Monday, October 27, 2025

Briskwalk pagi Jumaat

 Assalamualaikum, semua.. harap pembaca sekalian sihat-sihat belaka hari ini.

Entri hari ni, saya nak kongsikan tentang aktiviti briskwalk pada pagi Jumaat, 17 Oktober 2025 yang lepas. Semalam, cerita berjalan petang. Kali ini, waktu pagi pula.

Saya dan suami pergi jalan di Padang Astaka, Sitiawan, lagi, macam hari sebelumnya, selepas anak bongsu, Sulaiman, pergi sekolah. Sulaiman pergi sekolah naik motor. Dia sudah ada lesen masa Tingkatan 4. Senang sikit dengan budak Sulaiman ni, sebab dia berdikari. Walaupun ada hari hujan, saya offer nak menghantar ke sekolah naik kereta, Sulaiman tetap naik motor, pakai baju hujan. Jarak ke sekolah tak jauh pun, lebih kurang 1 kilometer saja. Itu la, lain anak, lain perangai. 

Berbalik kepada cerita briskwalk.

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan
Gambar 7.26 pagi

Pemandangan di padang pada awal pagi itu. Langit mendung. Kami jalan santai-santai saja.

Rumah tinggal tepi Padang Astaka, Sitiawan
Rumah tinggal tepi padang.

Macam rumah hantu. 👻 Saya rasa macam lama sangat nak siapkan 10 ribu langkah. Dulu masa muda, rasa sekejap je. Cuaca pula sudah mulai panas walaupun ada awan mendung berarak kelabu.

Rekod aktiviti briskwalk menggunakan aplikasi Garmin Connect
1 jam 20 minit briskwalk, jarak 6.37 km.

Dalam gambar di atas, boleh nampak bangunan apartment paling tinggi di Lumut.

Papan tanda huruf di Padang Astaka, Sitiawan.
Astaka, Sitiawan.

Haa... kan dah panas. Alhamdulillah. Rezeki dapat berjalan, keluarkan peluh sambil jamu mata tengok pemandangan. 
Saya bukannya rajin sangat nak briskwalk di luar ni. Ada benda, kita rasa malas nak buat. Tapi kita buat juga, sebab nanti di masa akan datang Insya-Allah dan juga sekarang pun, badan kita akan dapat manfaat dari apa yang kita usahakan hari ini.
Jumpa lagi, ye. 💗

31 comments:

  1. Apt yang paling tinggi tu, dulu² Linda duduk situ..masa kerja dekat Manjung..bila angin kuat, bunyi macam bunyi bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau betul lah..hahaha..yang hala teluk batik tu ke kak?

      Delete
    2. Ni apartment yang depan Aeon tu, Linda. Apartment yang Linda duduk tu, yang on the way ke pekan Lumut tu ke? Ke, yang atas Bukit Maju tu?

      Delete
    3. Ooo..dekat traffic light tu eh kak?.. haaaa..Linda duduk kat bukit Maju tu..tak igt nama tempat kak..hihihi

      Delete
    4. Ha ah, dalam gambar tu, apartment tinggi paling baru la. Yang Linda duduk di Bukit Maju tu, apartment lama. Linda cakap, bila angin kuat, bunyi macam bunyi bas ya. Ada orang pernah cakap kat akak, duduk tingkat atas, boleh rasa bergoyang je. Seram, kita mendengornya.

      Delete
  2. Orang kata, anak ketiga ni sama ada dua aje, lebih matang dari anak sebelumnya atau lebih manja. Bestnya dapat brisk walk selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju apa SK cakap.
      Alhamdulillah. Time ada masa, boleh la pergi. Kalau ada urusan, tak sempat juga, SK.

      Delete
  3. kak nur nampak kurus cantik la..

    ReplyDelete
  4. Ehhh...sama pulak entri kita! Riadah pagi pada 17hb lalu.
    Ya, kena rajinkan diri demi kesihatan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiya, sehati sejiwa kita, Ujie.
      Yeh... mari kita, jom. 💪

      Delete
  5. cantik2 gambar nya... tenang je rasa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Alhamdulillah. Terima kasih, Yuslina.

      Delete
  6. Hampir tak perasan Nur berdiri dekat tulisan tu hihi... Sy pun kadang malas nak keluar brisk walk, tapi bila keluar dan berpeluh tu rasanya puashati sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, kita blend in dengan persekitaran. Hik hik!
      Betul, betul! The after effect tu, memang rasa puas hati lawan rasa malas tu, kan.

      Delete
  7. Lama tak ke Lumut. Last masa ke Pangkor dulu je. Lama tak pergi rumah kakak Cie kat Manjung Point belakang AEON.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuti-cuti bolehlah datang, Cie. Manjung Point tu, banyak kedai makan dan kopi.

      Delete
  8. Selalu nak contohi Nur, rajin keluarkan peluh. Tapi tak jadi juga. Ada jew alasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung minggu boleh jalan-jalan, kak Amie, ajak Firdaus kalau free. 😊

      Delete
  9. Cantik sekali awan tu..jauh berjalan luas pandangan banyak pengetahuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan, Cikgu.
      Mudah-mudahan ya, Cikgu. Aminn...

      Delete
  10. Rumah tinggal tu ... takde geng seekers ke buat shooting situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu ada geng seekers datang, BK, tapi bukan tengok rumah tepi padang tu, tapi ada satu rumah on the way to pekan Lumut. Very the scarry, ok. Huhu...

      Delete
  11. Rumah tinggal tu, jangan lah brisk walk waktu petang nak Maghrib..

    ReplyDelete
  12. Tak jauh memang kalau 1 km only yaaa... Anak lelaki kadang memang lebih mandiri kak.

    Setuju, rutin olahraga sekarang, kita nikmati hasilnya saat tua. Saya pun rutin angkat beban sebab tak nak menyusahkan orang lain nanti. Supaya kaki tetap kuat, tetap bisa jalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny, tak jauh pun rumah dengan sekolah.
      Semoga konsisten ya Fanny, angkat bebannya. 💪

      Delete
  13. Adik saya yang bongsu berdikari juga. Agaknya tidak mahu digelar anak manja.

    ReplyDelete