Friday, October 10, 2025

Maruku dan berkebun

 💚 Tarikh: Rabu, 10 September 2025 💚

 Masa pergi pasar, saya jumpa maruku.

Maruku kacang peas
Maruku kacang peas.

Perusahaan homemade ni. Pertama kali saya jumpa maruku warna hijau. Saya pun beli sebungkus. Harga RM12.

Rasanya? Rasa muruku la. Hehe... tapi, lain sikit dari muruku biasa. Ada rasa kacang peas sikit. Boleh tahan. Makan berdua dengan suami, sambil layan tv, sat jer habis.

Balik rumah dari pasar, seperti biasa, saya berkebun sekejap.

Ros kuning kembang berjemaah
Ros kuning kembang berjemaah.


Kerja pada hari tersebut.

Saya mengasingkan anak pokok tomato dan betik ke dalam polibeg. Juga tanam kunyit. 

Kalau saya nak masukkan tomato dalam telur dadar, kadang saya buang bijinya. Biji tomato, saya campak dalam tapak semaian, iaitu pasu yang ada partition. Bila dia dah tumbuh, dah besar sikit, keluar daun 2-3, saya pindahkan ke tempat lebih besar. Itu pun, kena asingkan dengan lemah lembut, supaya akar halus tidak tercabut. 

Ada satu hari, suami bawa balik betik. Saya jarang makan betik. Tapi tahu yang betik itu bagus, membantu kita buang air besar senang. Biji betik, saya minta suami asingkan. Ye, suami yang selalu potong buah. Saya malas potong buah. Makan buah rajin. 😁 Biji betik itu pun saya campak juga ke tapak semaian. Tumbuh. 

Masa saya asingkan anak pokok betik ke polibeg, suami saya cakap, tak perlulah buat banyak-banyak. Tanam banyak betik, nanti cik nyet lagi suka datang rumah. Saya saja jer test tanam. Belum tentu hidup. Kalau ada rezeki pokok membesar dan keluar buah, okay je. 

Sambil buat kerja, sambil memikir. Idea tu kadang datang tanpa diduga. Masa siram pokok, tiba-tiba dapat satu idea. Nak kena reseach dulu la. Biarlah rahsia. Hehe.. 

Salam Jumaat yang mulia. 

Jumpa lagi, ye. 💗

24 comments:

  1. linda suka makan betik..tapi tak reti nak potong sangat...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. beli buah potong je senang ye, Linda.

      Delete
  2. Okey ai is jeles dengan sepasu rose kuning tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. SA pun boleh tanam juga. Rose saya ni pun jarang² keluor berjemaah. Itu yang saya amik gambar tu.

      Delete
  3. Muruku kacang hijau tu kalau sedap, cepat je habis.

    Semoga pokok tomato tu menjadi lah. Saya tanam selalu tak jadi. Banyak bena putih kacau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah. Memang sedap. Tak sampai sehari dah habis.
      Oh ye ke. Akak pulak pernah tanam sebelum ni, jadi. Cuma buah tak berapa menjadi. Dia kecik je tak besor².

      Delete
  4. Baru je cakap hubby, rasa nak tanam sayur yg selalu makan. Kata dia kalau kena cekup dengan monyet, camna nanti. Terus tunduk pandang lantai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la masalahnya, kan. Kena cari jalan supaya kita boleh tanam sayur tanpa cik nyet curi. Kalau bajet tinggi, buat green house kecik best juga.

      Delete
  5. seronoknyaaaa bercucuk tanam, cantik betul rose kuning rare sungguh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Memang cantik. Saya pun suka tengok.

      Delete
  6. Itulah remeh juga potong betik tapi saya lagi suka potong betik daripada nanas. Betik ini potong 2 daripada sebiji baru senang nak pegang dan buang kulit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... betul, betul! Jenuh nak potong nanas dan buang mata nanas tu.
      Bagus tips NA tu. 👍

      Delete
  7. Confirm tangan Tot ni bukan sahaja green fingers tapi forest fingers begitu. Campak apa semua menjadi. KSarie tumpang happy baca cerita pasal kebun Tot. Bunga ros kuning tuh molek sungguh. Meriah kejadiannya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala malu saya, KSarie. Rejeki Allah juga. Dia yang menghidupkan dan mematikan semua benda, kan. 🤗
      Ha ah, bunga ros tu, suka sangat kalau kita siram dengan air basuhan beras. Mesti naik bunga.

      Delete
  8. kenapalah saya terbayangkan cupcake coklat ye kat gambar tanah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Mazni sedang lapor waktu baca entri akak. 😁

      Delete
  9. Cantiiiiik sangat bunga mawar nya kak 😍😍. Buah pepaya ini sayapun suka. Tp kdg tak suka bau nya 😅😅. Krn itu biasa nya utk mengurangi bau, saya kasih tetesan lemon , madu dan chia seed. Dinginkan dulu, baru makan. Baru saya suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny. Memang cantik ros kuning sedang mekar.
      Fanny macam arwah mama akak. Kalau nak makan betik, perah asam limau dulu, baru makan. 😊

      Delete
  10. Ammi pernah juga simpan cili yg dh memeh, biji2 papaya bagai. Tp nak pakai tudung, nak keluar nak itu ini hmmmm malasnya. Ya Allah titipkanlah rajin Kak Nur ni kat saya sikit..sikitttt je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... semoga Ammi rajin keluar rumah campak biji-biji yang hendak ditanam ke luar rumah, ya Allah... 🤲

      Delete