh ambil masa kita mahu.
ReplyDeleteSetuju. Me time juga. Boleh buat apa suka, dan singgah mana-mana kalau nak. Hehe..
DeleteCCL briskwalk 5km pun dlm sejam juga laa.. lepas puasa nnti continue balik
ReplyDeleteLebih kurang ya, CCL, masa kita. Insya-Allah, lepas puasa, boleh sambung riadah di luar.
DeleteTenang saja yg penting kosisten
ReplyDelete