π Khamis, 9 Oktober 2025 π
Saya berkebun dari 7 hingga pukul 9 pagi. Waktu berkebun, angin sepoi-sepoi bahasa. Sejuk dan nyaman. Suka cuaca macam ni.
Selesai berkebun, saya masuk rumah, memasak pula.
![]()  | 
| Ikan mabong masak berlada | 
Ikan yang rupanya macam ikan kembung tetapi saiz lebih besar sedikit. 
Selesai masak lauk baru dan panaskan lauk semalam, saya jalan atas walking pad sambil tengok movie lakonan Tom Hanks, Da Vinci Code. Entah berapa kali ulang tayang di tv, cuma saya tidak pernah tengok dari awal.
![]()  | 
| Jalan sampai cukup 10 ribu langkah. | 
Hari ni saya Intermittent Fasting lama, 23 jam. First meal of the day, pukul 4 petang, saya makan dengan suami yang baru pulang dari kerja.
![]()  | 
| IF paling lama, 23 jam. | 
Percaya tak, saya tidak rasa lapar. Kecuali masa berkebun, bila bangun dari duduk lama, ada rasa 'gelap mata' beberapa saat.
Selepas Asar, saya mengopi dengan suami di Gigi Coffee, Aeon Mall Seri Manjung. Semalamnya, satu hari tak minum kopi.
![]()  | 
| Suami minum caffe latte, saya minum americano panas | 
Cafe latte harga RM12.
Americano panas harga RM9.
Mahal kopi beli di Gigi. Americano panas di Zus baru RM6.90. π
![]()  | 
| Beli juga croffle di Madam Croffle. | 
Kedai Madam Croffle tu, berhadapan dengan Gigi Coffee sahaja. Kali kedua beli croffle. Waktu pertama kali saya beli croffle entrinya di sini πPertama kali makan di Madam Croffle
Saya beli croffle BigMac. Harga RM12.90
![]()  | 
| Tudiaa.. | 
![]()  | 
| Keratan rentas croffle BigMac | 
Rasa dia, sebijik macam makan BigMac. Cuma ada rasa crunchy waffle di luar bila kita gigit.
![]()  | 
| Gambar candid oleh suami, saya sedang makan. | 
Saya makan seorang. Suami tak mahu share, sebab dia sudah makan nasi 3 kali, dua kali makan di tempat kerja ada orang belanja katanya.
![]()  | 
| The Best Korean Dessert in the Universe. | 
Tudiaaa.. pencuci mulut paling sedap. Ya, saya setuju. Syedap! π
Sekian cerita. Jumpa lagi ye. π









Waduh enak makan sampai kena kandid. Tapi nampak sedap
ReplyDeleteSedap, kak. Sampai pejam-pejam mata gitu, kesedapannya. π
DeleteSA ingat SA sorang aje selalu kena candid, rupanya Nur jugak ye...bila nak buat IF macam Nur...eh ganti puasa aje laaa...slowly kan
ReplyDeleteItu la, bila suami takde kerja kan. Kita pula tak tengok dia. Timing pun, sesuai la sangat.
DeletePuasa dapat pahala, SA. Saya sudah selamat ganti. Itu yang buat IF.
Meriah juga croffle big mac dia.. Gigi coffee jarang pergi sebab tak ada branch yg berdekatan..
ReplyDeleteSemua sedap sampai ke pencuci mulut tu huhuu
Mahal Encik, baik pergi Zus jer. Sekali-sekala takpa.
DeleteHehe... Alhamdulillah.
Lamanya IF. Hehe tidak pernah sampai tempoh 23 jam. Siap boleh berkebun.
ReplyDeleteSaja cuba, NA. Sekarang ni, nak makan tapi malas masak. Huhu..
DeleteBerkebun tu terapi. π
Mantap betul IF 23 jam πͺπͺπͺKSarie suka movie Da Vincci Code tu. Buku dia pun best. Madam croffle tuhππ
ReplyDeleteAlhamdulillah, KSarie.
DeleteSaya pun suka, siri berkisar penyiasatan dan misteri ini. Wah, KSarie ada baca bukunya. Mesti lagi menarik.
Memang sedap, pekena waffle di Madam Croffle. Bahaya, sekali sekala boleh. Hik hik!
Uwaaaaa 23 jam. Saya belum pernah IF selama ITU. π π . Tapi hari ini saya berhasil on track lagi lakukan IF 16 jam. Semoga esok bisa 17 jam .
ReplyDeleteNaah saya suka craffle yg isi gurih begitu kak, drpd yg manis. Kalo manis memang tak makan
You can do it, Fanny. Slow-slow cuba, Insya-Allah.
DeleteMemang lebih enak, pilih yang sandwich banding yang manis.
Rasa ikan mabong tu macam mana? Saya selalu guna ikan kembung kalau buat macam ni.
ReplyDeleteRasa macam ikan kembung juga, BK. Ikan kembung sini macam kecik je. Itu akak beli ikan besar sikit.
DeleteSelamat menjamu selera ya..
ReplyDelete