Masak apa di hujung minggu - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, October 9, 2025

Masak apa di hujung minggu

💜 Tarikh: Ahad, 7 September 2025 💜

Biasanya hari Ahad, gantung kuali. Tapi suami kerja pada hari tersebut. Kita pula malas nak drive keluar. Jadi, masuk dapur juga lah kita.

Ayam rebus diet mode
Ayam rebus diet mode.

Sudah banyak kali masak lauk ayam rebus ni. Saya pernah share resepi ayam rebus ini di entri ini 👉 Resepi ayam rebus diet mode
Tapi jangan terkejut baca entri tu. Sebab saya bahasakan diri saya, aku. Tapi lama-lama menulis, rasa macam lebih selesa bahasakan diri saya. Sebab masa mula blog ini dulu, saya tak sangka ada orang boleh minat baca blog saya dan tinggalkan komen. Tapi terima kasih kepada anda semua, kerana sudi datang blog picisan saya ni. 
Okay, lauk seterusnya...

Sayur campur pecah telur
Sayur campur pecah telur

Ada carrot, brokoli dan petola tanam sendiri.

Sayur petola
Petola

Buah ketiga dapat rasa. Alhamdulillah.

Saya panaskan kari ayam, lauk dua hari lepas.

Lauk hari Ahad

Alhamdulillah. Kena paksa diri masuk dapur. Kalau tak, lapor la. Ikutkan hati, nak makan maggi jer. Tapi, harus kurangkan makanan diproses.
Kome sudah makan ke belum? Makan apa?

Orait. Jumpa lagi, ye. 💗

8 comments:

  1. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera.
    Wak makan tengah hari nasi dengan ayam kampung rebus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, Wak. Ayam kampung rebus? Wahh.... 😋

      Delete
  2. Betul tu kak Nur .tapi, tulah..bila malam, Linda malas nak masak lauk dah..buat cucur tepung juga akhirnya ..kikiki

    ReplyDelete
  3. SA habiskan makanan sarapan pagi..hari ni sibuk dengan submission..dah la berdua dengan boss aje ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk SA ye. Makan pun tak sempat. Semoga berjaya ya, apa yang dihantar tu.

      Delete
  4. Sayur campur pecah telur terasa manisnya petulant dan lobak merah.

    ReplyDelete