💜 Tarikh: Ahad, 7 September 2025 💜
Biasanya hari Ahad, gantung kuali. Tapi suami kerja pada hari tersebut. Kita pula malas nak drive keluar. Jadi, masuk dapur juga lah kita.
![]() |
| Ayam rebus diet mode. |
Sudah banyak kali masak lauk ayam rebus ni. Saya pernah share resepi ayam rebus ini di entri ini 👉 Resepi ayam rebus diet mode
Tapi jangan terkejut baca entri tu. Sebab saya bahasakan diri saya, aku. Tapi lama-lama menulis, rasa macam lebih selesa bahasakan diri saya. Sebab masa mula blog ini dulu, saya tak sangka ada orang boleh minat baca blog saya dan tinggalkan komen. Tapi terima kasih kepada anda semua, kerana sudi datang blog picisan saya ni.
Okay, lauk seterusnya...
![]() |
| Sayur campur pecah telur |
Ada carrot, brokoli dan petola tanam sendiri.
![]() |
| Petola |
Buah ketiga dapat rasa. Alhamdulillah.
![]() |
| Saya panaskan kari ayam, lauk dua hari lepas. |
![]() |
| Lauk hari Ahad |
Alhamdulillah. Kena paksa diri masuk dapur. Kalau tak, lapor la. Ikutkan hati, nak makan maggi jer. Tapi, harus kurangkan makanan diproses.
Kome sudah makan ke belum? Makan apa?
Orait. Jumpa lagi, ye. 💗





Alhamdulillah
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Wak makan tengah hari nasi dengan ayam kampung rebus.
Mekasih, Wak. Ayam kampung rebus? Wahh.... 😋
PadamBetul tu kak Nur .tapi, tulah..bila malam, Linda malas nak masak lauk dah..buat cucur tepung juga akhirnya ..kikiki
BalasPadamCucur pun sodap, Linda. 😁
PadamSA habiskan makanan sarapan pagi..hari ni sibuk dengan submission..dah la berdua dengan boss aje ha...
BalasPadamSibuk SA ye. Makan pun tak sempat. Semoga berjaya ya, apa yang dihantar tu.
PadamSayur campur pecah telur terasa manisnya petulant dan lobak merah.
BalasPadamTypo#petola
PadamYe, kak. Suka campur-campur je sayur dan masak. Sebab beli sayur jenis sikit-sikit. Campur semua, jadi banyak.
PadamKalau malas nak keluar kena paksa diri masuk dapur jugak kan. Dari malas terhidang jugak menu.
BalasPadamHa ah. Nak buat camana. Masak je la. Bila dah mula, hilang dah malas tu.
PadamPetola tu masak sayur air sedap.
BalasPadamKann... lain kali nak masak sayur air jer.
PadamSayur campur macam tuh ratah sahaja pun sedap kan. Nampak petola tuh langsung sup sayur petola dengan suun. Boleh buat bertambah nasi😅
BalasPadamBetul, KSarie. Boleh ratah camtu jer, kalau on diet mode. Hehe..
PadamHa, lagi-lagi kalau buat masak lemak petola, memang tambah la nasi. Jadi, baik masak lauk lain. 😁
Sekali lagi, alhamdulillah..rajin memasak untuk family tersayang..
BalasPadamAlhamdulillah, Cikgu.
PadamSedaaap nih menunya. 😍😍
BalasPadamSaya hari ini lagi masak sayuran semua. Tumis terong dan tahu. Pakai irisan cabe merah dan hijau, bawang merah dan putih. Lalu kasih sedikit kecap manis dan oyster sauce 😄. Lagi malas masak yg complicated kak. Kemarin dah makan daging banyak, jadi hari ini sayur saja
Sedap tu, Fanny masak, terung. Lebih kurang macam masak sambal terung juga. 😋
PadamAmmi kalau liat nak masak mulalah tercari apa yg ada kat freezer tu boleh didefrost huhu
BalasPadamUntung ada benda dalam freezer. Freezer saya kosong. Huhu..
Padam